Friday, November 21, 2014

Aku dan Lipstick

Assalamualaikum dan haii..

Aku ni kan spesis perempuan yang tak suka pakai lipstick. Aku suka mekap-mekap. Macam-macam barang mekap aku ada tapi lipstick je yang aku takde. Pernah jugak la beli tapi sekadar beli je la lepas tu terperam tak digunakan. Paling-paling pun aku akan guna lipbalm je.

Pernah suatu pagi di dalam lif, seorang perempuan India menegur kawan perempuan yang sorang lagi.

"Eh..you tak pakai lipstik ke?" Tegur perempuan India yang aku namakan sebagai Sathia (bukan nama sebenar)

"Ehm..malas la. Tak sempat nak pakai. Nak cepat." Jawab kawannya malas. Kawan dia ni aku namakan sebagai Siti (bukan nama sebenar).

"Heyy..you dah pakai bedak mekap tebal-tebal lepas tu you tak pakai lipstick. Langsung takde seri la muka you. Macam muka hantu Kak Limah. Hahahahah.." Sathia terkekek-kekek gelak.

Aku? Spontan mengetap bibir. Muka aku palingkan menghadap dinding lif. Dengan harapan dia tak perasan bibir aku yang pucat macam hantu Kak Limah.

Lif berhenti di tingkat enam. Aku cepat-cepat keluar. Sebaik sampai di meja, aku mencapai cermin. Membelek bibir yang kering dan pucat.

Ehm..memang macam Kak Limah. Tapi tak nak jadi macam Mah.

Aku ni macam baru terima wake up call. Dengan lajunya tetiba aku bukak blog list dan terpandang kak Mimi tengah bukak Pre-order Nyx. Dengan tamaknya aku terus order. Bukan satu, bukan dua, tapi tiga lipstick Nyx Soft Matte tu! Aku beli San Paulo, Ibiza dan Cannes. Nampak tak bila nafsu menguasai diri, jari akan laju je klik kat Transfer to New 3rd Party Account.

Tapi disebabkan kesilapan alamat, aku hanya menerima parcel Nyx aku tu selepas naik keja cuti bersalin. Maknanya sepanjang 3 bulan lebih cuti tu aku bersabar je tak dapat pakai lipstick baru.

Naik kerja, aku terus pakai lipstick baru dan-dan masa tu jugak. My review? Best sangat lipstick ni weiii.. first time pakai lipstick matte aku da jatuh cinta. Dan yang penting sekali baunya sedap sangat! Actually punca aku tak suka pakai lipstick pun sebab tak suka dengan bau lipstick yang tak berapa best tu la. Tapi Nyx ni, bau nya sedap sangat. Pastu bila sapu kat bibir, rasa lembut sangat. Serius jatuh cinta doblas kali.

Lepas tu, boleh tak bos-bos department lain bila datang department aku, diorang tanya "Orang baru ke?" Makk aiihh..nampak tak lipstick tu mampu merubah imej sampaikan orang yang tak perasan kau sebelum ni mula perasan kewujudan kau. Ye la.sebelum ni aku badan kembang, muka kembang, pucat tak berseri pulak tu macam Kak Limah, sebab tu takde orang nak ambik kisah kewujudan aku. Antara wujud tak wujud pun. Melampau bonar. Nampak sangat people do judge book by its cover kan?

Naik-naik cuti je pakai lipstick terus orang recognize. Nampak tak imej tu memainkan peranan? Tapi ingat! Niat tu biar betul. Pakai lipstick bukan sebab nak menarik perhatian orang tau. Tapi lebih kepada keyakinan diri. Aku pakai lipstick ni pun aku akan tekap ngan tisu bagi pudar sikit warnanya. Kalau tak, aku takut orang terconfuse antara aku dengan Megan Fox. Eh?



p/s : Rasanya kat rumah pun kalau aku pakai lipstick, tak salah kan? Baru betul gojes!


5 comments:

  1. macam best je..nak beli gakla ngan kak mimi..hik hik..nak bibir megan fox kat rumah..haha

    ReplyDelete
  2. Akk dh ada 8 batang sis..mmemang best..tu pun nak order lg tp xthu nk order warna apa..boley

    ReplyDelete
  3. betul nadt, kita bermekap tak semstinya utk tarik perhatian org. yg penting konfiden.
    jgn sampai ada yg kata, "lahai.. ciannya sapa yg jadi laki dia, bini dah mcm hape..."
    nama suami pun kena jaga jugak...

    *nak tengok nadt pakai lipstik tu...

    ReplyDelete
  4. Macam best je...nt boleh buat org x kenal kite...alamak hihi

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...