Thursday, November 27, 2014

Saif Masuk Emergency

Assalamualaikum dan haii..

Selalu kita dengar keluhan mak-mak tentang lasaknya anak-anak yang tengah membesar ni. Lagi-lagi anak lelaki. Aku pun tak terkecuali. Saif tu nampak je macam soft, tersengih-sengih tapi lasaknya mak aiiihh...asyik la nak buat aku bertempik-tempik.

Perkara yang aku paling tak suka dia buat ialah panjat sofa then main terjun-terjun. Kot panjat takat tempat duduk tu ok lagi la. Ni dia panjat sampai ke atas tempat headrest tu. Pastu dok bertenggek situ. Sakit jantung tiap kali tengok.

Dan akhirnya musibah pun terjadi. Satu hari tu, waktu maghrib, aku naik atas untuk solat dan bersiap sebab malam tu nak keluar beli handphone baru. handphone aku kan rosak termasuk dalam lubang jamban! Hampes! So tengah dok bersiap tu, tetiba aku dengar bunyi POOOMMM! dari bawah. Cepat-cepat aku jenguk dari tangga atas ke bawah, aku sangkakan kerusi yang jatuh ke. Rupa-rupanya Saif yang jatuh!

Ko bayangkan betapa kuat dia jatuh terhentak tu sampai bunyi POMMM!!! tu aku boleh dengar kat tingkat atas. Pastu tambah pulak dengan meraung-raungnya. Puas pujuk lama-lama dia diam. Penat menangis agaknya.

So ingatkan dia ok je la kan. So kitorang teruskan agenda nak keluar beli handphone tu. Pi kat kedai kat Subang. Aku tunggu je dalam kereta sementara Encik Suami masuk kedai beli. Leceh la nak angkut 2-2 anak kecik masuk kedai. So baik aku tunggu je dalam kereta. Masa on the way tadi Saif tidur. Dia kat seat belakang masa tu. Aku duduk kat seat depan. But then tetiba dia bangun nangis-nangis. Dia pergi kat aku kat depan pastu muntah!

Ok. Aku da biasa dengan muntah anak so aku tak kisah pun dia nak muntah tapi panik jugak la aku. Sebab dia baru jatuh tadi and then muntah! Kalau dia tak muntah, kurang la risaunya. Sebab muntah selepas jatuh tu antara tanda gegaran otak. Aku da tak senang duduk. Lama plak Encik Suami kat kedai plak. Saifnya dok merengek-rengek plak. Sakit agaknya. Dalam 5 minit kemudian, Encik Suami sampai. Aku bagitau dia yang Saif muntah. Kitorang pun macam tak tau nak buat apa. On the way balik tu, Saif muntah lagi. Aku pasrah je seat kereta berlumuran muntah.

Then Encik Suami kata "Kita pi hospital terus la."

Aku pun setuju je.

So terus speed ke Hospital Putrajaya. Terus ke bahagian Emergency. Kat triage tu, aku bagitau yang Saif jatuh tu pukul 8 malam dan antara waktu nak sampai ke hospital tu (pukul 10.00 malam) dia da muntah 3x dalam kereta. Then staf kat situ dudukkan Saif kat wheelchair terus masuk ke dalam zon kecemasan. Aku je yang teman Saif masuk dalam. Encik Suami tunggu kat luar dengan Safir. Allah..kesian plak bila teringat Safir kena menunggu kat luar tanpa mama. Sobss..

So doktor kata nak buat ctscan takut ada kecederaan dalaman kat kepala. Aku redha je la. So untuk buat ctscan tu diorang kena buat Saif tidur dulu sebab takut dia meronta-ronta dalam mesin ctscan tu. So diorang bagi makan ubat tido. First trial bagi, Saif muntahkan semula semua ubat. Then try bagi 2nd time, ok dia boleh telan. Tapi tak lama pastu dia muntah lagi. Dah la kitorang datang hospital dengan sehelai sepinggang tak bawak baju spare semua. so bukak baju Saif n pakaikan baju hospital hijau yang orang dewasa punya tu ha..jadik la asal pakai baju kalau tak sejuk.

Pastu bagi lagi ubat tido untuk kali ketiga. Ok. Kali ni baru la dia telan betul. Tapi lama jugak nak tunggu dia tido. rasanya dekat pukul 12 tengah malam jugak baru dia tido. So da tido tu, terus sorong dia ke bilik xray untuk buat ctscan. First time tu aku tengok mesin tu depan bijik mata. Selalu tengok dalam drama tv je. Alaa..mesin yang mcam terowong tu pastu ada cahaya mcam laser yang akan scan. So da baringkan Saif kat mesin tu, aku kena keluar time mesin tu on. Aku tak sempat keluar, tetiba Saif bangun dan muntah kat dalam mesin tu! Adohaiii..tak sempat nak scan da muntah pulak. So terpaksa sorong dia balik ke emergency untuk ditidokan semula.

Bilik untuk buat CT Scan

Kali ni bagi ubat tido secara drip kat tangan. Bagus sangat doktor yang buat tu sebab Saif sikit pun tak berbunyi, nangis ke apa ke tak time doktor tu pasal jarum drip kat tangan dia. Karang kalau dia nangis lagi payah keja aku nak control dia. Aku mintak nurse panggil Encik Suami masuk dalam sebab aku da tak larat nak dukung dia. Dia nak tido berdukung, mengada-ngada plak. Kesian safir masa tu dengan tak menyusunya. Seb baik safir spesis tahan lapar. So aku ambik port nyusukan safir, Encik Suami amik alih dukung tidokan Saif.

Tapi tu pun tak tido-tido jugak. Dia da lalok tapi tak nak tido. Dia macam orang bangun. Menjerit-jerit pastu cuba nak bangun dari katil, nak berdiri tapi tak boleh. Terhuyung hayang jatuh. Da sejam tak tdo2, doktor drip dos ubat tido kali kedua. Pun tak jalan. Adoiii.. masa tu da pukul 1 pagi kot. Then try bagi makan ubat tido lagi. Aku minta pindah katil sebab kat situ terang, Saif tak biasa tido bukak lampu. So nurse pindahkan Saif ke bilik sebelah macam wad sementara kot. Tutup lampu kat situ. Aku pulak la yang dodoi-dodoikan dia sampai la akhirnya dia tertido. Masa tu da pukul 2 pagi. Bawak ke bilik xray sekali lagi, kali ni baru la dapat scan. Memang lena betul la dia masa tu. Then pindah semula ke katil wad sementara tadi. Doktor kata tunggu sampai pukul 6 pagi dia nak observe. So bermalam la kitorang kat hospital! Aku, Saif n Safir hokeyy!. Encik Suami terpaksa balik rumah nak ambik baju Saif sekali la dia tido terus sampai pukul 6 lebih aku call baru dia nak bangun. Bukan main sedap dia tido, aku bersekang mata dengan tido berhimpit ngan Saif ngan sambil nak menidokan Safir. Safir tido dalam baby cot yang buat letak baby newborn tu. Tetiba fefeeling newborn plak.

Sampai tertonggeng tido gini haa..

No photography tapi aku nak jugak ambik gambar sebagai bukti. Ngehehe..
Macam sedih pulak tengok gambo ni macam orang sakit kritikal padahal tido je pun. Tu wayar oksigen kena pakai sebab banyak sangat ubat tido masuk. Elok je dia tak tanggalkan wayar tu. Siap kalau tertanggal dia pasang semula sendiri.

Safir pun terjebak tido kat hospital. Ting tong kepala aku tak cukup tido sebab nak tidokan budak 2 orang ni..Dia asyik meronta-ronta menendang-nendang cot tu time tido sebab sempit. Sudahnya angkat dia tido atas katil je. Mama berkorban tido duduk celah-celah bucu katil je. Sobsss..

Da pagi cam sejuk plak, so balut dengan kain hospital. Alololo..cian anak mama ni. Macam dia pulak yang sakit.

So pagi tu doktor datang bagitau result scan ok. Takde kecederaan ke apa la. Tapi still kena observe dalam seminggu sebab otak budak still padat so kalau ada kecederaan maybe lambat akan trace. Saif pun da takde muntah lagi so doktor kata boleh balik la. Observe kat rumah je la. But so far lepas balik dari hospital tu, Saif ok ceria so aku anggapkan memang ok la.

Tu je la aku nak cerita pengalaman aku stay kat wad emergency ngan Saif n Safir. Safir pun tergedik-gedik jadik rebutan nurse dengan doktor kat situ yang geram dengan rambut cacak-cacak n pipi bulat dia tu. Tapi balik dari hospital terus aku cukur rambut cacak-cacak tu. Huhuu..

And aku nak share sikit maklumat yang doktor bagi iaitu nasihat penting mengenai kecederaan kepala :

a) Kebingungan, kurang sedar atau keresahan
b) Mengadu sakit kepala berterusan
c) Muntah
d) Mengalami lemah anggota
e) Penglihatan jadi kabur dan lihat sesuatu benda menjadi dua
f) Pengsan atau sawan

So kalau ada tanda-tanda ni, cepat-cepat la ke hospital. Kalau takde tanda-tanda ni, tak payah la pi hospital tapi pantau je la keaktifan dan keceriaan anak tu.


p/s : Jangan bagitau mak aku mahupun mak mentua aku tauuu. Aku tak bagitau diorang pun. Tak nak diorang risau + bebel "macam mana la boleh jatuuhhhhh tu sampai masuk hospitalllllllllll??????

p/s lagi : On the way balik dari hospital, Saifnye jatuh tergolek pulak dalam kereta. Cantik berbekas kesan alas kaki dalam kereta kat muka dia. Alahaiii..*facepalm.



7 comments:

  1. alahai sudah jatuh sofa jatuh dalam kete plak ye saif..urut dada je la mama.budak2 nak membesar macam2 gaya

    ReplyDelete
  2. adoiii.. anak mmg gini tau nad.. sama la dengan anak2 lin tu.. lagi2 kalau berdua bergabung perangai... pengsan nengoknya... jatuh tergoleh terlentang perkara biasa... tp klu dah muntah.. itu mmg serius la...

    ReplyDelete
  3. Akk xjd bedebar baca sbb sid cerita santai je..lawaks pun ye..
    Hopefully nothing serius happen to saif ye..

    ReplyDelete
  4. alahai siannya saif :(

    tp budak laki mmg lasak kan... rasa nak mengeluh je sbb igt anak awak sorg mcm gitu.. huhu

    ReplyDelete
  5. akk pun risau kalu anak panjat2 ni.
    nasib baik saif xde pape...

    ReplyDelete
  6. bahahahahahhahah...yg last tu kelako sampai berbekas wey.....

    ReplyDelete
  7. tulah kan...masa aku jumpe doktor dulu, doktor ada bagi nasihat,kalau anak jatuh disusuli muntah tu..kena terus bawak gi hospital

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...