Tuesday, June 17, 2014

Hadiah Apa Dalam Kotak Besar Tu?

Assalamualaikum dan haii..

Ingat lagi tak hari tu aku ada cerita kat entri lepas pasal hadiah kotak besar yang papa Saif beli kononnya sempena anniversary tu? (entri)

Kotak besar yang ni haaa..

Konon la dia kata hadiah anniversary. Takde maknanya hadiah weiiii..ni sebenarnya set lampu dengan kipas untuk rumah kami kat Melaka. Eh, lampu je untuk rumah Melaka. Kipas tu semua untuk rumah lagi satu kat Flora Damansara.

Alhamdulillah..Allah murahkan rezeki untuk kami beli rumah ketiga kat Melaka. Dah lama da proses beli rumah ketiga ni. Start awal tahun ni kot. La ni proses bla..bla..bla..hampir setel. Tinggal ada sikit payment lagi nak setelkan, then ble dapat kunci, then boleh start renovate.

Tapi ni aku takde la nak cerita pasal bab renovate rumah tu. Nak cerita pasal lampu yang kitorang beli tu je. Actually gambo lampu yang kitorang beli tu pun takde sebab tak pasang lagi kan. Bahaha..so aku nak cerita la kat mana aku (eh..papa Saif) beli lampu ni dengan harga yang sangat murahhhhhh.. pasni kalau korang nak beli lampu gak boleh la pergi kedai tu.

Actually, sebelum beli ni, kitorang just survey menerusi mudah.my je. Mudah.my memang memudahkan hidup kami. Bahaha..papa Saif la ni obses sangat dengan mudah.my. Sikit-sikit mudah.my. Beli rumah pun survey kat mudah.my. So lampu ni pun kami survey kat mudah.my dan yang paling murah boleh dapat kat Silver Star Lighting. Korang search nanti korang akan jumpe la lampu-lampu yang dijual oleh Silver Star Lighting ni.

Untuk makluman jugak, Silver Star Lighting ni adalah pemborong lampu sebab tu boleh dapat murah. Kedai-kedai lampu kat luar sana tu kebanyakannya ambik kat dia la. So oleh kerana dia ni pemborong, kalau kau nak beli lampu-lampu ni, kau kena order dulu ngan dia. Kalau kau walk in setakat nak beli lampu sebijik, memang dia tak kuasa nak layan. So, papa Saif la wasap tokey kedai ni bagitau nak lampu kod yang mana satu n berapa bijik nak. So dia akan reserved kan. But still kena bayar deposit la tapi sukati nak bayar deposit berapa. Papa Saif bank in deposit RM50 je. Ngehehe..

So ni lampu-lampu yang kitorang pilih. Gambar semua dari mudah.my je. Lupa nak ambik gambo lampu kitorang yang display kat kedai tu.

Harga RM145. Beli 2 bijik untuk letak kat living hall.

Harga RM69. Beli 3 bijik. 2 bijik letak kat dining hall, sebijik letak kat dapur.

 Harga RM49. Beli 4 bijik untuk letak kat setiap bedrooms.

So bila da order, set plak appointment bila nak ambik barang. Tu yang hari Sabtu tu papa Saif ajak berjalan ke The 19 Mall tu. Kedai Silver Star Lighting ni terletak dalam The 19 Mall tu, kat area USJ. Janjinya 12 tengahari mesti on time sampai sebab tokey kedai tu memang akan bukak kedai dia tu khas untuk orang buat appointment waktu tu je. 

Ni kedai dia. Lampu semata je.

Close up sket signboard kedai. Kedai dia yang untuk display item ni kecik je. Dia ada stor lagi kat atas simpan stok.

Antara lampu-lampu dalam kedai dia ni. Lupa lak nak snap lampu aku. Aku suka lampu empat segi biru tu tapi nampak cam berat sangat, takut plak kot tetiba terhempas. Hehe..

Lampu bulat yang ada gantung-gantung tu pun aku suka tapi papa Saif tak gemor sebab lampu kuning katanya, malap. So semua lampu yang kitorang beli tu akan dipasang lampu putih bagi terang benderang. Lampu jenis swan tu pun cantik tapi kalau tukar dengan lampu jenis Philips tu nanti terjojol keluar plak so tak cantik, so tak beli.

Oh ye, even kita da order siap2 lampu yang kita nak, tapi bila datang kedai, tetiba rasa cam tak best je yang kita order tu, nak tukar yang lain..bolehhh. Macam lampu yang untuk living area tu asalnya lampu aku pilih ada 4 bijik tapi bila tengok yang display rasa macam tak cukup terang. So aku tukar lampu jenis lain yang ada 6 bijik, design lebih kurang sama. Tapi harga of course la lain. Asalkan ada stok, boleh je tukar. Lampu bedrooms pun sama, asalnya order yang lampu sebijik je, bila tengok display macam tak terang, so tukar ambik jenis lain yang ada lampu 3 bijik. Da confirm lampu jenis apa nak, then kitorang beli jugak mentol lampu. Beli lampu tapi takde mentol buat ape ye dak. Banyak gak la mentol kitorang beli. Lebih 30 bijik kot. Harga sebijik mentol pun murah je dalam RM8 je.

So da confirm order, dia mintak masa setengah jam untuk dia pack kan barang-barang yang kitorang nak. Oh ye, kitorang beli jugak set kipas biasa 4 bijik untuk rumah kat Flora Damansara. Asalnya nak beli gak lagi 2 bijik kipas remote untuk rumah Melaka tapi last minit cancel sebab macam da tak muat nak sumbat dalam kereta plak. Takpe, kipas anytime boleh beli. Lampu tu je yang kena beli awal supaya menepati piawaian aku. Karang papa Saif main beli ikut taste dia pastu aku tak berkenan, tak pasal-pasal kena kuar duit beli lampu baru lagi. Bahahaha.. Oh ye kipas tu pun murah je. Kipas biasa baru RM98 sebijik. Kipas remote plak baru RM180. Dulu aku beli kipas remote kat Karak harga RM300 tau tak..giler mahaii!

So sementara tunggu tokey tu pack barang, tu yang kitorang merayap pi makan kek kat Persepolis Sweet tu. Sangat kagum dengan tokey tu tau tak sebab dia sorang yang jaga kedai, dia jugak yang pi stor ambik barang, dia jugak yang pack barang n iklan dia kat mudah.my tu pun dia sorang yang handle. Oh ye, wasap order dari customer pun dia sorang yang handle gak. Thumbs up!

Dan barang-barang tu semua da siap pack, dia hantarkan ke kereta lagi. Cayalah!

 Penuh da kereta sumbat segala dengan barang-barang yang beli kat Kaison sebelum tu. Huhu..

Total cost memang lebih 1K tapi puas hati macam-macam dapat. So korang pun kalau nak beli lampu dan kipas murah-murah boleh la deal ngan Silver Star Lighting ni. Service memang terbaik!


3 comments:

  1. wahh.. lampu. akak pun berangan nk tukar lampu yg cantik jugak kat umah tu.

    ReplyDelete
  2. Sis..lampu yg sis tnjuk kat nilai 3 rasanya lbih murah tau..xthula kalau kualiti lain..

    ReplyDelete
  3. murah rezeki...sampai 3 bijik korang sebat...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...