Monday, June 9, 2014

Tanda-tanda Kelahiran

Assalamualaikum dan haii..

Walaupun da ada pengalaman melahirkan Saif sebelum ni tapi serius aku still rasa nervous dengan 2nd baby ni. Maybe faktor polyhydroentahapekebendantahakutakingat tu yang buat aku tambah dimomokkan dengan kemungkinan kelahiran lebih awal. Saif dulu overdue sehari. 2nd baby ni serius aku tak boleh nak agak akan bersalin tepat mengikut EDD atau mungkin lebih awal. Tapi entahlah..instict aku rasa macam mungkin akan bersalin lebih awal. Memang tak beraya la jawabnya aku tahun ni.

So aku cuba google balik tanda-tanda kelahiran yang akan dirasai oleh para ibu bila tiba masanya.
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
sumber : Babycenter

Semua tanda-tanda tu aku da merasa waktu nak bersalinkan Saif dulu. Bermula dengan keluar tanda darah, then mula sakit yang kuat dan makin kerap. Air ketuban doktor yang pecahkan.

Boleh ke aku tahu jika kelahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Babycenter bagi jawapan : Mungkin. Tanda-tanda kelahiran termasuk:
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.
sumber : Babycenter 
Yang buat aku rasa tak berapa nak best sekarang ni sebab 4 tanda kat atas tu aku da mula rasa sekarang ni. Last checkup dengan doktor, doktor kata kepala baby kat bawah. Tak tau itu maksudnya da engaged atau tak. Tapi memang aku rasa ringan sket sebab bila time sembahnyang tu, aku rasa macam lebih mudah nak tunduk sujud. Dan ramai gak yang tegur perut aku dah nampak turun ke bawah. Cuak..cuak..Tapi perut ke bawah tu mungkin jugak sebab berat air ketuban berlebihan. Cuma bab lebih mudah bernafas tu tak jugak la, still mengah gak la kalau tersilap posisi duduk atau baring. Kalau berdiri lama pun mengah. Menyental botol susu Saif pun ble buat mengah jugak. 
Tanda kedua tu pulak aku tak berapa pasti. Aku boleh rasa macam ada tapi bila check takde apa pun. Rasa macam memula period nak datang tu. Haa..camtu la yang aku rasa. Tapi aku lagi risau takut air ketuban ada leaking ke. Mudah-mudahan tak la.

Tanda ketiga tu haa yang buat aku paling cuak sekali. Sebab sejak masuk 7 bulan, aku alami Braxton Hicks setiap hari. Ya, setiap hari at least sekali perut akan mengeras. Kekadang dalam sejam 2,3 kali perut mengeras. Berbeza dengan perut mengeras sebab baby bergerak, yang aku rasa ni memang confirm Braxton Hicks sebab perut mengeras then disusuli rasa macam senggugut yang mild. Contraction la tu kan. Haa...cuak..cuak..

Tanda keempat tu sukar nak dipastikan kesohehannya sebab memang dari dulu aku spesis mudah membuang. Sampaikan time nak beranakkan Saif pun boleh cakap "Macam mana nak teran macam sembelit? Saya tak pernah sembelit doktor!!" Bahahaha...

Makanya..minggu ni jugak aku kena pastikan beg baby n beg baju aku da ready if anytime perlu ke hospital. Patutnya 7 bulan lagi da kena prepare tapi sebab semua beg tu dalam stor yang menimbun, so aku tangguh..tangguh..dan tangguh..sampai la aku mula cuak takut terberanak awal.

Doakan la aku tak beranak awal. At least bagi lepas 36 weeks lega da..


3 comments:

  1. Akk masa 7 bulan pun camgitu..
    Asik BH je..mmg cuak sbb takut bb premature..
    At last aish kua 1 day b4 due..hihi

    ReplyDelete
  2. ciknaa bersalinkan rania langsung takde tanda nadt.. tetiba je buat VE dh 6cm.. takde tanda langsung melainkan penat semata2..huhu.semoga dipermudahkan kelahiran adik saif..

    ReplyDelete
  3. kejap je nak bersalin dah..semoga dipermudahkan..
    aku dulu memang 4 tanda tu ada..37wks..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...