Thursday, June 12, 2014

3rd anniversary

Assalamualaikum dan haii..

Hari ni 12 Jun 2014. Throwback 3 tahun lepas, waktu-waktu gini pukul 9 pagi aku tengah get ready untuk majlis akad nikah. Nasib baik majlis akad nikah n sanding berlaku pada hari yang sama. Kalau tak, aku selalu confuse eh anniversary tu nak kira tang hari nikah ke tang hari sanding ek. Ye la kat kad jemputan kan tulis tarikh hari sanding je kan. Aihh..benda kecik camni pun aku ble confuse ke..pfftt..

Ok..throwback lagi hari Sabtu lepas. Lepas pergi Paradigm Mall tu, kami pi 19 Mall plak. Amboihh..macam2 mall ada sekarang. Ada urusan sket nak ambik barang order, tang tu nanti aku cerita entri lain. Pastu sementara menunggu tokey kedai packing barang order tu, kitorang pi jalan-jalan cari makan dulu. Nak minum sebenarnya, haus. Dah la mak yong sakit kaki bertawaf sampai 2 mall perginya.

Masuk satu kedai kek ni. Persepolis Sweet nama kedai kek ni. Aku pun order la air dengan kek. 2 slices je pun, just nak buat kudap-kudap. 

Cantik kedai ni. Interior kecik je, ada bahagian outdoor gak.

Saif kejanya dok abeskan air mama je la. setengah gelas tu dia je yang minum sorang..grr

Bila potong kek ni, papa Saif pun kata "Kek ni kira kek anniversary laa.." Tu belon sebagai tambahan props, Saif hangkut ke hulu hilir dari rumah. Pergi mall pun nak bawak belon. Grr..

Eleh...saje la tu nak bagitau awal-awal yang dia tak lupa la hari anniversary tu kononnya. Saje nak buat mama touching la tu. Bahahaha..takdela touching mana sebab bukan harinya kan. Sokmo in advance je la. Dah habaq kan kitorang ni memang tak reti nak celebrate bagai yang havoc-havoc.

Eh..kek tu sedap sangat tau. 

Aku da beli hadiah awal-awal lagi. Tak tau nak bagi apa. Karang aku bagi hadiah mahal-mahal dia kata membazir. Ini pun papa Saif kata "Orang yang bagi hadiah mengarut-ngarut tu semua poyo. Tengok ni hadiah abang untuk ayang."

Tau apa?Ni haa...

Hadiah bernilai 1K katanya..besar lagi berfaedah katanya. Apa benda dalam kotak ni nanti aku cerita entri lain..Bahaha..

Ni haa hadiah yang aku beli. Tak bagi lagi. Lantak la nak kata poyo pun poyo la asal ada bagi boleh laa..

Dah 3 tahun kawen ni sebenarnya rasa macam kejap je masa berlalu. Tetiba eh da ada Saif. Tetiba eh adik Saif pulak nak kuar tak lama lagi. Syukur dikurniakan suami yang baik dan moga-moga aku pun jadik la isteri yang baik jugak. Lagi-lagi time tengah mengandung ni, memang buruk sket perangai dan rupa aku, sabo je la ye wahai suami. Apapun aku doa agar rumahtangga kami ni sentiasa dipelihara, aman bahagia, jauh dari hasad dengki orang, setia each other dan dimurahkan rezeki sentiasa. Oh ye yang penting jugak moga anak-anak kami pun jadi anak yang soleh.

9 comments:

  1. Kadang2 kita sebagai isteri ni kena banyak bersabar kan sis.
    Akk kadang2 sentap jgk dgn hubs..huhu.tapi akk pesen diam je kalau sentap..tp kdg2 hubs tak faham pun kita nk tgj marah ke apa..haha

    ReplyDelete
  2. Lupa nak wish.

    Happy anni sis

    Semoaga berbahgia
    Berkekalan hingga ke syurga

    ReplyDelete
  3. bestnya nadt..besar gabak adiah..huhu

    ReplyDelete
  4. happy anniversary nadt..hadiah apa pon..terima seadanya..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...