Friday, March 21, 2014

Puji Atau Bodek?

Assalamualaikum dan haii..

Minggu sudah kami pergi melawat saudara. Balik dari melawat tu, papa Saif kata "Eh..da gemuk ek si polan-polan tu."

"Hey..dia kan tgah mengandung. Memang la time mengandung jadi gemuk." Aku balas.

"Tapi ayang tak gemuk pun." Tambah papa Saif.

Aku speechless jap. Dalam diam kat seat belakang, aku senyum sorang2. Ngehehe..

Hari ni..tadi aku bukak channel 104, ada ulangan Romantika Syeikh Muzaffar dengan Dr Harlina. Time tu rasanya Dr Harlina baru lepas bersalin anak kedua sebab baby dia nampak kecik dan dia pun still in maternity leave.

Papa Saif kata "Eyy..da tak lawa da dia tu."

"Hey..kan dia baru bersalin tu. Memang la macam tu. Apa..asal da beranak je, gemuk je, tak lawa la? Abes, ayang pun da tak lawa la?" Balas aku berapi-api. Biasala hormon ibu mengandung memang cepat emo.

"Tapi ayang tak gemuk pun." Balas papa Saif.

Aku speechless lagi. Terus tukar channel lain.

Apapun niat papa Saif samada memang nak puji atau sekadar bodek nak sedapkan hati aku, aku anggapkan semua tu sebagai pujian la.hahaha..

Terus semangat berkobar-kobar nak cepat kurus lepas bersalin nanti.


Tuesday, March 18, 2014

Menghabiskan Baucer Buku 1 Malaysia

Assalamualaikum dan haii..

Bertuah jadi student zaman sekarang ye. Dapat baucer buku 1 Malaysia - Rm250 lagi. Syok giler. Walaupun aku bukanlah student lagi, tapi papa Saif masih bergelar student ye walaupun hanya part-time. So layak la dapat BB1M tu. Laki aku dapat BB1M, aku yang excited lebih.

So hari minggu sudah, papa Saif ajak la pi kedai buku. Hajat hati dia nak beli buku untuk kelas dia la. Aku pun dengan tak malunya dok pilih buku tu, buku ni. Sampaikan papa Saif pun confuse, eh ni BB1M sape sebenarnya nih? Hehehe..sorry la bang, ayang kalau masuk kedai buku mesti macam nak sawan. hehe..

Sudahnya, papa Saif tak dapat pun buku yang dia nak cari tu. Tapi kitorang perabihkan jugak baucer tu. Total harga semua buku lebih kurang RM300 lebih, tapi disebabkan pembelian bijak, dapat la diskaun so harganya jadik around RM200 lebih gitu. Pastu dapat extra lagi voucher RM50 tapi voucher RM50 tu tak nak guna terus, simpan untuk beli buku papa Saif yang tak kesampaian tu.

Ok, meh nak share sikit buku pe yang kitorang beli tu.

Buku yang aku pilih cuma "3 Tokoh Bakal Menakluki Dunia" dengan "Rasulullah Is My Doctor". Lain-lain tu semua buku pilihan papa Saif. "Riyadus Solihin" tu yang paling mahal tapi best tau content dia even tak baca pun lagi. Ngehehe.. Err..tak lupa, buku "Keseronokan Harimau" tu mestilah pilihan Saif. hehe..

Nanti ada book fair kat PICC plak kan? Aku rasa macam da start sawan bila nampak bunting iklan book fair tu. Aiiihhh..nak kena pergi jugak ni.




Friday, March 14, 2014

Hadiah Besday Saif

Assalamualaikum dan haii..

Curik masa sikit pagi ni nak update blog yang kian sepi. Nak cerita sikit pasal hadiah besday untuk Saif. Besdaynya bulan 5 tapi mamanya over excited bagi terlebih awal 2 bulan. Hehehe..sama la macam besday setahun dulu, bagi hadiah lion in advance. Dasar mama tak menyabor. Hehehe..

Aku memang takde plan nak buat sambutan ke apa ke. Aku lagi suka bagi hadiah terus je. Actually takdela istilah hadiah sangat pun sebab benda ni memang da lama aku nak beli cuma hold je menunggu masa yang sesuai.

Apa je yang aku beli tu ek? Ni haa dia....tadaaaaa!!!

Learning desk easel! Ada budak tu excited!

Pasang sendiri, kacang je. Macam pasang lego.hehe..Comel je kan. Ko tengok Saif dok sibukkan stencil tu lebih.

Da ada learning desk, kena la ada learning book kan. Buku mewarna ni aku beli kat Mydin je, RM3.90 kalau tak silap. 

Mamanya sibuk tunjuk mewarna, si Saif lagi sibukkan main stencil tu. Aihh..

Aku suka learning desk jenis ni sebab boleh tegakkan macam ni.
 
Bila didirikan, bahagian dalam tu boleh la buat simpan color pencil ke, apa ke..pastu Saif kejap-kejap nak pi belakang meja, ambik barang konon pastu main lebih.

Aku memang nak sangat learning desk ni sebab aku nak Saif belajar dengan cara yang proper la, means ada meja dan kerusi semua. Sebelum ni aku just bagi kertas kosong n color pencil then lantak la ko nak mewarna kat mana pun. Atas sofa ke, bawah meja ke, kat lantai ke..ikut suka hati. Bila ikut suka hati tu, makanya main-main je la lebih. So aku harap bila ada meja ni, aku pun bersemangat lagi la nak mengajar dia. Alaa..bukan ajar apa pun. Ajar mewarna, menconteng..tu je la..setakat ni.

Aku perasan Saif ni macam tak berapa suka mewarna kot. Setakat pemerhatian aku la. Time pregnantkan Saif dulu pun aku cam kureng nak mewarna even ada color pencil n buku mewarna. Satu page je yang aku abes color masa tu. Hehe..so sebab tu Saif pun gitu kot. Bila aku bagi color pencil, dia excited tapi dia lagi suka main teraburkan color pencil instead of mewarna kat kertas yang aku da sediakan. So pasni, aku kena lagi giat la mewarna sama-sama ngan dia, baru la dia akan ikut kan.

Ok..nak sambung keja, hari ni nak buat 5S. Daa...

Monday, March 3, 2014

Accident

Assalamualaikum dan haii..

Masa mula-mula aku pindah Putrajaya ni, aku selalu tertanya-tanya, ada tak accident yang berlaku kat Putrajaya ni ek. Sebabnya condition jalanraya kat sini semuanya tip top. Maklumla, jalanraya kat sini kan tempat menteri-menteri lalu. So mesti la tip top selalu. Lekuk sikit je, sepanjang jalan tu terus ditarnya. Tambah plak lagi, jalan kat sini kebanyakannya luas, 2, 3 lane. Traffic light pun berlambak. Supposely takde accident la yang akan berlaku kan melainkan atas kecuaian pengguna jalanraya tu sendiri.

Nak jadi cerita pagi ni, macam biasa la aku memang selalu 'ter'keluar rumah lambat. Maklum je la, pagi2 nak berperang dengan Saif yang moody tak nak bangun tido la, tak nak mandi la, tu pasal jadi lambat. Tapi lambat macam mana pun, drive kereta tetap kena hati-hati wooo. Lagi plak dengan anak dok sebelah, lagi la kena extra careful.

So masa kat depan apartment yang kat Presint 11, yang dekat ngan traffic light tu (ala semua apartment dekat ngan traffic light)..jalan jem. Ahhh..sudah..apasal plak ni. Lambat sangat ke aku keluar pagi ni sampaikan ble jem plak. Sekali nampak ada kereta kat tepi, haaa...tu dia. Ada accident! Alaaa..accident kan. Apa de hal. Biasa la tu accident. Tu pun nak kecoh aku ni kan.

Tak laa..aku nak cerita ni. Aku nampak kat tepi jalan, ada la beberapa orang tengah duduk. Sekali aku nampak..aku ternampak..seorang budak perempuan, sekolah rendah kot..terkulai-kulai kat pangkuan orang yang kat tepi jalan tu. Tersentak aku. Terus jantung aku berdegup laju. Tak tau la samada budak tu pengsan je ke atau... Ya Allah..moga takde perkara buruk yang berlaku. Aku doa sangat-sangat moga budak tu tak apa-apa. Aku nampak ada seorang lelaki macam tua sket kat situ, maybe ayah dia. Tak tau la apa perasaan ayah dia time tu. Tak jauh depan tu, aku nampak satu motor skuter terbaring tepi jalan. Tengok rupa motor tak teruk tapi tak tau jugak la teruk ke tidak accident yang berlaku tu kan. Aku suspect accident keta langgar moto atau moto langgar keta, gitu lah.

Terus la sepanjang jalan tu, aku dok teringat-ingat kat kejadian tadi. Rasa cam nak nangis pun ada sebab aku terbayang-bayang perasaan mak ayah budak tu. Semoga anak-anak kita sentiasa berada dalam lindungan Allah.


Saturday, March 1, 2014

Adik Saif

Assalamualaikum dan haii..

Rasanya macam tak pernah post lagi pasal adik Saif dalam perut ni kan. Kalau ada citer pun just sipi2 cerita menyelit kat entri lain. Asyik-asyik cerita pasal Saif je kan. Heheh..ok..ok..kali ni cerita pasal adik Saif je.

So sekarang ni da trimester kedua. Hari ni da 18 minggu 1 hari. Sekejap je plak rasanya da trimester kedua. Even aku jarang cerita pasal adik Saif ni tapi tak bermakna aku tak excited tau. Excitednya tetap sama macam mula2 mengandungkan Saif dulu cuma sebab da ada pengalaman sebelum ni so kurang sket la nak bercerita. Pengalamannya sama saja macam Saif dulu cuma badan lebih kuat, kurang sket muntah tapi hormon malas tu tetap menebal. Sehingga kini.hehehe...

Masa 8 minggu, aku dah pi buat buku merah. Due date InsyaAllah 1/8/2014. Tapi kat buku dia tulis 31/7 sebab memula aku tersalah bagi tarikh LMP aku, bila aku nak betulkan balik nurse tu cam malas nak betulkan. Dia kata takpelah beza sehari je. So aku pun, ok lah fine. Sticker buku tu pun asalnya color putih. Tapi bila aku tukar buat checkup kat klinik Presint 3, nurse tukar jadi color hijau kononnya sebab aku mengandung time anak belum 2 tahun. Pfftt..lantak la labu. Lagi 2 bulan anak aku 2 tahun, tukar balik sticker putih ble? Aku xbaper gemor bab-bab pertikai mengandung sebelum 2 tahun ke, lepas 2 tahun ke sebab semua tu kan rezeki.

Buku merah jangan lupa bawa..lalalala...

Bila bukak buku merah, mesti kena jumpe doktor untuk scan. Masa doktor scan pun due date pun sama 1/8 means perkembangannya seiring dengan tarikh tu la. Alhamdulillah.

Adik Saif 8 weeks. :)

Then masa 16 minggu hari tu, aku pi scan lagi. Just nak tau perkembangannya camne, sihat ke tidak kan. Bila scan, adik tengah tido telentang, elok je tido tak bergerak2. Tengok hearbeat ok, ukuran dia pun semua ok cuma besar sket tapi tu tak kisah pun sbb ukuran tu x tepat sbb ikut tangan doktor yg point ukuran tu kat mana kan. Yg penting sihat, air ketuban cukup, uri pun kat atas. Alhamdulillah.

Adik Saif 16 weeks. :)

Mengandung kali ni even hormon malas tebal tapi hormon nak melawa pulak membuak-buak. Dok la aku shopping beli baju baru, shawl baru. Shawl gitu! Tetiba mabuk nak bershawl bagai. Pastu bila tengok orang mekap lawa2, pakai lipstick cantik2, aku pun nak pakai lipstick gak!Padahal aku tak suka pakai lipstick pun selama ni. Tapi aku beli je, pakainya tak pun. Bibir aku sensitif, la ni pun tengah menderita bibir bengkak sampai terbelah bibir berdarah2. Penangan mengidam makan ketam walaupun tau bibir memang alergic kalau makan ketam. Hehe..

Pastu aku suka sangat tengok perempuan cantek2. Aku paling suka tengok Emma Maembong tu, tengok kulit putih melepak dia ngan bibir comel dia. Pastu tengok cerita yang pukul 7 tu la ni sebab nak tengok Intan Ladyana yang putih tu. Pastu..pastu..hampir setiap hari aku mesti nak stalk instag atau blog irine nadia. Comel kan dia, anak dia pun comel aku rasa cam nak makan2. Hahaha..pastu tiru irine nadia punye style shawl bagai.ngehehe..

Maybe ada aura anak gugurl kot kali ni. Hahahaha...Wallahualam. Aku geram je tengok anak gugurl orang pakai headband n gaun cantek2. Tapi papa Saif cam biasa la nak boboi. Kalau dok bincang pasal nama, cadangan nama dia semuanya nama boboi. Cadangan nama aku plak semuanya gugurl. Heheheh..takpe, kalau boboi ble jadi geng Saif bergasak. Kalau gugurl ble jadi geng Saif main masak-masak. Hehehe..

Plan untuk adik Saif pun da macam2 dibuat. Plan je la. Means hospital nak bersalin nanti kat mana, nak berpantang nanti macam mana, tu semua antara yang aku da simpan dalam otak. Cuma tang beli membeli je tak beli lagi sebab nak tunggu confirm boboi ke gugurl baru nak start membeli. InsyaAllah kali ni nak buat scan 4D plak. Tunggu 5 ke 6 bulan nanti kot baru pi scan 4D.

Ok..banyak gak citer ni. Nak sambung melayan anakanda Saif tercinta ni. Nak suap makan nasi. Bye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...