Monday, April 14, 2014

Stress Menjemur Baju Dan Penyelesaiannya (Yang Belum Tercapai)

Assalamualaikum dan haii..

Tak abes-abes dengan stress aku ni kan. Ngehehe.. Sejak dok umah bertingkek-tingkek ni, membasuh baju memang jadi pekerjaan yang maha malas aku nak buat. Actually, basuh baju tu takde la malas sangat pun tapi tang nak menjemurnya tu haaaa...bisa bikin aku stress!

Laundry area aku memang sempit giler. Aku nak share gambo pun malu. Muat-muat untuk aku loloskan diri di celahan mesin basuh. Ni dengan perut makin boyot, aku kena lebih berjaga-jaga takut perut terlanggar mesin basuh atau kepala terhantuk kat tempat letak softner semua tu. Da la sempit, tambah semak plak dengan koleksi penyapu, mop, penyodok sampah segala. Bertambah stress di situ.

Dan kat situ jugak la tempat aku jemur baju. Dengan ruang sempit gitu, ko rasa banyak mana je baju yang ble disidai? Aku cuma dapat sidai 2 row je, tu pun susun rapat-rapat. Time musim panas ok la, boleh gak la kering baju. Time musim hujan? 2 hari pun belum tentu baju kering. Padahal baju kotor da makin bertambah menunggu turn untuk dibasuh dan dijemur. Sudahnya kekadang aku terpaksa la jugak panjat sofa untuk sidai baju kat grill tingkap depan. Pastu bawak extra penyidai baju kat bilik letak kat tengah ruang tamu, bawah kipas, nak bagi baju cepat kering. Selekeh aku rasa. Mujur takde sesapa yang berhajat nak datang menziarah rumah aku ni. Memang patut pun tiap kali aku ajak mak abah aku datang umah aku, macam2 alasan diorang bagi. Alasan utama - rumah sempit. Sadis giler aku rasa. (-_-)'

Pernah jugak la di suatu subuh yang hening, bila aku nak iron baju keja laki aku, baju keja dia abes! Padahal aku da basuh berdas-das kali, ble sampai tak cukup bila nak pakai sebab baju kat ampai tak kering so baju kotor banyak yang tak sempat nak basuh. Terpaksa la dia pakai baju lama dia yang da tak berapa cun. Sudahnya, pagi-pagi buta tu jugak aku kena marah dengan laki aku sebab tak basuh baju. Maka merajuk la aku sepanjang hari. Baju tak basuh punya pasal!

Pastu bila dok tiap malam keja membasuh baju je, bila masanya nak melipat plak kan. Maka selalu la aku timbunkan kain baju bertingkek-tingkek dalam bakul. Biasanya aku ble kumpul maksimum sampai 2 minggu la. Hahaha..tu pun da terpaksa-paksa memaksakan diri lipat jugak sebab naik berdarah telinga aku asyik dok kena perli ngan laki aku "Ayang..tu 'aiskrim' kat bilik tu da melimpah-limpah. Nak abang tolong bawakkan keluar ke?" Memula aku tak paham gak. Aiskrim apa plak. Bila masa ada beli aiskrim letak kat bilik. Siap aku jengah-jengah bilik tu mencari mana aiskrimnya takde pun. Rupanya 'aiskrim' kain baju yang melimpah ruah. (-_-)'

Macam minggu lepas, Saif muntah-muntah teruk. 3 cadar, 2 selimut aku nak kena basuh serentak. Celah mana aku nak sidai? Haa..tu aku tak nak cerita. Ada la kreativiti aku menjemur semua tu walau pun stress.

Kekadang aku curi-curi gak hantar baju ke dobi. Kenapa aku kata curi-curi hantar? Sebabnya laki aku tak suka aku hantar dobi, membazir katanya. Tapi dia tak tau yang susah payah bergelumang dengan kain bajunya aku jugak. (-_-)

So bila da selalu sangat mengstresskan diri dengan situasi macam ni, mula napsu napsi aku bergelodak nak beli dryer. Dulu masa dok Karak, aku tak pernah pikir pun nak beli dryer sebab aku ble jemur baju sesuka hati anytime even time hujan pun still ble jemur baju kat porch. Ni celah porch mana aku nak jemur. Memula dulu aku rasa benda ni macam kehendak je, tapi bila da selalu sangat tension takde ruang nak sidai baju, mula aku rasa benda ni da jadi satu keperluan.

Panjang giler cerita aku. La ni bila pi shopping, aku suka la jeling-jeling bahagian elektrik. Memula jeling je, pastu sikit-sikit aku makin rapat dengan deretan mesin basuh. Pastu mula la dok belek satu-satu mesin basuh. Actually cecita aku nak beli mesin basuh yang siap ada dryer tu tapi based on yang aku google harganya kemain mencekik. Biasanya RM4K ke atas. Ye ke? Entah la, hari tu aku survey-survey, ada gak mesin basuh yang harganya 2K lebih tapi dia ada function temperature. Aku tak pasti la plak temperature tu sama fungsi ke macam dryer?

Contohnya macam ni :

1. Mesin Basuh BEKO FL Washer WCB81241PTLMC. 
    Harga RM 2,464.15
    Ada temperature tapi tak tau la tahap dry ke tak?
Sumber : Lazada

2. Mesin Basuh LG Washing Machine WD-CD1307VM
    Harga : RM 4,439.00 (ok, ni memang mencekik)
    Dia ada mention "Being in a tropical country, rain is inevitable. As the weather is unpredictable,   
    we can’t always count on the sun to dry our clothes. But with the LG Washing Machine 
    WD-CD1307VM, you can immediately dry after wash. No worries of unwanted mishap and with 
    its clothes sensing function, it can immediately set the washing setting. " 
    Maknanya ble siap kering terus la kan? Ke salah translation aku ni? 

Sumber : Lazada

3.  Mesin Hitec Cloth Dryer HTE-650CD (haa..yang ni memang pengering semata rasanya)
     Harga : RM 1,047.00 (ehm..ble masuk list ni..eheemm..ehemm..)
Sumber : Lazada

3 jenis mesin ni la yang aku dok banding setakat ni. Ni baru tengok kat lazada. Belum lagi kot survey kat kedai letrik ke.Tapi kalau dapat beli mesin pengering tu je pun ok da sebab mesin basuh aku tu pun still elok berjasa lagi. Cuma masalahnya tang ruang sempit sekangkang kera tu ha yang da tak muat nak letak ape pun lagi camno.

Korang rasa camne? Baloi ke beli dryer ni? Cer bagi opinion sket. Dengan harapan bila baju terus kering, ble la terus lipat. Ye dak? :p


22 comments:

  1. aku tengah imagine macamana agaknye kehidupan org lain y macam ko..maybe diorg rela hantar ke dobi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang jenis tak kisah sidai baju bergantungan dalam rumah so no big deal la. tapi bagi aku, aku sangat kisah. aku tak suka baju bergantungan dalam rumah kat tingkap2 semua da macam rumah setinggan.

      Delete
  2. Share sket ya. Sy beli dryer 4thn lps masa tu msh dok kuaters. Berdpn dgn mslh x cukup tmpt nak menyidai and mslh semakin teruk bila tiba musim hujan. Sy tekad beli dryer dgn duit sendiri. Sgt puas hati ok. Pengurusan kain jd lbh cpt sbb jimat masa xyah menyidai pagi2 buta or tgh2 mlm. Mmg x menyesal lnsng. TAPI bersedialah nak byr bill tnb extra dr biasa. Power dryer ni lbh kurang mcm econ cuma penggunaannya x selama dan sekerap econ. Yerlah, on sekali sehari dlm 60-70min jer gitu. Harap dpt membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, bil letrik hubby yang bayar. muahahaha..

      Delete
  3. wowwww bestnye dryer ni.
    mudah kan.
    tapi tula mesti lektrik mahal sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kena korban tang bil letrik la pulok..

      Delete
  4. salam singgah dan salam perkenalan...

    ReplyDelete
  5. ade dryer yg pkai api gas...carilah...mmg sgt berbaloi

    ReplyDelete
  6. berbaloi lagi2 kalau time hujan..hehe..kl ade rumah sendiri nanti akan ku pertimbangkan jugak mende alah ni..kihkih..kina plak ok lagi nak jemur menghanger tp bab melipat plak adui..

    ReplyDelete
  7. berminat nye dgn yg 1k lebih tu... muahahaha...

    ReplyDelete
  8. Mmg best pakai dryer ni tp mcm hubby dia xsuka wasing machine+dryer.
    Dia lg suka asing2
    Sebab dia cakap kalau rosak 2-2 xle guna (washing machine & dryer).
    Tapi kalau asing2 satu rosak, yg satu lg boleh guna.
    Penyelesaiannya kat umah MIL ade washing machine auto,semi-auto & dryer.
    Tapi ni xsesuai kalau org yg rumah kecik xde space la..
    Bil letrik xde la mahal sgt kot? Monthly dlm RM300-400 (termasuklah aircond, tv, 2 deep freezer, 2 peti sejuk,etc). So rasanya baloi lagi kot. Janji tiap kali load tu buat full. Jgn la sikit2 pun masuk dryer gak. Rugi karen.hehe.. :)

    ReplyDelete
  9. Takleh komen pasal dryer sangat, tapi cuba try pasang kipas (yang meja tu pun takpe, kasi kepala dia gerak2) waktu sidai baju tu. Boleh lagi cepat kering sebab ada angin lalu.

    ReplyDelete
  10. Saya pakai dryer jugak alhamdulillah bil elektrik still 120 kebawah skali aircond tiap hari.. dryer baju lebih dari 5 kali seminggu berbaloi2.. sesuai dgn zaman hujan dan kita lalau boleh keje nak siap sedia ;)

    ReplyDelete
  11. Sj syer...sy dok flat lg la terhad tmpt nk sidai...slu mslh bju xkering..las pejam mta bl dryer...electrolux..6.5kg..$1200..setle mslh

    ReplyDelete
  12. Sj syer...sy dok flat lg la terhad tmpt nk sidai...slu mslh bju xkering..las pejam mta bl dryer...electrolux..6.5kg..$1200..setle mslh

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    mesin basuh yang pertama tu mesin basuh sahaja tanpa dryer. fungsi temperature tu untuk basuh baju dengan air panas.Dryer gambar no 3 tu ok sangat untuk yang ada masalah nak sidai baju lebih-lebih lagi musim hujan. Tapi kalau tengah panas terik, boleh aja sidai baju. GUnakan dryer masa betul-betul diperlukan. Jadi bil api juga dapat dikurangkan.:)

    ReplyDelete
  14. sya kalo ada duit lebih nak je beli mesin basuh yg serba lengkap tu .....tak payah sidai ....tang harga yg sya kalah nih sebenarnya ......sya duk arpartment brapa inci lah sangat ruang nak jemu kain ...tu sebab sya beli sebuah katil yg ada besi kiri kanan sebelah atas tu ..kalo hujan sidai kat situ lah jawab nya ....bilik tu dah jadi tmpt sidai kain time hujan ....

    ReplyDelete
  15. http://www.lazada.com.my/hesstar-dryer-hd-610-white-6kg-565705.html

    ReplyDelete
  16. Penggunaan plug untuk dryer ni macmmana ya... guna plug 13A biasa atau yg 15A macam air cond tu?

    ReplyDelete
  17. Saya dari negeri pantai timur. Berrbanding dengan aircond, penggunaan dryer taklah kuat sangat pakai elektrik... masa beli dryer tahun 2013 ( mesin basuh dah ada), bil elektrik saya tak pernah naik sampai rm100 walaupun masa banjir besar hujung 2014 3 ke 4 keluarga (ipar duai, mertua, makcik pakcik sepupu datuk nenek) tinggal di rumah saya hampir 2 minggu. Hujung bulan 2 tahun 2015, saya beli aircond untuk bilik 1 je kerana cuaca berubah terasa berbahang (walhal rumah flat atas bukit) terus bil naik ke rm150 ke atas dan sekitar tu lah sampai sekarang. Kesimpulan saya, dryer taklah seteruk aircond tarik bil elektrik.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...