Tuesday, June 3, 2014

32 Weeks : Set Berpantang

Assalamualaikum dan haii..

Rasa macam sekejap je tetiba da 32 weeks. Gulpp! Telan air liur. Rasa cuak plak. Ye la, ikutkan google statement hari tu katanya kan 32 weeks da ble ready nak bersalin bila-bila masa je bagi ibu-ibu mengandung yang polyntahapekebendantahakutakingatmalasnakcheckbalik.

So, lepas je tau pasal polyntahapekebendantahakutakingatmalasnakcheckbalik tu, aku pun terus la survey set berpantang. Aku beli dengan ahkak yang sama masa beli set berpantang time mengandungkan Saif dulu. Dan dengan setianya aku tetap nak guna produk Nonaroguy walaupun sebelum tu aku da berangan nak beli set Tanamera.

Dalam set ni ada :

PhytoNatal - 90 biji
Akar Herbanika - 10 paket
Minyak Herbanika - 100 ml
Herbanika barut (krim) - 60gm
Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
Herbanika Lulur - 100gm
Harga set - RM290
Semua produk ni Alhamdulillah aku berjaya gunakan sepenuhnya sampai habis kecuali herbanika barut tu je yang tak habis. Paling aku suka Phytonatal tu sebab memang melawaskan proses pembuangan. Ada suatu ketika pil da abes, ambek ko sampai 2 hari sembelit. Duduk dalam jamban berjam-jam pun tak ble nak kuar. Terus pi kedai jamu beli pil ni lagi, makan, papp!!Setel. Lega... Lagi satu Phytonatal tu membantu membanyakkan susu tahap tak tertampung aku dek banyak sangat susu. Asal Saif tido je aku mesti kena pam, kalau tak..habis basah lencun baju. 

Minyak herbanika tu pun best. Bau pun sedap. Ble guna untuk urut. Seawal kat hospital lagi aku da guna minyak ni buat sapu kat kepala ganti pilis. Pastu bubuh jugak kat pad so dia akan bantu sembuhkan luka dengan cepat. Rasa berangin je plak tu, kurang sket rasa sakit.

Akar herbanika..masuk minggu ke-2 kot baru aku start minum. Tu pun sebab mak aku tengok aku ni takde makan jamu2 pun. Hoho..tak lalu makan jamu. Actually phytonatal tu pun da kira jamu gak la tapi dalam bentuk pil. So, mak aku bancuhkan la akar herbanika ni siap2 simpan dalam termos. Anytime nak minum tinggal tuang je. Nak bagi sedap, aku minum akar herbanika campur dengan madu. Sedap jadiknya, langsung tak rasa herba. 

Walaupun set Nonaroguy ni macam da complete tapi aku rasa still nak menambah lagi. So aku beli la produk Tanamera. Aku tak nak beli set sebab set dia aku tengok lebih kepada penjagaan luaran ala-ala spa gitu. Aku nak lebihkan penjagaan dalaman sebab tu aku pilih set Nonaroguy tadi. 3 item Tanamera je yang aku tambah, beli secara loose.

- Herbal bath - RM26.50
- Brown soap - RM15
- Virgin coconut oil - RM34

VCO Tanamera ni memang femes sebab rata-rata testimoni kata memudahkan untuk bersalin. VCO ni boleh dimakan dan digunakan untuk urutan perineum. Start 7 bulan da ble makan VCO ni. Aku ni nama je da beli, pun tak start makan lagi. Huhu..

Herbal bath tu saje2 konon nak menyegarkan badan kan. Biasanya mandi air akar kayu la bunga-bungaan la kan. Tapi time berpantangkan Saif dulu aku takde mandi2 herba ni, tu pasal aku rasa cam lemau sket. So kali ni aku nak berherbal bath plak. Ditambah plak dengan brown soap kononnya nak bagi cerah la kulit2 yang jadik hitam time mengandung nih. 

Ok, selain daripada tu, produk yang sangat penting mestilah bengkung. Bengkung yang dulu ntah mana-mana ntah, so beli je la yang baru. Kali ni aku beli bengkung Leesa Formula. Aku suka bengkung tali sebab rasa betul2 ketat ikatan tu. Tapi aku belajar jugak la dari kesilapan lalu, kali ni punya ikat mesti ikat dari bawah ke atas! Bukannya dari atas ke bawah tau! Dulu aku ikat sendiri atas ke bawah, tak pasal-pasal tertolak peranakan aku ke bawah. Dah berapa kali kena urut sengkak naikkan balik.

 
Bengkung Leesa Formula - RM45

Yang bestnya beli set Nonaroguy dengan ahkak ni kan, dapat freegift lagi. Ada 5 pilihan freegift. So aku pilih freegift seperti berikut :

Losyen pati halia, param, pilis, tungku baby, barut baby

Da senang keja aku tak payah nak beli losyen pati halia lagi, tungku baby lagi..freegift ahkak ni da include benda ni. Total semua harga RM410.50. Tapi ahkak ni baik hati, dia bagi diskaun lagi. Kira RM400 je la include postage. Wiii..berbaloi-baloiiiiii...

So korang kalau nak beli set berpantang ble la pi page ahkak ni :  


Ada macam-macam set berpantang jenama lain. Produk lain pun ada. Cuma aku bagitau awal-awal, kalau korang PM ahkak ni lambat reply ke apa, jangan nak marah tak tentu pasal plak. Ahkak ni still dalam pantang lagi, so paham2 je la macam mana sibuk nak urus baby dengan nak urus bisnes online lagi. Maybe dia tak immediate reply so ko kena keep on PM la sebab kekadang dia terlupa nak reply. Tapi biasanya dalam 24 jam dia akan reply jugak. Oh ye, yang loose item Tanamera tu dia tak jual sebenarnya tapi ada kawan dia yang jual, tapi dia boleh tolong orderkan sekali, pos sekali so jimat la postage kat situ kan. Alaa..korang da biasa beli barang online kan, pandai2 la kawtim. Gitewwww..

Eh...jap..jap..tak abes cerita lagi nih. Ada satu lagi produk yang aku beli. Apa dia? Taraaaa!!!

 Jus Permata Idaman - RM45

Jus Permata Idaman ni bagus sebenarnya untuk dalaman wanita. Gitewww..Korang yang tengah tak mengandung sekarang ni tu elok sangat la makan jus ni. Antara khasiat jus ni adalah :

Korang yang tengah mengandung TAK BOLEH minum jus ni tau!

Banyak kan khasiat dia? Tapi testimoni yang paling buat aku teruja nak beli adalah :


Ble sental 2 bilik air tu!! Hebat! Hebat! Terus aku teruja! Sebab aku memang perlukan sangat tenaga time dalam berpantang nanti. Time berpantangkan Saif dulu memang aku rasa lemau-selemau-lemaunya. Hope kali ni aku lebih bertenaga la. Tau je la dengan nak melayankan karenah si Saif tu lagi. Oh ye, aku ada belikan jugak jus ni untuk mak aku sebab mak aku selalu tak sihat, sakit-sakit badan semua. Baru sekali makan, mak aku terus bertenaga. Sehari suntuk mak aku buat kerja rumah, pergi rewang kenduri, siram pokok bunga keliling rumah..memang rasa bertenaga lah. So memang aku pun rasa yakin la dengan keberkesanan jus ni. Lagipun bahan-bahan jus ni terdiri daripada makanan sunnah macam kurma, delima, habbatus sauda..macam-macam lagi la. Memang bagus kan. Tak sabo nak rasa jus ni time berpantang nanti.

Aku beli jus ni dengan kawan aku, dia bagi harga kasih sayang RM45 tu. Kalau campur postage RM50. Harga pasaran RM55 kalau tak silap aku. So, korang kalau nak beli jus ni jugak ble la PM kawan aku tu. Nama dia Nazatul Azura. Ni page FB dia :


Setel bab set berpantang. Rasanya da boleh get ready nak bersalin anytime nih. Hoho..

p/s : Kalau la orang lelaki pun ble minum jus ni kan bagus. Aku nak suruh laki aku sental bilik air tu. Tiap kali aku sebut pasal sental bilik air automatik dia sakit perut la, sakit kepala, nak demam la..grrr..


5 comments:

  1. daku masa airis dulu tak amek langsung set pantang...sbb takut airis kuning...alhamdulillah airis xde kuning...tapi daku makan matjun org kmpg je...ngeee

    ReplyDelete
  2. 32 weeks da....kena byk2 berjalan jalan tau....jgn manja2 sangat...senang skit nak bersalin..:-)

    ReplyDelete
  3. Akk 4 anak 4 set berpntg yg berlainan..ngee..last skli aish akk mkn shaklee je smpi skg

    ReplyDelete
  4. wah bagusnya abis guna..ciknaa xdapat makan pn phyto tu rania cirit.jual dah kat kawan..tapi minyak herbaneka tu mmg terbaikk..

    ReplyDelete
  5. thanks share info ni nadt..bagus juga nih..macam2 aku dapat ilmu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...