Wednesday, April 2, 2014

Tips Drill Dinding

Assalamualaikum dan haii..

Ingat lagi tak hari tu aku ada cerita pasal stress dengan rumah sebab tak dapat drill dinding? SINI

Tapi tau je la aku ni bukan spesis manusia yang akan berputus asa semudah itu. Aku tak percaya kata-kata tokey kedai hardware tu yang kata memang tak boleh nak drill dinding rumah kat Putrajaya. Aku tak percaya semua orang kat Putrajaya ni tak drill dinding rumah diorang langsung.

Perkara pertama yang aku kaji adalah drill yang papa Saif gunakan untuk drill dinding sebelum ni. Drill tu da agak lama, jadi bila da agak lama aku suspect drill tu da tak upaya nak drill lebih-lebih lagi-lagi dinding konkrit. So aku pun mula mengkaji jenis-jenis drill. Hasilnya yang aku dapat simpulkan adalah, terdapat 3 jenis drill :

1) Drill biasa-biasa - untuk drill kayu or dinding yang tak keras sangat
2) Impact drill - lagi hebat daripada drill biasa untuk kerja-kerja drill yang lebih keras
3) Hammer drill - Sama function dengan impact drill tapi lebih berkuasa untuk dinding yang super keras nauzubillah macam rumah aku tu. Bila namanya hammer tu dia ada function mengetuk gitu untuk bagi lebih kuasa la kononnya untuk bagi tembus itu dinding.

So, now da tau jenis drill apa yang aku perlukan so misi seterusnya adalah beli la drill baru! Pilihan drill mestilah hammer drill. Tengok harga kat pasaraya, mak aiii tercekik aku nengoknya. Ada macam-macam brand tapi ramai yang suggest brand yang bagus macam Black&Decker dengan Bosch. Masa tu aku tengok Bosch cam mahal sangat sampai RM300 lebih, so aku pilih la Black&Decker. Harga around RM200 gitu. Sekali tertipu daaa..Black&Decker tu memang la nampak cam lagi murah tapi dalam kotak tu cuma ada drill semata-mata! Aksesori ke drill bit ke semua takde. Aku rasa baloi lagi kalau beli Bosch sebab dia siap toolbox yang ada drill bit tu. So korang ambik la pengajaran daripada kisah aku ni k. Jangan pikir nak yang murah jeee..Oh ye, sebelum beli tu tengok juga berapa watt kuasa drill tu. Untuk kegunaan sekali sekala kat rumah cam aku ni tak perlu la watt yang tinggi sangat. 450watt da kira ok da. Sebab lagi tinggi watt maknanya lagi tinggi la yang ko kena bayar.

Ni aku tunjuk kotak hammer drill yang aku beli je la. Drillnye ntah mana-mana papa Saif campak merata aku tak jumpa. Ni aku beli kat Tesco.

Oleh sebab takde drill bit, so kena la beli drill bit plak. Takpe, benda ni benda murah. Mana-mana kedai hardware boleh dapat. Kalau tak silap papa Saif beli kat kedai RM2 je. Hehehe..Drill bit ni ada pelbagai jenis gak so pandai-pandai ko la pilih mana yang berkenaan. Aku tak reti nak cerita sebab bab pilih drill bit ni papa Saif yang uruskan.

So drill da ada, drill bit da ada. Boleh la mulakan operasi drill dinding! Oh ye, satu lagi tips. Sebelum nak drill tu, cer ketuk-ketuk sikit dinding tu guna hammer. Sebab cam umah aku ni, bila aku ketuk ngan hammer, aku dapati ada dinding yang keras dan ada dinding yang lembut. Dinding keras tu bila diketuk bunyinya macam padu dan padat je. Dinding lembut tu pulak bila aku ketuk bunyi macam kosong. Even hammer drill boleh drill dinding keras, tapi kalau kena kat dinding yang lembut kan lebih memudahkan kerja.

Ok lah..ni antara satu hasil rak yang berjaya digantung di dinding. Senang hati aku, da tak serabut sangat.


Sejak ada hammer drill tu, macam-macam da otak aku ni berputar cari benda nak digantung kat dinding. Muahaha..papa Saif pun jadik lebih rajin menolong bininya drill sana drill sini.

p/s : Another tips. Masa drill tu selalu masalah habuk bertaburan kan? So nak elak habuk bertaburan, time laki ko tengah drill tu, ko siap-siap standby vacuum dekat area drill tu so automatik habuk dinding akan terus disedut dalam vacuum. Takde la migrain kepala ko nak vacuum satu rumah yang penuh habuk lepas tu.


12 comments:

  1. duk rumah sewa..
    teringin gak nak sangkut2..tp tulah..
    rumah org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun rumah sewa je tapi tak menahan nak tebuk jugak dinding.

      Delete
  2. dari dulu suruh asben beli menda ni..sbb nak buat rak cam nadt nilah..dinding umah tu keras mcm hape je..xleh nk main paku & tukul je.. tQ nadt..

    ReplyDelete
  3. Takpe..demi nk cntikkan umh kan sis..

    ReplyDelete
  4. ada jugak plan nak beli drill.bosch mmg mahal bukan main gitu...sedih.
    bab drill2 ni memang best sebab blh deko

    ReplyDelete
  5. teringin nak beli drill macam tue tapi bila tengok harga kus semangat

    ReplyDelete
  6. eh sama la jenama drill kita...tp kita x rajin nk drill mcm u...hahaha~

    ce tiup sket roh rajin tu mai sini :p

    ReplyDelete
  7. Kt umh mak ayh za,pantang ayh xleh drill dinding..huhu..yg btul2 perlu je mcm jam..lain2 kn pk 44x..

    ReplyDelete
  8. Kalau taknak berhabuk, boleh juga lekatkan plastik kecik macam kantung bawah tempat lubang kena drill tu. Pakai selotape ke. Senang, semua habuk masuk dalan olastikmtu.

    ReplyDelete
  9. ada sesiapa nak drill kat area putrajaya atau kawasan sekitarnya boleh hubungi saya di 0176431977, nak drill untuk gantung dan pasang ape saja pun semua boleh. tak kira keras mana pun dinding... tahap dewa ke, tahap gaban pun boleh saja tebuk, lubang drill dari saiz 5.5mm hingga 25mm semua boleh, nak drill permukaan tile atau mozaik pun boleh, tak pecah...
    untuk info lanjut boleh tengok kat blog saya di:
    http://shower-heater.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. tq sharing the info..tgh cari2 drill dari dlu tp x beli2..hahaha.berat ke drill tu.kalo pempuan yg buat ok x??tgh pk2 rajin ke husbandku nk melayan kerenah binik dia tebuk sana sini..hahahha

    ReplyDelete
  11. Cantik plak tengok para dinding tu....beli kat mana ye?

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...