Wednesday, June 18, 2014

Hari Prestasi Taska Saif

Assalamualaikum dan haii..


Hari ni hari prestasi kat taska Saif. Ala..macam hari ambik buku laporan masa kat sekolah tu. Lebih kurang macam tu la.

Sesi untuk budak umur 2 tahun start pukul 1 petang. Tapi time jumpe teacher tu, anak-anak takde, semua tengah tidur. Actually masa bulan Mei, taska ni ada buat gak hari prestasi tapi bila anak-anak nampak mak paknya datang, semua jadik haru sebab ingatkan da waktu balik. Tapi sesi yang bulan Mei tu aku takde sebab pergi meeting kat Bentong tu kan bawak Saif. So terlepas sesi yang tu. So kali ni ni taska just bagi mak pak jumpa teacher je tengok fail prestasi anak-anak.

Oh ye, aku sangkakan ada la buku laporan prestasi anak macam Ciknaa tu. Rupanya tak. Diorang just catat dalam lembaran kertas prestasi Saif dari bulan Februari hingga Mei dan simpan dalam fail sekali dengan semua artwork yang Saif pernah buat.

Ni antara artwork Saif la..

First artwork. Aku gelak masa artwork ni ditampal kat board sebab langsung takde skill mewarna. Saif memang tak suka mewarna tapi menconteng dinding dia sukalah! Gr..

 
 Latest artwork sempena Father's Day. Nampak sangat teachernya buatkan. Bukan untuk Saif je, untuk semua budak pun sama. Hohoho..

Tu berkenaan artwork. Berkenaan prestasi atau perkembangan pembelajaran pulak dinilai berdasarkan sama ada anak boleh MENYEBUT ATAU MENGENAL :
1) ABJAD
2) NOMBOR
3) BENTUK
4) WARNA

So untuk 4 aspek tu, teacher just tick samada BOLEH atau TIDAK BOLEH je.

Untuk Saif, awal-awal bulan tu semuanya tak boleh. Menyebut tak boleh, mengenal pun tak boleh. Walaupun aku rasa Saif kat rumah selalu je sebut 1,2,3,4,5 tapi kat taska, Saif dia berat mulut nak bercakap. Teacher kata most of the time bila teacher suruh sebut, Saif tak nak sebut. Sengih je. Memang betul pun. Kat rumah pun sama jugak dia buat macam tu. Beria-ia la mama dia dok mengajar ABC, dia wat dek je. Tapi kekadang datang angin dia tetiba dia sebut O, C, G, H ikut suka dia nak sebut huruf apa. Tapi aku rasa ok je sebab time tu dia belum genap 2 tahun pun. Bulan 5 hari tu baru genap 2 tahun so aku rasa macam it's ok lagi la kalau nak banding dengan budak2 2 tahun yang da nak masuk 3 tahun.

But lately aku perasan kalau kat rumah Saif da develop sikit sebutan abjad dengan mengenal bentuk tu. Cuma dia tak nak sebut je. Aku ada install beberapa learning application baru dalam tab yang aku rasa banyak membantu jugak la. Macam lagu ABC, game yang padan-padankan bentuk tu..haa yang tu Saif memang da terer padankan bentuk. Tapi macam teacher kata, Saif berat mulut nak menyebut. Dia dok merapu-rapu dengan bahasa pelat dia je. Takpela, belajar perlahan-lahan kan.

So, bila da tau prestasi Saif kat taska macam mana, senang la aku nak fikirkan langkah seterusnya untuk Saif. Aku rasa salah aku jugak sebab sejak pindah sini, aku memang abai sangat2 sesi pembelajaran dia kat rumah. Penat mengandung satu hal, tapi masalah sebenarnya sebab aku tak selesa dengan suasana rumah sekarang. Aku ni jenis kalau nak buat sesuatu tu, benda tu kena ada lengkap baru best. Kalau tak lengkap memang aku takde mood nak buat apa. Macam masak jugak la, sebab dapur sekarang sangat tak memenuhi piawaian aku so automatik aku malas sangat nak masak. Yang jadik mangsa anak ngan laki aku jugak. Kesian diorang..mama selfish. Hukhukk..

Takpe..lepas habis pantang nanti InsyaAllah akan pindah rumah baru. Aku harap masa tu aku akan lebih bersemangat nak mengajar Saif nanti.


3 comments:

  1. kelebihan anta anak ke taska..inilah salah satunye..
    umor berapa la nanti nak anta ank ke taska..emm

    ReplyDelete
  2. perkembangan 2 tahun ni byk sgt dah. wah seronok plk kita bca perkembangan anak ni.. x sabar plk nk ank cepat besar.. hii.

    ReplyDelete
  3. Go go saif..inshaAllah.. sbb kck lg kan sis..bg akk biar dia go wth the flow..giteww

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...