Friday, June 20, 2014

Pam Manual Avent Natural

Assalamualaikum dan haii..

Pagi ni datang awal sket so meh kita update blog laju-laju sebelum bos panggil. Huhu..

Untuk adik Saif ni, aku memang da set nak bf sama macam Saif dulu. Cukup 2 tahun ke tak tu belakang kira yang penting aku da ada niat nak bagi yang terbaik untuk anak-anak aku. So untuk itu, keperluan paling utama mesti lah pam susu kan.

Sebelum ni aku memang ada pakai pam Avent manual, SIL aku bagi. Lama berjasa pam tu tapi sebab da lama sangat (aku rasa maybe almost 4 years - Saif da 2 tahun, SIL beli sebelum tu pun da bertahun gak), so aku rasa aku nak beli lah pam manual yang baru. Actually aku prefer pam elektrik sebab bila LDR tu ble dapat susu lebih banyak tapi manual pun ok gak. Lagipun aku fikir andai kata aku kena stay kat hospital lama macam masa bersalinkan Saif dulu, so pam manual lebih sesuai sebab senang nak cuci dan simpan.

So aku survey-survey pam Avent ni, carik la kot ada lagi pam Avent yang sama macam aku pakai dulu tapi dah takde. Sekarang ni semua jual yang Avent Natural punya pam. Ehm..belasah je la boleh je. Aku suka pam Avent sebab suction dia lagi kuat. So aku rasa Avent Natural pun macam tu jugak la cuma bezanya bentuk je kan.

Seronok bila parcel da sampai. Harganya RM170 including postage.

Isi kandungan dalam. Dapat set pam dan teat Avent Natural. Selain tu dapat gak 2 pack disposable breastpad. Best!

 Comey botol ni. Aku memang nak test bagi baby minum susu guna botol Avent Natural kot baby nak kan.Penting nak kena ajar baby minum botol sebelum naik keja lepas abes cuti nanti.

Kalau korang nak beli pam ni, ble la pi page ni :



4 comments:

  1. medela ku dah rosak.. ah..kena intai pump baru..ah..

    ReplyDelete
  2. ciknaa pun pengguna tegar avent manual dalam pantang.. syok sgt sambil makan pun boleh pam..yuhu!

    ReplyDelete
  3. suke bentuk avent yg natural ni..comey..hihi..

    ReplyDelete
  4. ok jugak ye harganye..aku pon bercite2 nak bf anak kalo ada no. 2 nanti..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...