Tuesday, July 8, 2014

Anakku Bakal Berbuai Akhirnya!

Assalamualaikum dan haii..

Sebelum ni aku ada cerita pasal buaian dan kenapa aku tak nak guna buai kan untuk Saif dulu. Tapi untuk adik Saif ni aku decide nak guna buai. Hopefully mudah nak tidurkan dan tinggalkan untuk aku buat kerja. Dan yang penting hopefully Saif tak mengacau adiknya la.

So, sebelum ni aku macam da ketar2 nak beli Nuna Leaf. Tapi bila aku baca review, banyak yang kata tak baloi sebab setiap 3 minit ko kena swing itu Nuna Leaf. Sebab Nuna Leaf ni tak guna bateri atau elektrik, so ko still kena swing manually then dia akan bergerak sendiri dalam 3 minit dia akan berhenti. Agaknya 3 minit tu sempat ke anak tu nak tido? Alahaii sudahnya tak jadik nak buat kerja lain jugak.

So aku survey lagi baby swing jenis lain dan akhirnya terjumpa la baby swing brand Bright Starts. Zaman Saif dulu seriously aku tak tau pun ada buaian jenis swing gini. Yang aku tau jenis rocker atau bouncer tu je. Ada macam-macam model tapi aku paling berkenan model Comfort And Harmony sebab saiz tempat baby baring tu lebih besar n boleh adjust nak baring ke nak duduk ke. Material kainnya pun lebih lembut dan nampak cam empuk je. Tapi sayangnya manjang je sold out. Kalau tak sold out pun harganya mahal RM399 gitu. Mahal bagi aku.

Sampai la satu hari tu da tengah malam, aku saja2 bukak website mybbstore. Sekali tengok baby swing yang aku nak tu ada! Dan yang paling best ada less lagi. Harga jadik RM268.89. Banyak giler less daripada RM399 turun jadik RM268.89. Free postage plak tu. Perghh! Dan aku pun terus klik untuk beli. Muahaha..Da klik beli baru aku bagitau laki aku. Muahaha..

So 3 hari lepas tu sampai la baby swing idaman tu. Ni dia haaa..kotaknye dulu...


Ni la rupanya bila da siap pasang. Baby swing ni guna bateri so mudah nak letak mana2 pun. Boleh control speed, ada timer dan lagu jugak. Baby swing ni dia buai ke depan ke belakang macam buai laju2 sampai pokok sena tuuu..bukan jenis enjut2 cam rocker atau buai biasa. Tu nampak tak budak Saif tu menyebok fefeeling tu mainan dia plak. Adoiii..belum ape2 lagi aku da nampak da ciri2 nak berebut buai ni karang..

Kalau tak guna, boleh lipat gini. Jimat space n tak berat mana pun. Yang penting senang nak bawak travel. Abaikan karya contengan Saif kat dinding tu. Grrr..

So aku harap buai ni berfungsi dengan baiknya la seperti yang aku harapkan. Dan yang penting mudah-mudahan Saif tak berebut nak berbuai jugak.

11 comments:

  1. ni idaman qalbu anis gak!dr awla peknen dok intai!rege mmg sokmo 399 kan..murah gila nad dpt beli 200++ je! anis nak beli..tp tkt asben bebel..rocker airiell ada elok lg..tp mslhnya mak dia mls nk buai2 dgn tgn..lenguh kot!huhuhu.. anis tgh cr preloved murah2...

    ReplyDelete
  2. Wah wah bestnyer adik baby nnt.. Jgn saif yg nak naik sudahla..hhahah

    ReplyDelete
  3. nadt baru2 ni je terdetik nak try buai sebab fikirkan kalau tak buai mesti susah nak tinggal buat kerja macam masa saif kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  4. nad, kalau boleh tak perlu la guna buai... tp klu dah terdesak nak buat camner.. semalam br ada sorang member share pasal bahaya buai sehingga dapat mendarahan otak. tp semua ni, perancangan Allah... lin pun tengah belajar ajar anak tidur bawah je sekarang.

    http://celebrationofloveaa.blogspot.com/2014/07/bahaya-buaian.html

    ReplyDelete
  5. swing ni ok kot tp better jgn laju2....sbb ada mbr baru ni ank ofismate dia naik swing yg elektrik tu kena gegaran otak dan darah beku kat kepala...baby tu baru 2 bulan....

    ReplyDelete
  6. yang gegaran otak tu buai elektrik jenis enjut tu. ni bukan enjut atas bawah tapi hayun depan belakang. da test dia punye swing pun takde la kuat mana sebab pakai bateri je. kuasa bateri mana la kuat mana pun. baby swing ni pun pakai time nak buat kerja je. waktu tido biasa memang nak biasakan tido kat tilam lagi senang.

    ReplyDelete
  7. Nadt mulanya erna x plan nak beli swing macam ni. sebabnya rocker iman masih ada. elok. cantik. bersih. Tapi, bila iman memang setiap hari tengok tv atau nak santai2 dia dok dalam rocker, terus erna terfikir kena juga belikan baby new rocker. Tapi, kalini tak beli rocker. Erna beli swing mcm nadt ni. haritu iman nangis nak duduk atas swing. terus erna laju2 bungkus swing. harap tak berebutlah iman nak duduk atas swing adk dia. heeee

    ReplyDelete
  8. Kak .,sy nk beli baby swing mcm akk ni ..tp xjmpe yg sama ..ada pon semua kt indon .plz help me

    ReplyDelete
  9. Kalau Nadt x nak guna dh dan nk jual lelong2 bgtau ye....kite nk beli....

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...