Tuesday, July 22, 2014

Tak Jadi Induce

Assalamualaikum dan haii..

Hari tu kan aku da citer pasal keputusan aku nak induce lebih awal dari EDD disebabkan faktor2 yang aku da nyatakan. Tapi hati serius tak tenang beb.

Asalnya aku cuba sedapkan hati, beranak mana yang tak sakit kan. In case induce failed pun then end up with czer pun da ketentuan Allah. Tapi tu sekadar kata2 penyedap hati je sedangkan hakikat sebenar serius aku takut.

Makin dekat dengan hari checkup, aku makin berdebor. Aku memang da makin kerap alami contraction even sekadar Braxton Hicks. Aku tanya kawan2 aku, ada yang bertuah tak rasa sakit pape, pi checkup tau2 je da bukak 5, 6 cm. Aku pun harap2 dengan contraction yang aku da rasa sekarang, maybe da ada jalan 3, 4 cm ke. Hari tu pun doktor kata maybe da ada jalan sbb anak kedua n aku da selalu alami contraction.

Hari2 aku dok belek buku merah aku, dok kaji EDD based on scan dengan EDD based on LMP. Memang ada beza seminggu lewat EDD scan. Then aku belek2 buku merah time Saif dulu, dok banding EDD Saif plak. Time Saif pun ada beza beberapa hari lewat EDD scan banding ngan EDD LMP. Instinct aku rasa macam baby ni pun tak akan kuar awal jugak sama macam Saif. Bila aku tanya papa Saif, dia pun rasa aku mcm takkan beranak awal. Eleh..dia tu nak balik raya Tampin mesti la semangat tak nak aku beranak awal dulu.ngehehe..

Aku cakap ngan papa Saif "Kita pi checkup Selasa ni, kita tengok dulu in case da ada jalan even sikit pun, proceed induce. Kalau takde jalan, cancel induce, kita raya dulu. Hopefully tak terberanak tengah jalan.huuu.."

So checkup hari ni kat Azzahra, doktor tu ingat lagi muka aku yang dia suggest untuk induce. Dia tanya "Macam mana, da buat keputusan ke nak induce ke tak?" Aku jawab "Ehm..ntah la ek doktor." Doktor tu senyum je. "Takpe, kita scan dulu. Nanti kita buat VE."

Ok, hasil scan macam biasala ok. Kepala baby memang da kat bawah je (cephalic). Then buat VE. Eh, beza tau kalau kita da ready utk buat VE dengan tak ready. Kali ni bila aku ready, tak sakit pun buat VE tu. Huhu..ke sebab doktor tu yang memang terer buat VE tanpa rasa sakit. Oh ye..sekadar info, tak batal tau pose bila buat VE ni sbb atas faktor perubatan.

Hasil VE, jalan takde lagi! Nak kata 1cm pun payah sebab satu jari dia pun tak lepas. Hooo..lega aku. Terus aku kata "Takde jalan lagi, tak jadik induce la."

Doktor senyum je. "Lambat lagi rasanya ni. Maybe dia nak ikut macam yang sebelum ni, keluar lambat."

So, dengan hasil checkup hari ni, muktamadnya aku tak jadik la nak beranak awal. Hoho..mak aku da siap2 datang dari kampung semalam in case aku jadik beranak hari ni tapi cancel sudahnya. Mak aku datang siap bawak lauk pauk raya ketupat, rendang,  sambal kacang etc konon takut aku terliur kalau terberanak awal. Hahaha..so la ni aku just doa la mintak2 baby kuat bertahan untuk keluar lepas raya.  Time tu ok la da ble adjust sape yg nak jaga Saif nnt time aku berjuang kat hospital.

Dan dapatla aku pose penuh tahun ni. Doakan mudah-mudahan...



11 comments:

  1. adoi... nasib baik babe... hope semua nya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Blm rezki nak jmpa adik bb kan..
    Semoga dipermudahkan urusan nadt

    ReplyDelete
  3. Aminnnnn utk dpt puasa penuh tu..
    Ntah2 nk jd baby 1 syawal

    ReplyDelete
  4. aida doa kan semua dipermudahkan...
    aida 2 kali pregnen (nurin & syuhada) time ramadhan.
    penuh puasa !!!

    ReplyDelete
  5. adik baby pun nak merasa puasa penuh dalam perut mama la tu.. hehe\
    semoga dipermudahkan semua nadt...

    slamat hari raya.. :D

    ReplyDelete
  6. nadt, apepun aku doakan semua nya selamat.
    ak kesah la ko besalin kekdah apepun,
    moga semua nya dipermudahkan

    All the best nadt :)

    ReplyDelete
  7. insyallah semua dipermudahkan nati..

    ReplyDelete
  8. baby nak bg chance kat mama makan puas2 dulu.hihi
    all the best nadt!

    ReplyDelete
  9. Thanx semua. Mudah2an selamat la semuanya.

    ReplyDelete
  10. good luck nadt... huhu teringat2 sakit sbb induce dulu.. baru 2cm dh sakit mcm nak terkeluar sgt huhu

    ReplyDelete
  11. semoga dipermudahkan..lepas raya la in sha Allah..hehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...