Friday, July 4, 2014

Fed Up Dengan Bahagian Kecemasan Hospital Putrajaya Yang Tak Cemas Pun..

Assalamualaikum dan haii..

Lama tak bersiaran dalam blog ni. Actually hampir 2 minggu tak sihat. Mula-mula Saif demam start Ahad malam, then hari Selasa..mamanya plak demam. Sudahnya seminggu jugak la tak masuk kerja.

Bila da lama sangat Saif dan aku demam, aku decide pi klinik untuk buat blood test. Aku pi klinik berdua je dengan Saif masa tu sebab papa Saif keja. Actually papa Saif tak tau pun aku pi klinik wat bloodtest. Huhu..aku da sampai klinik, baru bagitau. huhu.. Dengan kepala ting tong, dengan Saif yang cranky, mak oiiii rasa nak pengsan kat klinik tapi aku tahankan je. Time nak ambik darah Saif, lagi la meraung-raung budak tu aiihh. Mama rilex je da biasa ambik darah kan.

Hasil bloodtest, darah Saif ok, just virus infection biasa yang menyebabkan demam. Ok la, lega sket la at least takde infection yang bahaya. Cuma tang result blood test aku yang tak berapa nak best. Seperti diduga, aku suspek demam denggi. Aku memang da agak sebab memang dari dulu platlet aku jenis rendah even tak demam pun. Tapi bila kali ni aku demam, platlet rendah dan darah putih pulak naik tinggi, doktor suspek aku demam denggi la. So aku kena repeat bloodtest esoknya hari Sabtu kat klinik Presint 9.

Sabtu tu, of course la aku tak pi klinik. Camno je nak pi berdua ngan Saif je, papa Saif ada kelas. Nak pergi sendiri, memang rasa xlarat sangat da, melepek tambah lagi sakit kepala sangat. So kitorang decide nak pergi je bahagian kecemasan Hospital Putrajaya petang tu.

Aku register kat bahagian kecemasan tu lebih kurang pukul 6.30 petang. Masa tu aku tengok memang ramai jugak la orang. Memula aku masuk jumpe nurse kat bahagian Triage, check suhu semua memang aku demam. Dia bagi aku makan panadol then bagi number tunggu untuk jumpa doktor. OK, fine. Tunggu je la kan. Time tu rasa da lapar giler, seb baik ada McD da beli siap2 drivethru tadi so melantak dulu.

Orang makin lama makin ramai. Cuma yang tak berapa best aku tengok kat bahagian kecemasan tu, orang yang datang nampak gaya macam sihat walafiat. Kot ye pun gagah sangat melawan sakit, buat-buat la muka sakit sikit. Ni ceria bagai aku tengok. Yang bawak anak konon anak demam tapi si anak bukan main ceria melompat-lompat. Tang kecemasan apanye yang aku tengok. Aku rasa bahagian kecemasan ni macam da disalahgunakan sebagai klinik selepas waktu klinik sebenar tutup.

Contoh la..ni perbualan yang aku dengar daripada patient kat depan aku.

A : Sakit ape?
B : Pening kepala.
A : Demam ke?
B : Tak la, pening kepala je.
A : Dah pergi klinik ke, makan ubat?
B : Tak, baru start pening kepala petang tadi. Petang klinik da tutup.

See? Benda kecik pening kepala pun nak pergi bahagian kecemasan. Kalau klinik kesihatan da tutup, klinik swasta berlambak hoiii kalau setakat nak dapatkan panadol ubat pening kepala. Opss..lupa..klinik swasta kena bayar ye dak. Kalau pergi klinik/hospital kerajaan ble la free kan. Aiihh..aku ibu sarat mengandung yang demam suspek denggi nak kena menunggu giliran lebih lama sebab adanya orang-orang yang sakit ringan tapi menyemak kat bahagian kecemasan. Dah la bahagian kecemasan Hospital Putrajaya tu kecik!! N cuma ada 2 bilik doktor je yang on. Aiihh..

Ok la..hak masing-masing la kan nak dapatkan perkhidmatan hospital. Hak semua rakyat kan. Takpe..aku tunggu..tunggu..tunggu..dan tunggu sampai 9.00 malam pun nombor aku still tak dipanggil! Padahal nombor terakhir aku tengok 0333. Nombor aku 0334. Patutnya satu giliran je lagi kan. Tapi tetiba nombor jadik 0286 la, 0074 la..langsung nombor aku tak naik2! Ohoii..macam mana kau punye sistem nombor ni. Dah la bila patient kuar dari bilik doktor, next patient kena tunggu at least 10 minit baru dipanggil masuk. Buat apa je la doktor kat dalam tu. Kekadang bila da lama sangat next patient tak dipanggil, pak guard masuk bilik doktor, tak tau la apa pak guard tu cakap, baru la next patient dipanggil. Aiihh.. Pukul 9.00 tu, papa Saif call. Dari sejak tadi dia tunggu dalam kereta je sebab Saif uncontrolled berlari sana sini. Aku cakap tunggu lagi 10 minit, nombor tak panggil lagi aku blah. Dalam 5 minit gitu, nombor ntah apa-apa yang naik, aku da tak kuasa tunggu da. Terus blah. Aku hangin, papa Saif lagi hangin sebab dia kena tunggu dengan dak Saif yang tak reti dok diam.

Kalau tau gini la, memang takdenya aku nak pi situ. Kalau klinik swasta biasa boleh buat bloodtest memang aku pi klinik swasta je lagi senang. Asalnya memang nak pi hospital private je tapi sebab panel private kebanyakannya jauh, n papa Saif takut kalau2 aku kena warded payah plak kalau jauh. Dia bukannya confident sangat nak handle Saif sorang-sorang. Kononnya kalau aku kena warded kat Hospital Putrajaya pun kiranya dekat je la senang nak urus.Tapi bila da jadik gini, pi je la private berdekatan. Bayar je la sendiri.

Esoknya papa Saif bawak aku pi Hospital Az-zahra. Buat blood test untuk sahkan terus positif/negatif denggi. Result bloodtest memang aku positif denggi. Nak nangis jugak aku sebab risaukan baby sebenarnya. Tapi doktor kata tak perlu warded sebab platlet aku ada naik sikit banding sebelum ni. Dia just bagi antibiotik, mc untuk rehat kat rumah, hari Selasa kena datang repeat bloodtest lagi. Lega sikit la bila doktor kata gitu, yang penting bagi aku kesihatan n keselamatan baby.

So berehat aje la aku kat rumah. Makan antibiotik tu, terus sakit kepala aku hilang. Kalau tak sebelum tu memang berdenyut2 sangat kepala ni rasa nak pecah tapi dok tahan je. Saif hantar ke taska, kalau dia ada kat rumah langsung aku tak boleh nak rehat.

So hari Selasa tu, papa Saif cuti bawak aku pi Az-zahra lagi, repeat bloodtest. Thanx dear korbankan waktu kerja u walapun kejap2 ada je call dari opis. Huhu.. so hasil bloodtest, result aku bertambah baik. Platlet naik daripada 158 jadik 198. Aku pun terkejut gak tengok platlet aku naik banyak tu sebab selama ni memang platlet aku tak pernah lebih 160 pun. Huhu.. maybe sebab aku dok pulun makan sup ketam n minum air kelapa fresh. Darah putih pun makin turun even belum normal sepenuhnya tapi based on trend ada penurunan so doktor kata aku da ok. Dah tak perlu repeat bloodtest lagi. Aku pun da tak demam n sakit kepala lagi. Yang penting baby pun ok.

So tamatlah kisah cuti panjang aku. Ikutkan dari hujung minggu lepas maknanya 11 hari direct aku cuti dok umah je. Makanya bila nak naik keja semula memang la rasa lemau sangat. Rasa nak sambung terus maternity leave je. Muahaha..



4 comments:

  1. tu la...pernah ari2 kes adik excident...dekat 2 jam daku tgu...tk pgl2 jugak waris...sudahnya daku tye nurse tu nama adik bla...bla...baru la ckp...owh ada2...dh nk siap dh...adik awak ok xde pape...kaki je luka...hampeh je rasa....kuat menyembang...klu tk tye jenuh la duk melangut tgu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah sis getting better..
    Tc ye sis..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. rasanye nombor yang naik tu berbeza ikut pesakit..sakit y berbeza..nombor tak sama semua sebab aku dlu slalu gak g spital time malam bila anak dara tu demam...amik darah kena tahan wad..dia dahulukan bayi & warga emas..

    ReplyDelete
  4. huuu mmg sakit hati klo cte bab menunggu kt klinik o hospt gov ni...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...