Saturday, June 14, 2014

Buaian Untuk Anak :Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum dan haii..

Sebelum Saif lahir lagi aku dan papa Saif da sama-sama sepakat tak nak ajar Saif berbuai. Tujuannya supaya senang kalau hantar ke taska atau bawak jalan mana2, tak perlu nak berangkut buai bagai. Kitorang pilih untuk tidokan dia menggunakan rocker je. Tu pun rocker jenis besi yang murah tu je. Actually konsepnya sama je, still kena enjut jugak. Kena berangkut besi bagai gak tapi tak segedabak buai la.

Guna rocker ni memang mudah la dari segi nak berangkut bagai tu. Tapi bila si Saif ni spesis nak berenjut sentiasa mula la mamanya nak stress. Dah elok tido, aku baru nak pi dapur, si Saif da ehekk ehekk bangun. Stress masa tu tau tak. (Entri stress)

Throwback. Alolololooo..nak melalak aje kejanya. Pantang kena tinggal kejap.

Mak aku pun dok ulang-ulang cakap "Kalau pakai buai kan senang. Da tido, on je karen tu, lena tido ha. Ble tinggal nak buat keja pun senang." 

Aku buat pekak telinga je. Ulang-ulang jugak aku cakap balik ngan mak aku "Leceh ar kalau nak balik kampung nak kena angkut besi buai bagai. Lagipun kalau hantar Saif kat taska, mana ble pakai buai."

Yang sebetulnya aku ni paranoid. Sebab sebelum ni penah besi spring buai anak buah aku putus n box karen yang berat tu hampir2 timpa anak buah aku tu. Ko bayang la kalau betul2 box tu timpa anak buah aku, nauzubillah. Tapi still nauzubillah gak la sebab anak buah aku tu jatuh terhempas ke lantai. Mujur tak cedera pape. N kemudiannya baby opismate aku kat sini plak meninggal terjerut buai kat rumah pengasuh. Nauzubillah. Memang la musibah tu kalau nak berlaku, memang akan tetap berlaku tapi ntah la..Wallahualam...ni pendapat aku je k. 

So untuk adik Saif ni pulak, aku still dengan pendirian tak nak guna buai jugak. Aku nak guna rocker lama Saif tu je. Tapi hari tu aku kemas2 stor, macam tak nampak plak bayang-bayang besi tu kat mana. Aiiihhh..mula la aku menggatal nak beli rocker baru.

Plaknye sekarang ni rocker Fisher Price tu da murah ek. Sekarang ni aku tengok harganya da rm150 je. Zaman Saif dulu harganya almost rm300 so aku pejam mata je la buat2 tak nampak.

Boleh guna dari baby sampai toddler. Aku confirm mesti Saif yang akan berebut nak dok dalam ni.

Tapi kan..tapi kan..baru ni masa aku pi Parkson, aku ada jumpa satu baby rocker/swing ni memang canggih habis la. Nama dia Mamaroo.

Mamaroo. Giler cool kan?

Ni kalau baby baring dalam ni..

Yang bestnya Mamaroo ni kan, dia punye swing tu tak sama macam buaian biasa yang henjut2 gitu. Dia swing lembut je ala2 seorang ibu mendodoikan anaknya gitu. Ke kiri ke kanan gitu. Pastu tempat baring tu ble adjust nak bagi rendah kalau nak tido atau ble tegakkan kalau nak bagi duduk. Ni aku share video demo camne Mamaroo ni berfungsi.

Ada macam2 function gerakan. Cool sangatttt..

Harganya? Masa aku tengok kat Parkson tu, aku tengok rm119. Aku terus jerit wahhh murah ni! Rupanya ada satu lagi nombor 1 da blur sket. Maknanya harga sebenar adalah rm1119. Wallaaa! Mahallllnyaaa! Tapi baru ni aku tengok kat Mamapanda Store harganya rm1090, murah sket je la. Tapi still tak tercapai dek poketku. Tapi padan la kan harganya dengan function yang pelbagai tu.

Pastu aku dok google lagi jumpe la plak si Nuna Leaf plak. Nuna Leaf ni design dia lagi simple n yang bestnya ble guna sampai toddler. 

Bentuk dia cam daun kan?

Nuna Leaf ni function dia tak banyak macam Mamaroo. Dia just swing ke kiri ke kanan je. Kelebihannya ni aku rasa sebab design dia simple so senang kalau nak berangkut bagai. Ni aku share gak video demo Nuna Leaf ni.

Comey giler baby tu tido dalam tu..alolololooooo...

Harga? Lebih kurang Mamaroo gak dalam 1k. Tapi ada gak rupanye rakyat Malaysia yang da beli Nuna Leaf ni kat Bebetotz harga rm860. Aku da mula menggeletar lutut ni. 

Ada macam2 jenis buai lagi tapi yang aku berkenan 2 ni la. Mesti korang nak kata "eleh, kata tak nak buai..tapi tu kan sejenis buai gak." Bahaha..macam yg aku kata tadi, aku tak nak buai jenis konvensional sebab leceh nak berangkut bagai. Tapi kalau ada buai yang senang nak berangkut bagai kan lebih bagus. Lagipun buai jenis ni aku rasa lebih selamat sebab ble nampak baby tu directly. Kot baby tersedak ke, ada lipas merayap ke, ble nampak directly. Kalau dalam kain buai biasa mana nak nampak kan? Pastu buai jenis ni kalau aku nak angkut ke dapur letak atas meja pun ble kot. Amacam point aku? Bahaha..

Lagipun dengan adanya Saif ni, maybe aku perlukan jugak sesuatu yang boleh membantu aku tidokan baby dengan lebih mudah supaya ble aku tumpu perhatian pada Saif atau buat keja2 lain. Karang aku sibuk dok berenjut baby je, pada masa sama si Saif nye "mama, yakk.." "mama, air tumpah.." "mama, nak makan.." "mama, tengok ni Saif buang hp mama dalam toilet ye.." "mamaaaa...mamaaa...mamaaaa.."

Aku da ble bayang betapa hijaunye aku bila akan berada dalam situasi macam tu.

Lepas tu papa Saif balik dari keja plak tanya "Ayang masak ape hari ni? Eh, tak masak ke..asyik tak masak jeeee.." 

Tak tau la nak tukar jadik color ape plak. 

Tapi ni semua just wishlist je. Kot papa Saif izin beli.. (abanggg..pleaseee..sambil buat puppy eye)

Dan yang penting fulus tu fulussss..kot tetiba ada rezeki lebih kan..maybe ble dipertimbangkan kan bang? 


*semua gambar dari sumber google.


3 comments:

  1. mak oih mahalnye nadt buai canggih tu..tak mampu aku..lain le kalo dapat bonus 6 bulan..huhu..
    anak aku leh tido dalam buai @ tilam..mana2 leh..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi, may i knw which parkson is selling nuna leaf? Thanks in advance.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...