Wednesday, January 29, 2014

Kesian Kat Anak

Assalamualaikum dan haii..

Hari ni ada masa melangok sikit meh update blog yang makin bersawang ni.

Alhamdulillah..Saif dapat sesuaikan diri kat taska baru ni agak cepat. Mungkin da biasa kena tinggal. Aku da lama tak buat bento untuk Saif, mood ke laut sejak ada orang baru menetap dalam perut. Tapi tiap-tiap hari aku tak miss la bekalkan kudapan untuk Saif cam KokoKrunch atau kismis. Kudapan ni penting sebagai rasuah supaya dia tak nangis. Pagi-pagi bila sampai tu aku akan terus dudukkan dia depan TV, kalau teacher tak bukak lagi video, aku pandai-pandai selongkar cd pasang video..hahaha..pastu bukak bekal kudapan dia. Saif akan senyap tengok tv sambil mengunyah kudapan. Senang aku nak chow senyap-senyap. Ngehhehe...

Ni aku nak share sket la ragam mak bapak yang hantar anak kat taska ni. Kot ada yang baca dan terasa..bagus la moga jadik pedoman.

Pagi tadi..macam biasa la aku akan terhegeh-hegeh pimpin Saif naik tangga ke bilik taska dia tu. Then ada sorang budak ni baya Saif la lebih kurang naik tangga jugak. Bila budak tu sampai kat anak tangga yang sama ngan Saif, dia berhenti tengok mak dia kat belakang. Datang mak dia..tau apa mak dia buat? Mak dia pi tonyoh kepala budak tu dan kata "Cepatlah naik! Paham bahasa ke tak!"

Aku kat sebelah tu tergamam tengok mak budak tu boleh buat macam tu kat anak dia. Budak tu kecik lagi kot baya Saif gitu memang la tak reti bahasa tapi maknya yang da besar panjang paham bahasa tu tak reti beradab ke macam orang yang reti bahasa. Budak kecik biasa la memang suka dok berhenti menyinggah sana sini. Tapi tak perlu la nak kasar sampai ditonyoh plak kepala budak tu.

Tu kejadian pagi tadi. Tapi kejadian paling biasa yang selalu aku tengok adalah waktu balik ambik anak kat taska tu. Setiap kali aku ambik Saif, memang aku selamba terjah masuk dalam bilik tu dan akan depang tangan sambil panggil "Saiffff..." then Saif akan berlari sambil jerit "Mamaaaa..." then terus peluk aku. Sungguh drama. Aku pun kiss kiss dia sket.

Pastu ada sorang budak pompuan ni mesti akan datang n join peluk kiss aku sama. Aku pun peluk je la n kiss balik. Budak ni cam kesian sket la sebab badan n muka dia merah-merah berkudis kesan gatal-gatal. Maybe ekzema.

Tak lama pastu mak budak pompuan tu datang. Dari luar pintu dia da panggil.."Liana..cepat! Jom balik!" Terkedek-kedek budak tu datang kat mak dia, mak dia terus suruh dia angkat beg sendiri. Budak tu pun sangkut beg sendiri n terkedek-kedek turun tangga sendiri. Maknye da menonong laju jalan turun ke bawah.

Hampir setiap petang aku tengok situasi ni. Aku sedih..touching la plak. Ye la, lebih kurang 8 jam kita tinggalkan anak kita kat tempat yang asing, bila tiba waktu balik dilayan macam tu pulak. Mesti anak kita mengharapkan kita rasa rindu kat dia sebagaimana dia rindu kat kita.

Tak tau la apa pemikiran mak budak-budak tu masa tu. Mungkin diorang rasa anak diorang da cukup besar, da boleh berdikari..semuanya boleh buat sendiri. Tak salah pun nak ajar anak berdikari tapi aku harap pendekatan tu biar la mesra alam sket, jangan la kasar-kasar, biar la dengan pemantauan. Even Saif ni pun sebenarnya terlebih berdikari semua nak buat sendiri tapi tak semudah tu aku biar je. Ko bayang kalau aku tak pegang tangan dia, dia nak turun tangga da macam nak terjun tiruk gayanye. Bayangkan la kalau aku ni jenis main biar je, confirm da tergolek Saif tu sampai ke bawah.

Ada satu hari tu plak, masa aku dalam lif nak balik umah, ada satu couple suami isteri ni masuk lif gak la. Pastu si isteri tanya kat laki dia "Eh, tak tekan tingkat 3 ke? Nak ambik anak?"

Laki dia jawab "Biarlah budak2 tu dulu. Pukul 7 nanti kita ambik la balik. Ni ada masa kita balik rumah dulu rehat-rehat. Nanti bayar je la OT lebih."

Tak tau la apasal aku ni sikit-sikit nak touching tapi aku da terbayang-bayang wajah kerinduan anak-anak diorang yang tengah menunggu sambil pegang pintu grill rumah pengasuh. Mungkin anak-anak diorang mengharapkan mak bapak diorang ambik diorang secepat mungkin-diorang rindu-tapi mak paknye rilex je balik rumah rehat-rehat dulu, nnt bayar OT je kat pengasuh. Tak kesian ke kat anak tertunggu-tunggu. Apa salah ambik je la anak tu, pastu balik rumah rehat je la. Aku ni pun penat jugak, balik rumah terus terbongkang. Saif nak buat apa pun buat la, nak tunggang terbalikkan rumah pun tak kisah la..yang penting dia da ada depan mata aku.

Kes lain - Ada la sorang ahkak ni nak melancong pi oversea uolsss..tapi anak tak nak bawak dengan alasan anak dia akan MENGGANGGU nak berjalan sana sini. Padahal anak dia da besar umur 3 ngan 4 tahun gitu. Umur gitu memang best la dibawak berjalan, budak2 pun nak tengok dunia luar tapi kesian maknya anggap anak sebagai PENGGANGGU. Seminggu mak paknya pi jalan-jalan oversea, seminggu la si anak-anak dok menumpang kasih kat rumah pengasuh. Lepas seminggu, maknya datang nak ambik balik, anak dia tak nak balik. Merajuk. Ko tengok? Ingat budak kecik takde hati dan perasaan ke?

Entah..aku memang rasa annoying bila berhadapan dengan situasi macam ni. Maybe aku ni spesis mak-mak yang terlebih manjakan anak..sebab tu pemikiran aku macam ni.


Monday, January 27, 2014

Terkini

Assalamualaikum dan haii..

Sekian lama tak update blog. Sibuk dengan kerja kini. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang tak pernah dibuat sebelum ni. Sometimes blur jugak nak memahamkan itu ini. Takpe..kubuat-buat paham sudah.haha..yang penting kerja beres.

Banyak benda nak cerita, tunggu kelapangan masa je. Tentang Saif, tentang baby, tentang cuti-cuti sana sini..macam-macam la..tunggu je la. hiii..

K, bye nak sambung keja. See ya.

Tuesday, January 21, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Daddy and Baby Cool
SYARAT PENYERTAAN
 
1)  Follow blog ..life after "i do"
2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway
3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.
4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha
7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.
8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So ini la gambar yang kupertaruhkan..

Kenapa aku rasa gambar ni cool? Sebab sejukkkk je mata aku memandangnyaaa...tu pasal cool..hahahaa..

Papa Saif ni memang lain dari yg lain. Orang lain dukung anak, tapi dia suka nak julang anak macam ni. Saif pun suka la bajet tinggi di awangan da fefeeling cam Spiderman la tuu. Ni gambo masa raya hari tu, tu pasal baju pun sedondon. Ikutkan papa Saif tak suka pakai baju melayu tapi sebab nak sedondon ngan anak punye pasal, dia layannnnn jugak laa..

OK, kak Erin. Da join ni, sila bagi menang. Muahahaa..

Friday, January 3, 2014

Homeopathy Hasan PKNS Bangi

Salam tahun baru 2014 semua. Tak lambat lagi kot nak wish even da petang 3hb ni.

Hari pertama tahun baru kami mulakan dengan pergi ke klinik homeopathy Hasan. Sebabnya Saif selsema dan batuk teruk, malam pun tak tido lena sampaikan nak pi besday party anak2 gojes pun tak dapat. So ramai yang update terutama geng gojes la pasal klinik homeopathy Hasan ni.

Actually homeopathy ni tak la asing bagi saya. Dulu saya pernah pergi klinik homeopathy kat Temerloh. Kalau tak silap klinik yang kat Temerloh tu cawangan pada klinik homeopathy Hasan ni la.

Klinik homeopathy Hasan ni letaknya kat kompleks PKNS Bangi. First time pi, main terjah je. Masa sampai ramai orang da tapi still ada seat. Lama jugak menunggu. Saif pun da mula menggeletis, so papa Saif bawak la dia jalan2 kat luar. Saya dok melepek je la kat dalam. Tak lama pastu makin ramai orang sampai tak cukup2 seat. Seb baik kami sampai timing yang ok la.


Dekat sejam gak kot tunggu baru la dipanggil masuk. Tapi dr Hasan nye takde. Anak dia yang ganti. Anak dia ni guna pendekatan macam doktor la tanya sakit apa, simptom2 apa semua. Ikutkan dr homeopathy macam kat Temerloh tu dia akan guna cara tengok tapak tangan kita, pastu dia kira kira ape ntah..contoh jantung 90, hati 70, perut 80..gitu la. Tapi yang taraf amatur cam anak dr Hasan ni tak cukup pro lagi kot nak main tilik tangan gitu. Paling2 pun dia check tekak Saif, macam doktor betul.

Papa Saif pun ambik ubat jugak sebab dia pun batuk teruk lagi2 malam. Saya pun mintak gak set untuk ibu mengandung + ubat morning sickness. Nanti bila da 4 bulan dia suh datang lagi check n kena bawak buku pink jugak.

So total kos untuk ubat kami 3 beranak hanyalah RM110. Kira standard ar kot kalau ubat klinik biasa lagi mahal kot. Ni antara usaha kami je la, yang menyembuhkan still atas izin Allah. Jangan plak ko salahkan klinik ni plak kalau tak sembuh2 penyakit tu.

Ubat mama..

Nak makan ubat ni pun ada disiplinnye. Biasanya dia akan bagi 3 botol ubat. Ubat pertama makan sebiji setiap sejam. Abes botol pertama, makan plak ubat botol kedua sebiji setiap 2 jam. Abes botol kedua, makan plak ubat botol ketiga 2 biji 3x sehari. Ni aturan yang saya dapat la. Lain orang maybe lain aturannya tapi biasanya memang macam ni.

Oh ye, kalau makan ubat homeopathy ni ada pantang larang makan tau. Tak boleh minum kopi, nescafe, air kelapa, air batu, cuka, bawang mentah dan bahan awet. Kalau nak makan sos ke kicap ke tak boleh makan direct gitu, kena masak dulu baru ble makan. Bab pantang2 ni yang payah sikit tu lagi2 tang air batu tu. Da berapa kali da saya langgar..hehehe..tak tahan tekak nak yang sejuk je.

So sape yang nak pi klinik homeopathy Hasan ni, ble la pi kat kompleks PKNS Bangi ye, tingkat 2. Klinik bukak isnin-jumaat pukul 9 pagi-6petang. Kalau nak pi malam, call dulu wat appointment kalau2 doktor ada. Sabtu ahad cuti tapi kalau nak jumpe gak ble call gak dulu wat appointment.

No.contact - 0389267831


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...