Friday, May 16, 2014

Air Ketuban Berlebihan??a.k.a Polyhydramnios

Assalamualaikum dan haii..

Lama aku tak update blog ni. Aiihh..busy lately. Masuk FB pun kejap-kejap je. Hari ni try masuk FB kat opis, tak boleh la plak. Ehmm..da kena block la tu. APTB. (*_*)

Aku nak share sikit pasal hasil checkup aku semalam. Semalam macam biasa aku pi la KK untuk rutin checkup biasa. Ko tau je la kat KK tu melangok bukan main lama. Aku datang pukul 8 suku gitu. Pukul 11 baru jumpe nurse. 11.30 plak baru jumpa doktor. And as scheduled, aku kena jumpa doktor untuk scan.

So doktor pun scan. So far perkembangan baby semuanya OK. Alhamdulilllah. Cuma tak best gak la bila aku tengok muka doktor tu macam kerut-kerut. 

"Air ketuban u ni macam banyak ni. Tengok perut u pun besar semacam tak padan dengan 7 bulan."

Errr...air ketuban banyak pun boleh jadik isu eh? Selama ni aku dok risau air ketuban tak cukup je. So aku bagitau la pasal masalah keputihan sepanjang pregnancy ni yang mana sometimes panty/pantyliner basah yang mana aku pun confuse samada itu adalah keputihan/air ketuban/air kencing. Bila aku cakap macam tu, lagi la makin kerut muka doktor tu.

"I da ukur air ketuban u ni. Banyak ni. 25cm."

"Biasanya normal range berapa?" Aku tanya balik.

"Biasanya normal around 8-20cm. U punya 25cm. Banyak ni."

"Err..kalau terlebih banyak, ada apa-apa masalah ke?"

"Kalau banyak sangat, rahim u jadik berat tak boleh nak tampung. So possibility air ketuban tu akan leaking plak. Kalau u sedar air ketuban tu leaking takpe, tapi kalau u tak sedar, tau2 je air ketuban leaking habis."

Gulp!! Aku telan air liur. Mula cuak. Mula nak touching. Mula nak meleleh air mata.

"But so far I tengok baby u ok. Takde masalah. Cuma air ketuban je berlebihan. So I refer u ke hospital la ye. I buat surat kejap."

"Kena pergi sekarang ke?"

"Ye, sekarang terus pergi. U terus pergi bahagian kecemasan kat dewan bersalin. "

Gulp!! Telan air liur lagi. Makk aiii..nak kena ke hospital plak. Dah la aku sorang-sorang je. Bertabah la aku drive sendiri pi hospital pulak. Nasib baik la dapat parking betul-betul depan dewan bersalin tu.

First time masuk dewan bersalin hospital putrajaya, memang cuak ar. Dah la sorang-sorang kan. Aku tengok orang lain kat situ yang datang semuanya sebab nak beranak la. Laki masing-masing ada, family masing-masing ada. Ahh..takde masa nak touching-touching. Aku pun terus register. Then nurse suruh aku masuk bilik penilaian. Nurse bagi kain, suruh tukar seluar. Serius macam da nak beranak je. Then nurse suruh aku baring kat katil sementara tunggu doktor datang check.

Pakai kain pink, selimut color ijau. Cuak bebb! Cuak!

Sekali datang la doktor lelaki ni. Aku rasa doktor pelatih sebab muda sangat. Aku pun tak bajet dia ni doktor sebab dari tadi dia dok lalu lalang, aku ingatkan dia ni suami pada patient yang nak bersalin. Bila doktor tu datang tengok buku merah aku, aku boleh buat selamba je sambil main hp lagi. Ngehehe..

"Ok, kita pergi scan ye." Tetiba doktor tu kata. Baru aku tau, la dia ni ke doktornya. Pfftt..

So pergi la ke bilik scan. Mengtension la jugak aku sebab doktor lelaki kan. Tapi aku rasa diorang ni pun da boring ngadap pompuan berperut besar. Siap menguap2 dia time nak scan tu. Memula dia ukur perut dulu. Pastu tekan-tekan perut. Pastu scan. Ukur sana, ukur sini. Muka langsung takde perasaan. 

"Ehm..saya ukur AFI akak ni 29.5cm. Nanti saya panggil doktor pakar check plak ye."

Ahhh..sudah. Tadi 25cm, ni da jadik 29.5cm plak. Dah la panggil aku AHKAK. Pfftt.. Tak cukup babyface ke muka aku ni. Owh..mungkin jugak sebab dia tengok umur aku kat buku sebab tu dia tau aku ni lebih ahkak daripada dia.

Dia suruh aku dok kat kerusi sementara tunggu doktor pakar datang. Melangok lagi kat kerusi plak sambil main tab. Seb baik la dapat gak line kat situ, kalau tak maunye mati kutu boring giler. Dah la sebelah tu labor room. Dok seriau aku dok dengar orang menjerit-jerit nak beranak. Tapi tak lama pastu dengar baby nangis plak uwekkk...wekkk.. aaahhh..touching plak rasa cam nak beranak gak. Hahhaa.. Pastu tengok muka orang baru lepas beranak kena tolak keluar labor room, jadik cuak plak tak nak beranak. Pffttt...

Lebih kurang pukul 3.30 petang baru la doktor pakar datang repeat scan. Doktor lelaki tadi berdiri kat sebelah dia, dok report blaa..bla...dengan muka macam takut-takut. Nampak sangat ke'doktorpelatih'annya. Cuak bila kena report dengan doc supervisor. hehe.. 

So scan lagi. Aku da jadi macam bahan eksperimen plak sebab sambil scan sambil doktor pakar tu dok mengajar doktor pelatih tu..

"Haa..tekan sini, ketuk kat sini..heiii..bukan tepuk laaa..sapa ajar ko main tepuk-tepuk perut orang ni. Ni jentik kat tepi ni..haa..tekan kat sini rasa tak tu bontot baby. Meh sini rasa pegang sini..ble rasa bontot baby kan..blaaa..blaa..."

Macam garang, tapi macam kelakar gak la doktor pakar tu. Perempuan, aku tak ingat nama dia.

So, dia scan la lagi. Lebih detail. Check brain-normal. Heartbeat-normal. Kidney-normal. Bones-normal. Pergerakan tangan dan kaki-normal. Kelakar gak la bila diorang dok tunggu baby bukak genggaman jari (sebab nak check ada clenched fist ke x). Once baby bukak genggaman jari tu, menjerit doktor tu.

"Haaa..tengok tu. comel.comel. dia bukak jari tu. nampak tak? haaa..comel.comel." So baby ok-no clenched fist.

Lepas tu menunggu baby bukak mulut plak (sebab nak check kot baby ada masalah nak bukak mulut untuk telan air ketuban). Once baby bukak je mulut, menjerit lagi doktor tu.

"Haa..tengok tu. Baby da bukak mulut. comel. comel. Nampak tak? Nampak tak?"

"Haah. Ada gigi." Doktor pelatih tu jawab.

"Haah?? What? What gigi? Heyy..heyy..c'mon. Baby dalam perut mana ada gigi. U tengok betul-betul tu! Hey..heyyyy..heyyy.." Doktor pakar tu sound setepek. 

"Oh..takde ke. Ingatkan gigi tadi." Doktor pelatih tu sengih-sengih.

Aku? Kembang kempis hidung, sesak nafas tahan gelak. Karang aku gelak bergegar plak perut susah nak scan. Lagipun tak nak ar bagi dia kecik ati aku gelakkan dia. Kuikuii..gelak dalam perut je la.

So hasil keseluruhan scan, doktor kata baby ok. Just punca air ketuban berlebihan tu tak dapat dikenalpasti. Dia kata lebih 50% punca memang tak dapat dikenalpasti so diagnosed as idiopathic polyhydramnios. Perghh..scientific sungguh aku nak menaip namanya nih. So doktor scheduled untuk aku jumpe dia lagi next 2weeks untuk monitor and repeat scan.

Biasanya air ketuban berlebihan ni sebab diabetes. Bila diabetes, baby akan keluarkan urin lebih banyak daripada normal tapi since result MGTT aku normal so bukan sebab diabetes la. Or maybe sebab kehamilan kembar tapi tak payah berangan lelebih, baby memang sorang je dalam perut so bukan sebab tu jugak. Maybe jugak sebab ada something abnormal pada baby. For example, baby ada masalah perkumuhan yang menyebabkan baby tak boleh telan dan proses air ketuban. Nak tau baby boleh proses air ketuban ke tak, check kat perut baby ada bubble ke tak. Ada bubble means ok. Takde bubble means tak dapat proses.  Tapi baby ni boleh bukak mulut n boleh telan air ketuban, ada bubble kat perut so bukan jadik faktor jugak. Or maybe baby ada masalah genetik/kromosom tapi baby yang bermasalah macam ni akan pasif dan genggaman jari pun tak bukak. Tapi baby ni lagi terlebih aktif adalah woo siap jari tu dok melambai-lambai lagi, kaki pun dok menerajang aje kejanya. So far check baby semua ok, normal so bukan jadi faktor jugak la. Lega..sangat-sangat lega baby ok.

Tapi aku tak boleh lega sangat jugak la. Even baby ok, tapi ada risiko jugak tang kelahiran. Risiko utamanya :

1) risiko premature labor. Sebab kalau da rahim tak dapat tampung berat air ketuban, karang tetiba je poooppp!!Pecah macam belon, terus terberanak kau. Ye la, normal air ketuban around 1-2 liter. Bila polyhydramnios ni, air ketuban boleh jadik 3-5 liter. Bayangkan ko bawak botol mineral besar yang 5 liter tu + baby + uri + darah2 semua lagi. Berat beb! Serius sekarang ni pun aku rasa berat macam da 9 bulan, da rasa sakit je kat celah peha ni. Pinggang pun makin sakit. Nak bergerak pun susah woo..Mengah jadiknye. Patut la semua orang dok tegur perut aku besar macam da nak beranak n nampak macam da turun. Atas perut ni pun kosong dah haa, da turun berat ke bawah. Lagi plak, rahim jugak jadik lebih cepat rasa contraction. Sejak masuk 7 bulan ni memang selalu la perut aku ni mengeras. Aduhhaiii.. tak mau beranak lagi.

2) risiko kelahiran secara czer. sebabnya baby susah nak engaged dengan betul. Ye la da banyak sangat ruang dalam tu untuk dia berenang kan, so camne nak engaged bebetul. Macam semalam, waktu tengahari doktor klinik scan, kepala baby kat tepi perut, means dia tengah melintang. Bila petang doktor hospital scan, kepala dia kat bawah plak. Sesedap rasa dia berakrobatik dalam tu. Selain tu, ada kemungkinan bila air ketuban da pecah, tali pusat mungkin akan jatuh (risiko pada baby) atau uri akan tertanggal lebih awal (risiko pendarahan berlebihan). 

Bila kata risiko kena czer, rasa cam nak cancel je bersalin kat swasta. Karang bayar mahal plak. Ngehehe.. Next appointment nak tanya doktor la, ble ke bersalin normal kan. Kalau memang confirm kena czer, nak terus plan czer je la dengan doktor pakar tu terus. Aku tak nak ambil risiko yang boleh membahayakan baby.

Satu statement yg aku dapat dari google :

Pada usia 32 minggu, kandungan anda boleh kelihatan seperti sudah cukup bulan saiznya. Anda hendaklah bersedia dengan kemungkinan terpaksa bersalin awal pada bila-bila masa dari sekarang. 

Gulpp!! Gulpp!! Sekarang aku 29 weeks weii!! Baby bertahan ye sampai cukup masa nanti.


10 comments:

  1. baru tau ada kes lebih air ketuban..

    ReplyDelete
  2. Hee..i tersengih2 bace dialog doktor pakar n platih 2..lawak la sorang..hopefully evrything will be ok ye nadt..

    ReplyDelete
  3. erkk.... cuak2 membacanye nih hoho

    ReplyDelete
  4. kita sampai 39minggu pn x bersalin..

    smpai kena paksa..huu

    oh kita ada buat main suka2 kat blog kita.. kalau sudi atau lapang marilah jalan2 blog kita ye..

    ReplyDelete
  5. hi..sy shima silent reader blog awak.. sy pun bru je pas beranak now hari ke 19..saje nk kongsi pengalaman this is my second pregnancy n sy pun hadapi masalah yg sama..air ketuban byk..check kt swasta doc detect air ketuban byk then dia buat surat refer..sy tggu next check up kt spital yg plan nk beranak then doc scan mmg betul byk 29 bacaan..terus kena admit wad..masa tu sy 36 mggu...doc suh admit wad tggu smpi 38 mggu then decide nk czer..sgt bosan duk dlm wad dhla jauh dr anak sulung..hari2 sy doa tknk czer kalu boleh n bila ckp 38 mggu doc scan skali lg air ketuban da jadi normal..terus boleh kua wad n tggu sakit bersalin mcm biasa..alhamdulillah beranak ckp2 40 mggu n normal je..yg pnting doa2 bebanyak k..insyaallah air akan berkurang gak bila baby makin besar..hehe~

    ReplyDelete
  6. Seram.je akk baca..sbb kawan akk pun ada masalah ni sis..tp xmo la citee kt sini..tp alhmdulillah bb sis ok.semoga dipermudahkan urusan sis dan adik bb k.

    ReplyDelete
  7. first time fai dgr tentang air ketuban banyak.. fai doakan semoga semuanay selamat ye kak...

    ReplyDelete
  8. entry ni pes time i bc psl air ktubn lebih...risau bacanya tp kelakar jdnya bila bab baby bukk mulut nmpk gigi...hahahaha

    apepun moga u n baby ok ye

    ReplyDelete
  9. selalu dengar kurang jer kes air ketumban...nie macam terlebih plak..

    doktor pelatih tue memandai2 jer nampak gigi baby..hehhehe

    ReplyDelete
  10. beb, ingat aku bersalin 33 weeks 5 days..ada keputihan..tup tup bersalin...

    aku harap ko lebih bersedia..jgn jadi mcm aku..kain batik pun pinjam jiran tetangga.

    ibu Idryss

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...