Sunday, August 31, 2014

Saif Yang Dulu Bukanlah Saif Yang Sekarang

Assalamualaikum dan haii..

Kawan-kawan yang selalu jumpa Saif memang tau Saif ni jenis yang macam mana. Jenis behave..lemah lembut..manja..Manja sangat. Sampaikan aku pun risau gak camne la nanti bila da ada adik, camne dia nak bermanja2 macam selalu. Jenis tido awal, bangun awal. Pastu Saif mainan kegemaran dia main masak2. Memang jenis budak yang lembut la tapi bukan auuww tau..

Tapi...tu duluuuuuu....duluuuuu sebelum ada adik..

Sekarang?



Terlajak lasak!

Hari2 kitorang kat rumah ni terjerit pekik nak marahkan Saif. Mana taknya, semua benda nak dipanjatnya. Hari tu da jatuh sampai benjol n berbekas kesan tikar. Menangis sakit sampai tertido. Tuu..tingkap kaca tu plak sukahati dia nak bukak guna tangan je, silap haribulan boleh terbelah plak tangan.

Pastu perangai dia jadik kasar sangat. Kucing kat rumah ni, dia angkat main tarik je mana dia sempat capai. Kalau sempat capai telinga dulu, dia tarik la telinga kucing tu dari dapur ke ruang tamu. Kalau dapat ekor dulu, ekor la ditariknya keliling rumah. Kadang2 dia dukung kucing tapi tangannya main tarik je kulit kucing tu. Kucing tu da la kucing parsi, habis tercabut2 bulunya. Saif nak main dengan kucing tu tapi dia tak tau cara dia salah. Dia sepak kucing tu macam bola, imagine? Then duduk atas kucing sampai penyek, imagine? Angkat kucing tu then banting, imagine? Histeria mak aku tiap2 hari setiap kali nampak Saif dengan kucing.

Tu kucing. Mak aku sendiri pun jadi mangsa penderaan jugak, tiap2 malam kena gusyi/belasah. Tiap2 malam memang mak akan temankan kitorang tido. Saifnye plak segar bugar tak nak tido even da pukul 12 tengah malam. Dia dok melompat atas neneknya, dia ambik bantal golek pi hempuk neneknya sekuat hati. Even Saif ni budak kecik tapi tenaga dia kuat sangat tau. Ada sekali tu dia cuba pukul guna bantal, aku tahan pakai tangan, termelantun dia sampai tergolek jatuh katil. Maknanya tenaga dia memang kuat sampai diri sendiri boleh terpelanting. Bila tak bagi dia pukul, dia nak gigit plak. Pastu dia suka menjerit2 menbebel2 ntah apa2 sampai baby tak boleh tido, terkejut. Tiap2 malam tido pukul 1-2 pagi, tu pun lepas aku mengamuk cubit dia. Baru la dia tido sebab merajuk kena marah.

Pastu dia suka main tembak2 plak. Semua benda dia jadikan pistol peng!peng! Pembaris jadik pistol, lego jadik pistol, tikar evamatik pun boleh jadik pistol. Tak tau la dari mana dia belaja benda2 ganas, tembak2 gini. Aku rasa cerita paling ganas dia tengok pun cuma kartun Boboiboy. Aiihhh...

Bab makan..dulu senang je nak bagi dia makan. Dia duduk then makan. La ni punye la susah nak bagi makan. Berlari sana sini. Mananye aku nak kejar dengan tengah pantang ni. Dah tu sudahnya tak makan langsung la. Kalau dia lapar, dia mintak susu atau makan maruku. Haa..yg lagi buat aku geram..suruh makan nasi bukan main payah tapi yang dia suka makan apa tau? Tisu!! Pantang jumpa tisu cepat2 dia sumbat masuk dalam mulut. Satu keja plak aku nak korek mulut dia keluarkan tisu tu.

Selalunya nak bagi dia senyap supaya tak kacau kucing atau panjat sana sini, aku bagi dia main tab atau hp. Aku tak nak bagi dia main tab atau hp sebenarnya, takut dia addicted.  Tapi tu je cara untuk buat dia senyap. Aku tengah berpantang ni bukannya boleh nak jerit2 ke, nak berlari2 kejar dia ke..itupun biasanya aku bagi dia main tab sementara aku guna hp untuk online. Seb baik umah mak aku ni ada wifi. Biasanya aku bagi dia tengok kartun pocoyo atau boboiboy yang da siap2 download. Dia pun khayal la tengok, main2 sampai habis bateri tab tu. Dah habis bateri tab tu, tau apa dia buat? Dia terus rampas hp aku, tengok pocoyo kat hp aku plak. Tak ke geram dibuatnya. Kot ye pun nak, mintak la elok2. Puas aku ajar dia supaya cakap "Mama..nak.." Tapi dia macam biasa la tak nak ikut apa yang aku cakap. Dia lagi rela menangis kena cubit daripada cakap "Mama..nak.."

Aku kalau boleh tak nak la asyik marah dia tapi da tak tau nak buat apa. Aku cakap elok2 pun, dia buat dek je. Kalau papa dia ada, boleh jugak control dia. Ni aku dengan nak handle baby lagi. Mana la sempat nak kejar dia sana sini. Most of the time, aku just let it go lah. Sukahati ko lah nak buat apa. Tapi pastu neneknya plak yang histeria setiap hari dok jerit "Saif!! No! No! No!"

Hopefully da balik rumah sendiri nanti, dia berubah perangai semula la. Aku jadik hijau karang baru tauuuu..



6 comments:

  1. Sian nadt huhu. Saif nak attention je kot... maklumla mama dah ada baby baru hihi

    ReplyDelete
  2. huhu dia buat semua tu untuk dptkan perhatian kot. biasalah budak2 besar ni. perangai tu akan sentiasa berubah. hopefully x lama la dia buat perangai gini. senang hati mama :)

    ReplyDelete
  3. tulakan..maybe saif mahukan perhatian.. tp anak lelaki..lasak la kot..
    psst..anak aku pompuan tp lasak leh tahan

    ReplyDelete
  4. hahaha.. same je dgn afiq saif ni..sejak ada adik, peel berubah weii

    ReplyDelete
  5. wey nadt mmg gitu lah. lagi dok rumah, lagi pangai tah pape. bahahah. siap cakap, salah aku ke didik camni. tp rasanya aku takdelah ajor dia benda bukan bukan. tp aku syak sebab aku terlebih tengok drama melayu lah. kan drama melayu byk jerit jerit, pukul pukul. pasni aku nk tengok afc jelahhh..i feel u nadt, i feel u..bahahhaha

    ReplyDelete
  6. sabar nad. bila dah anak 2 mmg mcm tu laaa...
    akk ni terjerit2 wpun yaya dah 2 thn lebih, rayyan dah 3 thn lebih...
    abang asyik nak smackdown adik jer. gara2 ultraman.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...