Friday, July 11, 2014

Ujian Lagi Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan haii..

Hari ni bersiaran dari rumah. Da masuk hari ketiga bercuti lagi. Ingatkan hari tu lepas Saif n mamanya baik demam, everything would be ok. Owh rupanya tidak. Diuji lagi. Kali ni Saif kena demam chickenpox. Terkejut aku bila Selasa petang tu tetiba taska call. Confirm la aku berdebor apasal plak taska tetiba call sebab aku tau Saif sihat walafiat waktu aku hantar pagi tu. Lagi terkejut bila owner taska bagitau Saif kena chickenpox. Nak termenangis pun je jugak dasar mama kememeh touching sokmo. Terus pecut kereta ambik Saif then terus bawak dia ke klinik. Bila jumpa doktor, memang sah kena chickenpox. Alahaiii sayang..aku da start terbayang mesti seksa dia menahan gatal dengan blister berair yang ewhhh..seksa..seksa..

Aku rasa sebagai ibu bapa, chickenpox ni adalah antara ujian yang sangat mencabar. Kita biasa jaga anak demam merengek sebab tak sedap badan. Tapi bila kena chickenpox, dia merengek sebab badan miang-miang gatal. Aduhh seksanya tengok dia tergaru-garu gatal. Lagi-lagi waktu tido malam, lagi kuat dia merengek gatal. Sebab tu aku menolak bila papa Saif kata nak hantar Saif balik kampung biar neneknya jaga. Bukan sebab tak confident tapi aku tak nak menyusahkan mak/mak mentua aku. Huhu..sebab rasanya aku je yang paham Saif punye cranky macam mana. Waktu sihat walafiat pun dia ble berjaga 2,3 kali tengah malam melalak mengigau tak tentu pasal so inikan plak waktu dia tak sihat. Silap haribulan neneknya kena heart attack sebab tekanan perasaan punya pasal dengan Saif punye cranky. Huhu..

Malam tadi pun, pukul 1 lebih, Saif terjaga tetiba. Batuk dan muntah. Mama kau ni urut dada istighfar sokmo sebab cadar katil baru je tukar malam tu tak sempat 4 jam pun tukar. Tiap-tiap minggu keja aku dok basuh cadar je la kalau tak sebab muntah, sebab susu botol tumpah direnjis-renjis dipilisnya. Lepas muntah tu, Saif tido semula. Lepas tu pukul 2 pagi tetiba dia terjaga lagi dok mengamuk gatal, garu sana garu sini. Aku pujuk2 suruh tido semula dia tak nak. Tetiba dia bangun nak kuar bilik. Aku ngantuk sngat, aku biar je dia kuar bilik. Papa Saif tido luar sebab nak siapkan assignment, so papanya plak terpaksa melayan. Lama gak dia kuar main2 sendiri sampai pukul 4 pagi dia masuk bilik semula mintak susu, then tido. Aku da pening2 lalat da. Pagi tu sahur pun aku dok tangguh2 lewat bangun sampai ke pukul 5. Bangun2 je tengok papa Saif da siap2 panaskan lauk n nasi semua. Thanx papa. :)

Ni tak tau la berapa lama aku akan cuti. Serba salah sebenarnya sebab aku target minggu depan last kerja. 21 hb aku da apply maternity leave awal seminggu. Tapi kalau Saif still lambat recover, jawabnya minggu depan pun aku cuti then sambung terus maternity leave. Bahagia kau maknanya aku akan cuti 4 bulan direct nih. Muahaha..Papa Saif tak boleh nak cuti sebab time aku demam minggu lepas, dia pun banyak ambik cuti gak sebab nak bawak aku ke hospital. Even diuji gini tapi aku nampak hikmahnya Allah nak bagi aku rehat dok rumah sebab aku da malas nak drive pi kerja sebenarnya. Huhu..cuma aku rasa serba salah gak la sebab ada kerja yang terbengkalai gitu je aku tinggalkan. Aihhh..

Doakan Saif cepat sembuh ye..


4 comments:

  1. dugaan. insyaAllah nnt saif baik n sembuh sebelum raya.
    u pon kena take care tau sbb baru ke kuar spital kan, bukan sihat bebetul lagi tu
    cuba la sapu calamine lotion )ada jual kat guardin. dpt kurangkan gatal badan dia tu..
    n bantu keringkan blister tu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Allahuakbar, dugaan sungguh bila sarat preggy dgn anak chicken pox pulak. Moga tabah ye..
    Last time anak sy yg sulung pun kena chicken pox mase sy preggy the 2nd one. Doc advice kalau boleh biar ayah or orang lain yg handle anak yg sulung tu. Mak kena kurangkan contact dengan anak yg sulung sebab takut chicken pox berjangkit kat mak & affect baby dlm kandungan.
    Apepun, mudah2an Allah lindungi the three of u: saif, mommy & baby in tummy.
    Syafakallah syifaan 'ajilan buat saif.

    ReplyDelete
  3. semoga saif cepat sembuh & ko pon dapat bersalin dengan tenang..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...