Monday, July 14, 2014

Tips Apabila Anak Kena Chickenpox

Assalamualaikum dan haii..


Susah hati sangat bila Saif kena chickenpox. Tambahan plak dalam keadaan aku tengah menunggu hari je nak bersalin ni. Mujurlah sebelum ni aku da pernah kena chickenpox so doktor kata badan aku da imun dan risikonya sangat rendah untuk dijangkiti kali kedua. N baby pun InsyaAllah takde effect apa2.

Tapi sikit info la aku nak share..kalau ibu hamil dijangkiti chickenpox di awal kehamilan, itu memang sangat berisiko untuk effect pada baby. Ni based on apa yg doktor bagitau n aku baca. Kebetulan ada opismate aku yang pernah kena chickenpox time pregnant, bila anaknya lahir kulit baby tu ada bintik2. Nauzubillah..minta dijauhkan. So kena aware la ye dengan tahap kesihatan kita dan orang sekeliling time pregnant.

So hari ni da hari ke-5 Saif kena chickenpox. Alhamdulillah keadaan makin baik dan blister kebanyakannya dah kering. Cuma yang blister yang besar2 je masih tak kering sepenuhnya. Maknanya lagi lama la aku bercuti ni muahaha.. ok. Aku nak share sikit tips apa yang aku buat sepanjang Saif kena chickenpox ni.

1. Bawak jumpe doktor
- basic ni semua orang mesti tau kan. Tapi mana la tau kot ada yang still konservatif bawak pi jumpa bomoh ka. No..no..bawak pi jumpa doktor k. Lepas je taska call bagitau Saif kena chickenpox tu, memang aku terus ambik dia kat taska bawak pi klinik. Bila doktor confirmkan memang chickenpox, so ble la kita continue rawatan yang dicadangkan oleh doktor.

2. Kuarantin
- chickenpox ni penyakit berjangkit so memang wajib kuarantin dok umah ye jangan menggatai nak kuar pi shopping raya kat sogo. Sebagai ibu bapa kenalah berkorban cuti kerja jaga anak kat rumah. Kalau tak boleh ambik cuti, ble la hantar anak balik kampung. Macam aku ni cuti banyak lagi so takpelah aku cuti jaga Saif. Papa Saif da tak boleh nak cuti sebab tak lama lagi aku da nak bersalin, dia plak yang nak kena ambik cuti banyak time tu. Aku tak nak hantar Saif balik kampung sebab tak nak menyusahkan mak/mak mentua aku dengan perangai cranky Saif tu. Mamanya hilang pi jamban pun dia da melalak-lalak nak rak, inikan plak kalau aku tinggalkan dia terus kat kampung. Maunya orang tua aku kena heart attack karang. Lagipun aku dan papa Saif da pernah kena chickenpox sebelum ni so InsyaAllah da imun dan takde masalah untuk kitorang jaga sendiri. Kalau korang tak pernah kena chickenpox atau ada anak lain yang takpenah kena chickenpox jugak, better hantar balik kampung la. Orang kata kalau kena chickenpox time da tua-tua lagi teruk melaratnya.

Oh ye, based on yang doktor bagitau aku, chickenpox ni paling berpotensi nak berjangkit masa mula-mula kena demam tu. Sebelum chickenpox tu keluar, kan demam dulu kan. Haa..time demam tu la virusnya paling mudah tersebar melalui pernafasan. Then bila blister baru mula-mula keluar tu pun sangat berpotensi untuk menyebarkan jangkitan kalau terkena air blister tu. But bila blister da mula kering, potensi untuk berjangkit tu da kurang. But still kena tunggu sampai betul-betul kering la baru boleh keluar daripada kuarantin.

3. Ubat-ubatan
- ada 3 benda yang aku guna sepanjang merawat Saif dari segi luaran dan dalaman.
  • Calamine lotion


- ubat sapu ni bertindak untuk mengeringkan blister tu. Lagi plak bila sapu calamine lotion ni, blister tu rasa sejuk dan tak gatal. Tiap kali Saif melalak tengah malam sebab gatal2, gigih aku menyapu calamine lotion kat tempat yang gatal tu, terus dia senyap tido balik. Lotion ni memang aku tak miss sapu sentiasa. Even tiap kali tukar pampers pun aku akan ulang sapu jugak. Calamine lotion ni doktor yang bagi. Kalau nak beli kat farmasi pun boleh.
  • Ubat antiviral
- ni ubat makan bertujuan untuk bagi cepat sembuh la senang ceritanya. Tapi boleh plak klinik kesihatan yang aku pi tu kehabisan stok ubat ni. Call klinik-klinik presint lain pun takde stok. Pulak..so doktor tuliskan nama ubat tu untuk aku pi beli sendiri kat farmasi/klinik private. Ubat ni kena ada prescription dari doktor baru boleh beli kat luar. Aku pi Poliklinik An-Nur kat Presint 15 beli ubat ni. Seb baik ada.
  • Mandian herba Pinetarsol
- kawan-kawan aku suggest mandikan Saif dengan daun semambu untuk kurangkan gatal dia tu. Tapi celah mana aku nak petik daun semambu tu even kawan aku kata daun semambu ada merata-rata tepi jalan Putrajaya ni. Nasib la mama Saif ni rajin menggoogle, so terjumpa la tips mandikan guna Pinetarsol. Actually Pinetarsol ni daripada daun semambu gak. Boleh beli kat farmasi. Harga rm25 je sebotol. Bancuh satu penutup dengan air satu baldi then mandikan Saif. Tak payah bilas, biar kering sendiri lagi bagus. Oh ye, time chickenpox ni jangan la mandikan anak guna sabun ye. Sebab sabun ni biasanya ada pelembap. Kita tak nak kulit jadik lembap, kita nak kulit tu kering so jangan guna sabun. Ikutkan mandi pun tak boleh tapi untuk mandian herba dibolehkan la sebab nak kurangkan rasa gatal tu.

4. Jaga pemakanan
- Sebaiknya elakkan la makanan yang boleh menyebabkan rasa gatal tu makin merenyam contohnya telur, ayam, ikan tertentu yang gatal macam kembung, cencaru..etc. 2, 3 hari pertama tu memang aku xbagi Saif makan benda2 tu semua. Tapi tadi aku bagi dia makan ayam sebab ingatkan da kering tu da ok. Sekali si Saifnya tergaru-garu plak. Tapi takdela tahap melalak. Garu sikit2 je. Kena control makan balik la ni.

5. Biarkan berlengging
- Tak payah pakaikan baju, biar berlengging je sepanjang masa pakai pampers je. Kalau pakai baju, takut anak tu berpeluh, bila berpeluh tu yang buat badan jadik lagi makin gatal merenyam tu. Lagi pun lagi bagus tak pakai baju, kurang la aku basuh baju Saif minggu ni. Ngehehe.. Oh ye aku botakkan jugak kepala Saif sebab blister paling banyak tumbuh kat kepala. Masa memula kena tu, kesian dia tergaru-garu kepala dengan rambut panjang lagi la berpeluh kepala tu jadik makin gatal merenyam. So dengan berat hati, botakkan la kepala Saif. Bila da botak tu, tergezut aku tengok kepala dia penuh blister hooiiii..aku sapu calamine lotion sampai putih penuh kepala dia. Bila da botak tu, dia da tak menggaru lagi. Tapi kejap2 pegang kepala sebab da takde rambut. Hehehe..

Ehm..rasanya tu je la yang aku buat sepanjang Saif kena chickenpox ni. Ada yang kata bagi minum air kelapa untuk bagi blister keluar abes semua. Tapi sebab Saif da makan ubat antiviral tu so tak boleh la nak minum air kelapa gak sebab air kelapa ni akan cuci segala toksin termasuk ubat-ubat yang dimakan. Pilih salah satu je, ubat or air kelapa. Cuma air kelapa ni memang akan bagi blister keluar abes semua tapi maknanya akan lambat sikit la nak sembuh. Aku nak Saif cepat sembuh, so aku pilih bagi ubat. Sekarang ni just tunggu blister tu semua btul2 kering je. Aku pun da nak bersalin tak lama lagi, tak nak la sebab chickenpox ni Saif takboleh jumpe adik dia plak kan. Aku yang melebih2 sedih karang. Tapi InsyaAllah doktor pun kata da dekat seminggu ni, da tak berjangkit lagi da.

Sekarang ni memang musim chickenpox kot sebab anak kawan pun ada yang kena. So korang pun aware la ye.



14 comments:

  1. nice sharing...airis tak kena chicken pox lg...leh amek info dulu...thanks nad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu nnt airis kena da tau la kan nk buat ape. :)

      Delete
  2. yup! dah nak kering memang patut kuarantin .. tahap nak mengering tu lah tahap .. kuman berjangkit ...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik anak2 sy semua dah kena..serentak plak tu..memang penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..penat nk melayan cranky pstu kejap2 nk sapu ubat. Dengan perut boyot ni lg la double penat.fuuh..

      Delete
  4. aritu Kayla kena ciken pox aku gigih pegi taman warisa tu amek daun semambu oiit!
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kawan pun suh petik kat taman warisan tu tapi cam segan je nk pi petik. Seb baik ada jual yg da siap botol, senang keja.hehe..

      Delete
  5. Hati2 ye...chiken pox di akhir kehamilan pun bahaya..awal dan akhir. Sy dulu kene time 24 minggu pregnant ank ke 2. Menangis siang mlm sbb takut efek baby walaupun doc kata chiken pox di pertengahan kehamilan tak bahaya. Tp hati ibu kan..semua nk risau. Apapun alhamdullilah ank ke 2 sy sihat2 je... tak ada masalah apa2. Smpkan satu masa semua kwn kat umah pengasuh kene chiken pox, dia tak pun..hehe...apapun moga saif cepat sembuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. based on yg saya faham, doc kata kalau akhir kehamilan kena chicken pox dia bahaya tang berjangkit sebaik saja baby lahir tu ibu still chickenpox. tapi semasa baby still dalam kandungan InsyaAllah tak effect cuma sebaik saja baby lahir kalau ibu still chickenpox, memang kena terus separate ibu ngan baby takut baby berjangkit sangat bahaya pada baby sebab baby time tu sangat fragile.

      Delete
  6. syukur saif dah semakin sembuh..

    ReplyDelete
  7. nk beli madian herba tu kt mane sis farmasi mane yg ade jual.tq

    ReplyDelete
  8. thanx sharing....sy pn tgh menunggu ari..tp dpt plak call cg kata anak mcm nak kena ciken pox sbb ad bintik2 merah kat badan...trs cri info, jumpa blog awak...harap blh jadikan panduan nanti

    ReplyDelete
  9. Bru ni ank sy kene gak chicken pox..kwn2 suruh cri daun semambu tp mana nak cekau.last2 mandikan die dgn air bilasan soda bikarbonat dan sapu calamine cream..alhmdulillah cpt baik..xsmpai 3week menjangkit pulak kt mamanya..huhu,nasib...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...