Saturday, August 30, 2014

Beza Bersalinkan Anak Pertama Dan Kedua

Assalamualaikum dan haii..

Pengalaman melahirkan setiap anak memang berbeza-bezakan. Aku pun macam tu jugak. Anak pertama masih takde pengalaman lagi so everything macam menakutkan bagi aku. Nasib baik masa bersalinkan Saif dulu, nurse tak bagi pakai cermin mata, takut patah katanya. So bila tak pakai cermin mata, rasa macam eh ye ye oo je apa yang aku buat ni..apa doktor tengah buat pun tak nampak. Anak da keluar letak atas perut pun tak nampak.  Macam ntah ape2.

Bersalinkan Safir pulak, aku pakai cermin mata sepanjang masa so aku rasa proses bersalin tu lebih real. Aku nampak apa doktor buat, aku nampak baby segedebuk atas perut. Feel tu pun rasa lebih kuat.

Bersalinkan Saif, aku serba serbi tak tau..tak ready. So bila buat VE, sakit. Bila contraction datang, sesak nafas tercungap2 sampai kena ambik oksigen. Bila sakit mencucuk2, tak tau nak buat apa..harapkan nurse pandai2 diorang urutkan belakang aku. Nak mintak ubat tahan sakit pun time tu tak tau ubat jenis apa yang ada so nak mintak pun tak tau.

Bersalinkan Safir, da ada pengalaman maka fizikal dan mental lebih bersedia. Wat VE, tak sakit pun. Even doktor masukkan speculum pun aku boleh tahan. Apa yang aku boleh simpulkan, segalanya bergantung pada macam mana kita control pernafasan. Time VE kena control nafas. Time sakit contraction datang pun kena control pernafasan. Kali ni da terer sikit boleh buat teknik bernafas tarik nafas dalam2..tahannnnn..hembussss..memang agak membantu walaupun sakit tak berkurang pun. Tapi sekurang2nya ia membantu aku jadik tenang. Sampaikan negro sebelah aku cakap dengan kawan dia "the lady beside..she's so quiet and calm. I dont know how she control her pain." Bangga sekejap. Negro tu..midwife buat VE pun dia da menjerit2 sekuatnya. Time tu still dlm wad. Aku ni cam bersalin kat luar negara plak. Sebelah katil aku negro, katil hujung plak arab yg beranak twin tu.

Pastu dalam labor room kali ni aku sorang2. Da sorang2 tu pandai2 la kan nak tahan sakit camne pun. Oleh sebab aku da boleh control pernafasan,  so aku pun dapat berzikir lebih tenang. Kalau time Saif dulu, satu hapah zikir pun tak kuar, mulut meracau yang ntah apa2. Tenang2 pun, bila sakit sangat, sebelah tangan pegang besi katil, sebelah lagi urut pinggang sambil terkepit2 takut terberanak sebab doktor tak sampai lagi. Feel nak beranak tu pun lebih real. Dan kali ni da pandai sikit, da kaji siap2 pro n cons segala ubat tahan sakit yang ada so membantu la aku untuk tak sakit. Bagi aku penting woo tak rasa sakit ni sebab kalau sakit sangat boleh jadi trauma plak tak nak beranak lagi. Ni sebab tak sakit, nak beranak 10 lagi pun ok je cuma aku je malas nak mengandung.. bahahahh.. ni terpulang pendapat masing2 okehh sebab lain orang lain tahap sakit masing2. Ada orang sakit biasa2, ada orang sakit gila2. Ikut bahagian rezeki masing2.

Dah bersalin, Alhamdulillah Safir pun takde masalah pape so boleh checkout awal petang hari yang sama. Time Saif dulu dekat seminggu berkampung kat hospital sampai masuk angin badan aku dibuatnya.

Pastu berpantang kali ni rasa lebih cergas.  Tak tau la sebab time anak kedua memang semua orang rasa cmtu. Tapi serius la tak rasa letih pun. Even sakit pun takde la sakit sangat. Aku boleh turun naik katil sendiri berbanding dulu kena berpapah2 sebab sakit sangat. Kali ni luka bersalin tu pun sekejap je da elok, rasanya tak sampai seminggu da tak rasa sakit ape da cuma still kena jaga jahitan tu la. Jahitan pun kali ni sebab sikit je so tak sampai 2 minggu pun da elok.

Cuma..cuma..untuk Safir, kali ni aku rasa susu tak semeriah dulu. Kalau dulu, kejap2 kena pam sebab sentiasa bengkak je. Maybe jugak sebab Saif dulu tak kuat sangat menyusu kot. Safir ni kuat menyusu sampaikan aku tak sempat langsung nak pam. Satu hapah stok pun tak buat lagi sebab memang Safir dok mengempeng je 24 jam. Tidonya pun kejap2 je, pening kepala aku.

Anak ketiga nanti ntah camne plak ek. Eh?




2 comments:

  1. Alhamdulillah nadt. Yt selalu juga fikir camner la anak kedua Yt nanti. Sebab pengalaman Yt bersalin Arissa Allahhuakbar sangat mudah dan Yt tak rasa sakit yg Yt sebelum tu baca dan dengar. Org cakap VE sakit, doktor pecahkan ketuban sakit, contraction sakit sampai rasa nak sepak orang. Haha. Yt tak rasa semua tu. Yt setuju dengan Nadt. Paling penting ialah pandai kawal penafasan kita.

    ReplyDelete
  2. Wah tak sempat bengkak sllnya maksud susu akan byk bila dah mengepam kat office tu. Hehe. Sebab anak sy yg first dulu kuat ngempeng.. tak sempat bengkak juga. Anak second lak x brp kuat menyusu.. terbalik anak-anak kite :p

    Salam kenal :)

    Fatihah

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...