Friday, June 6, 2014

Still Driving??

Assalamualaikum dan haii..

Sejak masuk 7 bulan pregnancy, rasanya orang mula tanya kat aku "Eh, ko still driving lagi ke? Boleh ke? Larat ke?"

Aku pulak yang jadik pelik dengan soalan macam tu. Eh, tak boleh eh? Ke aku je yang xtau ibu mengandung takboleh driving?

Ye..aku tau korang semua concern pasal aku. Thank you for your concern. Terharu mak.

Actually bagi aku ada beberapa condition yang menentukan samada ko boleh driving atau tak waktu sarat-sarat mengandung ni.

1) Memang berdaya mampu. Kuat lagi la kiranya.
2) Tak berapa nak mampu sebenarnya tapi buat-buat mampu.
3) Memang tak mampu. Sesak nafas tiap kali drive.
4) Mampu sebenarnya tapi saje buat-buat tak mampuuuuu..nak perhatian lebih la tuuu..auchh..

Dan aku berada dalam kategori no.2. Itu pun bergantung jenis kereta mana satu yang aku drive. Kalau drive WYK, aku still boleh drift lagi. Kalau drive JKX, maunya sesak napas nak putar stereng + sakit pinggang tahap terguling seharian. Kalau papa Saif suruh drive JKX, mula la nak kembang kuncup hidung aku menahan muncung tak berapa ikhlas nak drive. Padahal masa mengandungkan Saif dulu, JKX tu la yang aku drift ke sana sini..boleh plak. Huhu..

Sejujurnya pada tahap sekarang dengan kapasiti air ketuban berlebihan ni, serius aku rasa cukup malas nak drive. Rasa nak ambik maternity leave awal sebulan je sebab malas nak drive punya pasal. Tapi terpaksa jugak la sebab kerja punya pasal.

Korang jangan tuduh laki aku ni kejam plak membiarkan bininya drive sendiri pi keja. Actually kalau diikutkan, aku rasa takde masalah pun kalau dia nak hantarkan aku pi keja. Tapi masalahnya tang nak jemput balik tu camno? Laki aku tu opis hournya abes kol 5.30, tung tang dengan jem kat KL bagai maunya ambik masa sejam baru sampai Putrajaya. Time tu da 6.30, berani aku menunggu kat opis sorang2? Dengan taska Saif pun tutup pukul 6. Camno laki aku nak terkejar2 dari KL nak menjemput? 5.30 tu timing paling awal. Biasa dia sampai rumah pun paling cepat pun da maghrib. Biasanya pukul 8 malam baru sampai. So memang idea nak bermanja2 dihantarkan ke opis tu hanya boleh muncul dalam mimpi je la.

Beruntung la korang yang suami boleh hantarkan pi keja pakej jemput balik semua. 

Hari tu meeting kat Pahang tu..tegar aku drive sendiri dari Putrajaya sampai ke Pahang. Pastu kursus kat Melaka pun aku dok ulang alik setiap hari dari Tampin-Melaka. Kalau ikut hati, memang xkuasanya aku nak drive. Tapi bila ada daya penolak, tu yang akan jadi kekuatan untuk teruskan jugak. Cekalkan hati je la.

Tapi apapun aku still kena consider keadaan baby dalam perut ni jugak. Apa-apa hal pun sebelum drive jauh2 macam ke Pahang tu, aku pi klinik dulu scan baby ok tak, air ketuban cukup tak (masa ni aku tak diagnosed lagi polyhidroapekebendantahakutakingat tu lagi). Bila baby ok, baru aku berani teruskan.

Bukannya apa, bila cakap bab kerja ni..aku rasa orang opis aku banyak sangat bagi muka kat aku sebab aku tengah mengandung kan. So aku segan la jugak..tak nak la dikatakan ambik kesempatan nak mengelat je memanjang. So apa yang aku rasa aku masih mampu buat, aku akan cuba buat. Sekarang ni pun aku datang opis macam banyak melahu je, takde apa keja sangat nak buat. Sesekali je busy bila ada bengkel. Takpe..lagipun tak lama lagi dah ni. Tak sampai 2 bulan je lagi ni. Aku cuba bertahan drive..drive..ah bencinya drive lagi2 kat Putrajaya yang banyak traffic light ni. Pffttt..

Dan bersyukur jugak la aku sebab Saif sangat behave duduk kat carseat, memang memudahkan urusan aku setiap kali nak hantar dia ke taska dan jemput balik.

Tapi aku drive ni just untuk urusan kerja saja. Tang lain-lain jangan harap la aku nak drive sesaja. Tu semua memang da jadik tanggungjawab papa Saif le jadik driver ke mana jua.


1 comment:

  1. in sha Allah selamt pegi balik...aku dulu pon still driving..tempuh jammed..sampai krem2 kaki..8 bulan lebih baru en.suami anto & jemput tu pon..kadang2 kul7 malam baru kluar opis

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...