Monday, May 26, 2014

Besday Saif 2 Tahun Dan Cuti-cuti di Perak

Assalamualaikum dan haii..

Curi masa sikit nak update blog. Nak cerita pasal sambutan besday Saif sekali pakej cuti-cuti kat Perak hari tu. Dah 2 minggu lepas punya cerita, hari ni baru sempat nak share.

Aku n husband ni spesis tak reti nak celebrate besday ke atau apa-apa sambutan la. Biasanya kalau besday, cukup la setakat wish n belanja makan. Nak bagi hadiah pun..seratus hari pikir pun tak dapat ilham sudahnya kebiasaan tak bagi langsung. Hahaha..seb baik tak kecik ati. Maybe sebab kitorang ni spesis kalau nak bagi hadiah tu, main bagi je ikut suka hati bila nak bagi.

So sama la kesnya dengan besday anakanda Saif ni. Actually aku ada terlintas gak nak buat sambutan kecil-kecilan la besday Saif kat taska dia tu. Tapi disebabkan busy memanjang, aku punya idea tu pun jadik macam angin lalu je la. But then papa Saif come out dengan idea bernas dia plak. Since geng department papa Saif nak buat ala-ala family day kat Perak, why not menumpang sambut besday Saif time tu. Lantak la advance 2 minggu pun. huhu..

Hari Sabtu, 10 Mei 2014, kitorang gerak ke Perak. Gerak tu pun da petang lepas papa Saif abes kelas. Sampai Gopeng da maghrib masa tu. Family day tu buat kat tepi sungai. Nama tempat tu Ulu River Lodge. Dah namanya nak bermalam tepi sungai, maknanya kena redah hutan ler. Aku mula-mula tu merungut gak, dah takde tempat lagi best ke nak berfamily day. Nape la celah hutan jugak dipilihnya. Dah la dalam hutan tu takde hotel. Huhu..Aku da terbayangkan nyamuk dan benda-benda mistik yang ahhh..malas ar nak citer. Imaginasi aku ni memang terlebih sket.

Sesiapa nak rasa pengalaman stay tepi sungai, moh ler ke sini. Kitorang ambik pakej under Riverbug, siap makan dan penginapan semua setel. Tak perlu korang susah-susah memancing ikan tepi sungai buat dinner.

Masa kitorang sampai kat Ulu River Lodge site camp tu, kitorang kiranya yang terakhir la sampai. Orang lain sampai dulu. So kitorang dapat satu rumah kecik tapi dalamnya macam dorm la. Not bad la. Yang penting nyamuk takde. Harap-harap yang mistik-mistik tu pun takde. Bahaha..Aku jeling-jeling rumah sebelah, ada katil queen macam hotel. Tapi da kitorang dapat ala dorm so belasah je la. Even ala dorm tapi susun atur dalamnya cantik. Semua barang IKEA, bak kata papa Saif. Huhu..Saif la excited siap pilih katil sendiri ko tau. Aku nak baring sama dia share katil pun dia tak bagi, ditolaknya aku ke tepi. Kecik ati mama tauuu..

Memula bila papa Saif kata stay kat dorm, ku da terbayang dorm masa aku pi BTN kat Melaka dulu. Owh..rupanya tidak. Ini baik punya dorm. Cantik dan bersih. Suka sangat katil putih ni. Rasa nak beli letak kat rumah sendiri je. Hoho..

Saif pilih katil ni. Kedekut tak nak share ngan mama. Mama suruh pindah ke katil yang ada cadar tilam pun dia tak mo.

Patutnya malam tu ada BBQ tapi sebab ada missed communication, BBQ tadak n diganti ke hari esok. So agenda BBQ tu diganti dengan sambutan besday Saif. Oh ye, kek tu aku beli kat kedai kek Gopeng je. Seb baik Gopeng ada kedai kek. Huhu..kek biasa2 je. Nak beli kek awal-awal dari KL takut cair plak karang. So belasah je la kek apa yang ada.

Nak beli kek ni pun jadi isu. Papa Saif pesan beli kek tak payah besar, orang tak ramai mana pun. Bila aku beli yang kecik ni, dia kata takut tak cukup plak. Dah sudahnya patah balik ke kedai beli lagi sebijik kek. Grr..seb baik dompet aku tertinggal kat KL makanya semua kek ni papa Saif yang bayar. Muahahahaha..

Walaupun tanpa kek yang ditempah khas mahupun props indah, at least kitorang cuba jugak la mencipta kenangan yang indah untuk Saif (even belum tentu dia ingat. takpe, da besar nanti baca belog mama nanti tau la). Nasib kamu la Saif, mama n papa tak reti nak celebrate bagai. So diiringi nyanyian lagu Happy Birthday yang tak berapa nak harmoni, maka rasmilah sambutan besday Saif yang ke-2 tahun. Eh, kejap je da 2 tahun. Rasa macam baru je beranakkan Saif, eh tetiba da nak terberanakkan adik Saif plak. Bahahah..

Takde apa cerita menarik pun. Hadiah-hadiah pun tarak. Cukup la sekadar doa agar hidupnya diberkati, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. So oleh kerana takde cerita apa menarik pasal besday, layan je la gambo sepanjang kitorang cuti-cuti kat Perak tu. Huhu...layannnn... 

 Tak reti tiup lilin. Tu kejakunan tengok kamera.

Potong kek. Mama yang over. Saif takde perasaan. Si Rayyan kat sebelah tu da bergenang air mata keterharuan. Eh, besday sape sebenarnya nih? Eh..eh..hehe..

 Yeahhh! Da potong kek. Saya juara!

Family potrait. Cam biasa la mama suka bergambo sembunyi perut. Huhu.. 

Saif suka sangat kek tu! Tengok la beria dia makan woooo!!

Comot..

Like father, like son.. ye ke?

View camp site di Ulu River Lodge. Takde la camping bebetul. Still rumah ada aircond. Huhu..

Tempat makan. Diorang sediakan bufet simple macam ni je. Nak 5 star punye buffet pergi hotel sana ok?

Muka-muka tak sabo nak terjun sungai. Pakej tak mandi pagi lagi semua nih. Bahahha..Ni semua geng department papa Saif (dan pasangan masing2).

Another family potrait. Fefeeling color block plak pepagi buta ni. Hehe..

 Budak geli pasir. Kaku tak nak bergerak sebab geli. Menjerit-jerit bila letak kat pasir. Rugi tau da bawak jalan jauh-jauh tapi tak nak mandi sungai.

 Papa pedulik ape. Tetap membuli Saif. Makin dia tak nak, makin la dia letak. Hohoho..
 
Ramai-ramai berkubang. Cam best je. Geram je aku nak berkubang tak dapat.

 View rumah dari sungai..

Tuan 'puteri' da siap bersiram. Muncung panjang kena paksa mandi sungai sejuk + mengantuk. Balik bilik bilas mandi, bagi susu terus pappp pengsan..huhu..

Tengahari tu bertolak ke Teluk Batik plak. Papa Saif ada hal nak jumpa kawan dia. Kitorang stay kat Virgo Batik Resort. Review jujur aku - tak best. Toilet kat bilik tak best so aku terus jatuhkan hukum tak best secara total.
 
Esoknya check out dulu baru jalan-jalan kat pantai Teluk Batik tu. Actually pantai ni letaknya betul-betul depan Virgo Resort. Nak jalan kaki pun boleh tapi of course la mak buyong ni tak larat woo.. 







View dari jauh

Tak abes-abes perangai gedik merajuk. Mintak dukung, kitorang tak layan. Pastu dia merajuk duduk kat atas jalan jadik patung cendana dengan muka monyok.

Last-last papa dukung jugak. Alahaiii..sejuk ati tengok dua beranak ni

Saif excited tengok orang main ball kat laut. Menjerit-jerit dia "Ball! Ball!"

Asyik mama je ambik gambo papa n Saif, meh mama plak nak bergambo jugak. Tiap kali sarat mengandung mesti pergi pantai. Time mengandungkan Saif dulu pi pantai Port Dickson.

Alololo..lawonya gambo ni. Rasa nak print besar dinding tampal kat rumah. Huhu..

Last but not least. Besday boy - Muhammad Saif Al Fateh. Love u so much..




3 comments:

  1. happy birthday saif...semoga menjadi anak yang soleh..tak lama lagi dapat adik..gegel ke boboy ye?

    ReplyDelete
  2. Happy birthday saif..
    Semoga mmbesar sbg ank yg soleh ye

    ReplyDelete
  3. hotel virgo aritu, lin pernah stay gak. tp tak berapa nak best la kan... uhuhuh

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...