Wednesday, July 16, 2014

Pilihan Induce : Yay Or Nay?

Assalamualaikum dan haii..

Sekarang ni aku da 38weeks. Tak lama lagi hoii nak peluk cium baby. Sabtu hari tu aku pergi checkup kat Azzahra. Aku buat checkup dengan Dr. Fazlina. Baik sangat dia ni macam mak-mak n lembut je percakapan dia.

Macam biasala time checkup mesti la buat scan kan. Alhamdulillah result scan semuanya ok, berat baby pun da lebih 3kg. Sambil scan tu, borak-borak la dengan Dr. Fazlina tu.

Dr. Fazlina : Awak punye due ni time raya kan? So raya nanti macam mana? Raya kat sini ke?

Aku : Haah due time raya. Raya..ehm..tak tau la. Dok sini je la kot. Nak balik kampung beraya takut terberanak plak tengah jalan.

Dr. Fazlina : Family awak kat mana?

Aku : Kat Johor.

Dr. Fazlina : Family husband?

Aku : Negeri Sembilan.

Dr. Fazlina : Tak balik raya ni, abes tu raya sendiri je la kat sini? 

Aku : Haah. raya sini je la. Nak buat macam mana.

Dr. Fazlina : Tak nak bersalin awal ke? 

Aku : Eh, macam mana plak nak bersalin awal? (otak aku da terbayang czer je)

Dr. Fazlina : Kalau awak nak, boleh je induce untuk bersalin awal. Lagipun baby awak da cukup bulan, da matang. Anytime je da boleh keluar sekarang. Kalau awak nak, minggu depan ni pun da boleh bersalin. Pastu boleh terus balik kampung. Tak payah risau terberanak tengah jalan ke.

Gulp!! Induce?? Benda aku paling takut kot. Sebab time beranakkan Saif dulu, aku da merasa azab kena induce. Yang bestnya time aku beranak tu, aku tak dimaklumkan pun yang aku diinduce. Bila da setel beranak, borak2 dengan nurse baru aku tau kena induce. Cett! Patut la sakit macam nak mati!

Aku : Tapi doktor, induce sakit kan?

Dr. Fazlina : Mana ada bersalin yang tak sakit. Actually sakitnya tu sama je. Cuma kalau tak induce, sakit tu datang perlahan-lahan, berhari-hari sebelum jadi kuat so otak boleh terima rasa sakit tu secara beransur-ansur. Tapi induce sakit tu datang cepat dalam masa beberapa jam je so otak lambat nak adapt rasa sakit tu sebab tu sakitnya macam lebih kuat. Actually sama je sakitnya bergantung pada penerimaan otak masing-masing. Lagi plak anak kedua ni biasanya jalan da bukak sekarang ni so kalau induce pun InsyaAllah tak ambik masa yang lama. Takpe, awak fikir la dulu. Bincang dengan husband. Saya tak paksa.

Aku angguk je la. Tapi time ni aku tak buat keputusan pun untuk setuju induce sebab apa-apa pun kena bincang dengan papa Saif dulu. Time checkup ni aku sorang je sebab papa Saif tunggu dalam kereta jaga Saif, Saif kan still chickenpox so tak boleh keluar ke mana2. So, Dr. Fazlina set next appointment 22 Julai ni n kalau setuju nak induce, boleh proceed terus. By the time 22 Julai tu aku da masuk minggu ke-39.

So bila aku bagitau papa Saif yang doktor cadangkan untuk induce, papa Saif pun terdiam. Aku pun cuak sebenarnya.

Setelah fikir punya fikir, bincang punya bincang. Akhirnya kitorang setuju untuk induce. Faktor yang kitorang ambik kira adalah :

1. EDD aku raya ke-3. So namanya pun EDD so memang tak boleh nak expect bila baby nak keluar sebenarnya. Awal, on time atau lambat. Plan asal aku tak nak balik kampung langsung untuk beraya sebab aku takut time tengah sangkut jem kat highway tu la aku sakit nak terberanak tak ke naya. Tapi..andai kata tak balik beraya, baby pulak keluar lambat, tak ke macam sia-sia dok tercangok kat rumah je tak beraya?

2. Ada suara-suara yang suruh kitorang balik raya jugak. Papa Saif pun macam ada hati nak balik raya, of course la balik raya Tampin hoii..Dengan confident dia kata, kalau tetiba aku sakit nak beranak time raya, sempat je nak patah balik KL untuk bersalin. Amboihh..kalau tak jem pun da ambik masa sejam setengah. Kalau jem maunye 3,4 jam baru sampai KL even N9 tu macam dekat je bunyinye. Aku tak berani ambik risiko beranak dalam kereta. Dan aku pun tak nak bersalin kat Hospital Tampin. Rugi la aku da bayar booking wad kat Azzahra tu.

3. Faktor ke-3 ni paling sedih. Mak aku da bagitau awal-awal kalau aku terberanak time hari raya tu, memang dia tak boleh nak datang. Even kalau 2 hari sebelum raya pun, mak aku susah nak datang sebab da sibuk dengan preparation untuk raya. Sebabnya parents aku dok ngan nenek aku kat rumah induk. So da namanya rumah induk, time raya tu segala anak beranak cucu cicit akan datang rumah tu n of course la parents aku takble tinggalkan rumah (even mak aku nak sangat lari dari rumah time tu katanya). Tak..mak aku tak ble tinggalkan rumah time orang datang sebab ikut pengalaman sebelum ni bila mak aku takde, ada la beberapa isu yang timbul (malas aku nak cerita) so memang mak aku da bagitau awal-awal tak boleh nak datang. So kalau mak aku tak datang, sape nak jaga Saif time aku nak pi berjuang? Papa Saif of course la akan tunggu aku kat hospital. Takkan nak bawak Saif jugak kot, karang dia nampak aku tetiba hilang, tak pasal2 jadik drama air mata kat hospital. Aku nak bersalin pun ble jadik stress dok teringat kat Saif je karang.

4. Mak mentua aku pun tak ble datang. Sebab aku tau mesti dia sibuk dengan aktiviti surau dia. Even dia offer untuk jaga Saif dengan syarat hantar Saif balik Tampin, tapi aku yang tak konfiden. Saif..waktu siang ok lagi kalau kena tinggal dengan nenek n caca dia. Tapi waktu tido malam, sorry. Crankynye aku je yang ble handle. So aku memang tak setuju hantar Saif balik mana-mana pun even umah mak aku sendiri. Tak nak menyusahkan diorang melayan karenah anak aku tu 24 jam. Melainkan salah sorang sanggup datang umah aku untuk jaga Saif then it would be ok sebab diorang hanya perlu jaga waktu siang je, waktu malam papa Saif ble take over jaga plak.

5. Kalau aku bersalin awal, so aku ble balik kampung lebih awal dan dapat elak sangkut dalam jem. Start hari Jumaat tu confirm da start jem punye la. Ko bayang dengan sakit-sakit baru lepas beranak, sangkut plak dalam jem 4,5 jam tak ke naya. Silap haribulan kot kena jahit banyak macam time Saif dulu, nak duduk pun tak ble, celah mananya aku nak tahan duduk dalam keta merangkak-rangkak 4,5 jam sebab jem. Ah ye dengan Saif yang confirm akan buat perangai dalam kereta lagi..rasa nak jadik hijau.

So atas faktor-faktor tu la yang buat aku rela dalam terpaksa membuat keputusan untuk induce. Tapi ni baru keputusan kitorang, belum bagitau doktor pun lagi. Next appointment nnt baru bagitau. So bila da buat keputusan nak induce ni, aku rasa macam nak ambik epidural sebab takut tak tahan sakit. Papa Saif pun ok je.

Tapi..tapi..bila aku bagitau orang kiri kanan pasal keputusan aku nak induce ni, ramai plak yang tak setuju. So bila lagi banyak respon negatif daripada positif, aku mula rasa cuak dan ragu-ragu. Betul ke keputusan yang aku buat ni?

"Kenapa nak induce? Biar la baby keluar sendiri naturally."

"Doktor tu nak ambik untung je, nak mudahkan kerja dia je tu."

"Kalau baby tak ready lagi nak keluar macam mana? Nak paksa-paksa keluar plak."

"Banyak risiko induce la. Kalau induce tak jalan then will end up with czer."

Adehhh..serius buat aku rasa cuak. So aku pun menggunakan la kuasa google untuk cari info pros n cons pasal induce ni lagi. So hasil google, cons memang lebih banyak banding dengan pros. Kiranya betul lah apa yang korang cakapkan tu.

PROS :
1. Boleh tetapkan masa bersalin andai kata ada kekangan masa yang sukar dielak.
    Haa..ni memang isu utama aku la ni. Isu kekangan masa.
2. Boleh jumpa baby lebih cepat! Yeah!
    Ini aku tak kisah sebenarnya yang penting semuanya selamat.

CONS :
1. Kegagalan induce kerana tubuh ibu tak respons pada ubat induce yang diberikan.
2. Induce menyebabkan contraction yang kuat yang mungkin tak tertanggung oleh ibu.
    Ini memang aku da merasa azabnya macam mana.
3. Contraction yang terlalu kuat boleh mengundang risiko rahim pecah, baby stress dan lain-lain yang seterusnya membawa kepada czer.
4. Baby mungkin belum bersedia untuk dilahirkan lebih awal (jika induce dilakukan pada tempoh kurang daripada 38 minggu)

Tapi satu statement ni bagi sedikit kelegaan bagi aku :

"Researchers have found that inducing labor after 37 weeks of pregnancy can lower the risk of perinatal mortality without increasing caesarean section rates. However, babies born to mothers who are induced are more likely to be admitted to a special care baby unit. The study is published in BMJ (British Medical Journal)."


Tapi aku still rasa tak puas hati dengan info-info yang aku dapat via google je. Ntah macam mana Allah nak bagi petunjuk kat aku ke apa..tetiba kawan aku masa sekolah dulu (la ni doktor) tetiba PM aku mintak resepi popia nestum yg aku upload kat FB. Muahaha..ada hikmahnya wei selalu up status kat FB. Aku pun da ingat2 lupa dia ni. So aku pun ambik kesempatan la tanya dia pasal keputusan aku nak induce ni. Aku nak tau pandangan seorang doktor itu sendiri.

So apa yg aku ble simpulkan kawan aku tu kata :
"Sebelum doktor suggest any medication, doktor mesti da tau risikonya. Macam doktor tu yang suggest untuk induce tu, dia takkan saja2 suggest kalau condition kau tak ok. Lagi plak kau memang da cukup bulan, baby memang tunggu masa nak kuar je cuma cepat atau lambat tu bergantung pada tindakbalas rahim kau yang da ready ke tak sebenarnya. Orang selalu kata doktor private ni nak ambik untung je tapi untung tu jatuh nombor 2. Memang diorang still perlukan income sebab hospital private takde subsidi macam government, diorang bergantung pada patient je. Tapi tu tak bermakna nyawa patient nak dipertaruhkan sebab apa-apa jadik pun diorang still kena bertanggungjawab. Jarang kita dengar isu kat hospital private kan? Lagi satu, bila kat private ni, semuanya memang doktor pakar tapi fasiliti wad tak cukup sedangkan makin ramai orang pilih private so kalau ada pilihan untuk percepatkan sesuatu proses, memang diorang akan percepatkan sebab wad tak cukup nak tampung patient. Terbalik plak dengan hospital government, pakar tak ramai. Yang ramai doktor pelatih tapi fasiliti wad banyak so kalau nak lambat-lambat pun takpe."

Bila kawan aku bagi komen macam tu, rasa terbukak sikit kotak fikiran aku. Ye la, kita ni sekadar patient so hanya ble bagi pendapat sebagai patient je tapi reality doktor tu sendiri kita tak tau. Tapi sukacita aku ingatkan, itu hanyalah pandangan kawan aku seorang saja ye, tak mewakili semua doktor kat dunia ni. Karang ada plak 'doktor-doktor' yang condemn aku kata aku bagi info salah plak. Aku just kumpul info sebanyak yang mungkin je daripada pelbagai sumber. Tak nak la baca/dengar satu sumber je then terus buat assumption sendiri.

Actually, bersalin dengan apa cara sekali pun still ada risikonya kan. Dan kita ni cuma mampu merancang je nak bersalin macam tu, nak bersalin macam ni tapi kalau Allah da tentukan bahagian masing-masing, kena redha je la. Ye la, ada orang nak bersalin normal tapi Allah tak izinkan sudahnya end up with czer gak. Then ada orang nak bersalin czer tapi Allah tak izinkan sudahnya end up bersalin normal. Aku la tu..merayu-rayu dengan nurse n midwife mintak operate sebab da tak tahan sakit sangat tapi da Allah tak izinkan so tak dapat jugak la aku operate. Merasa gak la bersalin normal. So sama je sekarang ni, aku plan nak induce next week, manala tau tetiba esok lusa aku da terberanak da. Haaa..mana la tau kan. N andai kata induce ni tak berjaya n aku end up with czer, pun aku n papa Saif redha je.

Doakan je la yang terbaik untuk aku dan baby. Redha dan pasrah..Still cuak..

8 comments:

  1. insyaallah...pape pun semoga dipermudahka nad....

    ReplyDelete
  2. xpe dear..i believe doctor u mesti nak yg terbaik utk u & baby..
    tp apa2 pun keputusan terletak pd tgn u & hubby..so cuma korg je yg boleh pilih keputusan terbaik..
    apa2pun i doakan semoga dipermudahkan & selamat.. Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  3. Apa2 pun kputusan sis..
    Akk doakan sglanya dipermudahkan ye..
    Semoga apa yg sis rncg berjaya..
    Hehehe..
    Selamat berjuang sis

    ReplyDelete
  4. nadt buat solat hajat yer... akak baca pun mmg dalam dilema.
    anak kita hanya kita yg tau handle. nakal dia cranky dia... hanya mak yg paham.

    ReplyDelete
  5. Ape2 keputusan,tpulang pd nadt n husben sbb akhirt yg mnangung korg laki bini.cube buat istighkharah.sbb ni antara dua pilihan kn.mnta d berikan jwpn segera.insyaAllah.moga dpermudahkn yea

    ReplyDelete
  6. huhu... pilihan yg susah.. apapun keputusan sis,, yakinlah itu yang terbaik.. :)
    semoga dipermudahkan urusan...
    tampin ea? dekat la kita.. hehe

    ReplyDelete
  7. try natural inducer dl nadt..tapi kina percaya walau apa pun keputusan nadt insyaAllah itu yang terbaik..chayok2..pasti ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  8. emmm..susah juga tu..mana yg terbaik buat nadt dan baby, saya sentiasa doakan..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...