Tuesday, June 10, 2014

Padini Group Fair 2014

Assalamualaikum dan haii..

Jumaat lepas bila kak Azrine share gambo Padini Group Fair kat Paradigm Mall, serius aku rasa meronta2 nak pergi. Tapi pada masa sama rasa cam xlarat je nak mengtawaf shopping lagi. Tapi yang sebenar-benarnya aku takut nak ajak papa Saif pi shopping. Malas nak tengok reaksi dia yg over nak pengsan tiap kali aku ajak shopping. Huhuhu..

Tapi ntah macam mana tetiba malam tu papa Saif berkata "Esok kita pi Kaison eh. Nak beli barang deco rumah kat Melaka. Sementara nak tunggu appointment kol 12 tu."

Korang percaya tak laki aku ajak beli barang deco rumah? Wuhuuuu..

Kaison plak tu!

Aku da kembang kuncup hidung tahan diri daripada termelompat excited. Oh my..oh my.. cool down..cool down..jgn tunjuk sangat excited tu.

Tetiba papa Saif sambung ayat "Ayang ada nak pi beli apa2 lagi ke kat Paradigm?"

Muahahahah...terus aku datang meleset sebelah papa Saif. "Abang..kawan ayang kata Padini tengah buat sales kat Paradigm. Murahhhh..baju budak2 baru rm13.."

Terus papa Saif pengsan.Pura-pura jek. Hahhaa..sape suruh tanya kan. Bahahahha..

So esoknya pagi2 lagi kitorang da gerak pi Paradigm. Kol 10 lebih gitu da sampai. Parking pun banyak, orang pun tak ramai. Terus tuju level CC. Sampai je depan booth sales tu macam nak terbeliak biji mata aku tengok harga rm9!


Aku pun apalagi terus lupa diri tengah mengandung, terus menyelongkar carik baju. Aku target nak beli baju Saif tapi dok kaut2 semuanya baju gugurl. Teringat kat anak buah gugurl yang 3 orang tu, ok gak belikan diorg baju ni, ble buat baju raya. Kalau nak terus buat baju basahan pun ok gak.


Baju Saif dapat 2 helai je. Aku memang target nak beli yang murah je. Mana yg mahal2 harga puluh2 aku letak balik. Bukan kedekut tapi memang tu la tujuan kita pi jualan murah kan sebab nak beli dengan harga murah. Aku offer papa Saif beli baju pun dia ambik sehelai kemeja je. Untuk aku pun just ambik tshirt untuk baju basahan je.

Dah aku yang ajak shopping, haruslah aku jugak yang bayar kan.huhu...

Hasil tangkapan. Nampak tak unsur diskriminasi di situ. Tu baru anak sedara gugurl, belum ada anak gugurl sendiri.huhu..tapi nak bagi adil, semua dapat 2 helai termasuk la Saif pun 2 helai je. Dah tu je pun yg ada saiz 1, tu pun mcm besar, tak kira nak beli jugak. Atas sekali belah kiri tu kemeja papa Saif, 2 helai tepi tu baju mama dengan harapan sebagai pembakar motivasi utk kurus segera supaya dapat pakai lepas bersalin.huhuhu...

So sesapa yang tak pi lagi tu, sales ni ada lagi sehingga 15 Jun. So apa lagi, segera mengendeng dengan suami masing2 sekarang juga..



6 comments:

  1. banyaknya baju.. untuk kids je ye...

    ReplyDelete
  2. Haha..masa akk peegi tgok wayang tu blm ada lagi sales ni tau..hahaha

    ReplyDelete
  3. ngeh3...daku pin poie...tp dpt kemeja jalan hubby jela...saiz gegirl besar sgt utk airis...

    ReplyDelete
  4. besar nye perut dia.. hehe.. comel :)

    ReplyDelete
  5. ya Allah..punyer la lama tak singgah sini..tengok2 dah sarat sangat dah..semoga dipermudahkan yer nadt..amin... :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...