Wednesday, April 30, 2014

Sistem Fail Rumah

Assalamualaikum dan haii..

Sementara tak berapa nak busy ni, mari kita membusykan diri dengan kerja-keja lagha yang lain. Muahaha..sesaja merajinkan diri nak kemaskini sistem fail kat rumah.

Buat cover fail dengan tulang fail sekali. Aku buat untuk 7 jenis fail : BIL PELBAGAI, RUMAH 1, RUMAH 2, RUMAH 3, KERETA, INSURANS dan RESIT & WARRANTY CARD.


Fail sebelum make over. Aku guna fail jenis clear book untuk dokumen-dokumen rumah, kereta dan resit & warranty card. 

 Untuk bil pelbagai, aku guna fail jenis keras yang color putih tu. Tebal sikit sebab macam-macam bil nak sumbat dalam ni. Fail ni aku bahagikan ikut kategori : Elektrik, Astro, Sewa rumah, Maintenance rumah, Taska, Resit buku, Notis dan Lain-lain. Aku ingat nak tambah lagi satu kategori untuk simpan dokumen keluarga contohnya sijil kahwin n sijil kelahiran anak. Aku masukkan da cuma tak label je lagi.

Contoh bil Astro yang aku da masukkan.

Fail selepas make over. Saje aku buat warna warni. Tulisan je tak cukup. Nanti laki aku mesti tanya "Ayang..roadtax kereta kat mana?" "Tu..fail Kereta." "Mana? Tak nampak pun.." "Tu..yang color hijau." Haaa..realiti sebenar kan.

 Then susun kat rak. Letak kat rak ni buat sementara sebab rak buku da penuh. Ni pun ada lagi fail yang takde. Untuk Rumah 3 dengan Insurans takde lagi fail. Fail tu kena beli kemudian. Lagipun insurans semua still dalam kotak kat stor, malas aku nak selongkar carik. Tunggu pindah lagi sekali nanti baru aku kuarkan n failkan. Heheh..


Tuesday, April 29, 2014

Book Of This Month

Assalamualaikum dan haii..

Da jadi habit aku bila lalu depan kedai buku mesti menggeletar lutut nak singgah beli buku. Ni buku yang aku beli untuk bulan ni. Dah lama hajat nak beli kedua-dua buku ni cuma baru la ni dapat jumpa.


CERITA CINTA AHMAD AMAR
- kisah anak muda yang menjadi inspirasi untuk generasi masa kini. Ramai yang baca kata best.  Cover buku tu pun tulis Best Seller. So aku beli. Beli saja dulu. Tak baca lagi..hehe..bagi laluan pada buku satu lagi dulu. Kalau da baca nanti, aku review. Kalau sempat la..

CENDOL PULUT SANTAN LEBIH
- aku memang suka dengan penulisan Abd.Jalil Ali ni. Aku start baca artikel dia dalam majalah Seri Dewi & Keluarga. Sungguh ke'emak'-'emak'an aku ni kan. Dia banyak menulis tentang hal-hal kekeluargaan dan tentang perempuan terutamanya. Yang buat aku suka sebab penulisan dia sempoi yang boleh buat aku gelak terbahak-bahak sorang-sorang. Laki aku tak paham macam mana aku boleh gelak baca buku tebal gini yang covernya adalah seorang lelaki tua. Gila tak gelak kalau dia tulis gini "Di saat kita sedang menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba pandangan kita dihalang oleh manusia bersaiz TV LCD." Bahahaha..lawak kan. Terbayang-bayang aku kepala orang dengan badan TV LCD. Err..tak lawak ke. Ok..fine. Eh, satu lagi aku suka sebab Abd.Jalil Ali ni walaupun da tua tapi aku rasa dia masih ada segaknya. Bahahaaa.. Haa..semua buku penulisan dia ni aku da beli dan baca. Start dari Asam Garam, Gula Dan Kopi, Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis, Dari Menara KL dan latest buku ni la Cendol Pulut Santan Lebih. Eh, dia ada tulis novel jugak tapi dia guna nama samaran lain. Ariff Affandy kot, kalau tak silap. Pendek kata, aku memang suka lah dia ni. Maksud aku penulisan dia la.

Ok, tu je aku nak review untuk Book Of This Month. Ada lagi beberapa buku lain yang da lama aku beli or papa Saif beli, da baca tapi tak dan nak review lagi. Nanti-nanti aku review lagi eh. K, bye.


Monday, April 28, 2014

Pureen Warehouse Sale

Assalamualaikum dan haii..

Ini adalah pertama kali aku nak pi pureen warehouse sale. Niat hati nak pi hari Sabtu dengan harapan boleh dapat baju yang cantik2. Tapi nan hado la kan sebab papa Saif ada kelas hari Sabtu. Aku nak pi berdua ngan Saif memang tidak la. Silap haribulan ada gak anak aku hilang dalam lautan manusia tuh. So menabahkan hati pi hari Ahad.

Hari Ahad pun tiba dengan ceria. Aku siap berselfie dalam kereta menandakan betapa semangatnya aku nak pi pureen warehouse sale ni. Siap upload kat IG n FB lagi uols.

Gambo selfie ngan Saif. Mood ceria nak shopping (^_^)

Nasib baik la aku upload gambo selfie ni tau tak! Boleh plak kereta da gerak, papa Saif tengok statusku kat FB dia boleh tanya "Eh..apasal status pureen ware house sale plak ni. Kata nak pi Alamanda jekkk.."

Ohoiiii..punye la lama da aku bagitau nak pi pureen warehouse sale ni boleh plak suka suki dia pikir aku nak cancel. Memang tidak la.

"Ingatkan da tak dapat pi hari Sabtu tu, terus tak nak pi daaa.." ayat papa Saif. Ek eleh..bila masa ntah cakap tak jadik pi.

Seb baik aku upload gambo tu.hehehe..

So balik semula pada cerita pureen warehouse sale tu. Tak sangka plak kereta punyela banyak beratur panjang jem hoooo..berlapis lapis kereta sampai jadik one way je sudahnya. Tengok macam lama je nak kena beratur tu so aku decide turun je dari kereta kat tengah-tengah jem tu then biar la papa Saif pandai-pandai carik parking. Bergigih jugak la mak yong ni berjalan kaki rasanya 500 meter ada kot maybe lebih. Jualan murah punye pasal, sanggup mak!


Masuk-masuk je ok nampaknya memang ramai orang. Tapi aku rasa mungkin tak seramai hari Sabtu sebab hasil laporan kawan-kawan yang pi Sabtu, lautan manusia amat dasyat siap berlanggar-langgar, berebut-rebut macam piranha. Hari Ahad tu aku takde berlanggar dengan sape-sape, sesi pilih memilih pun boleh dibuat dengan santai. Maybe sebab da tengahari, ramai yang da balik. Tapi aku pun takde la santai sangat. Strategi aku, carik baju saiz S terus sumbat dalam beg. Agak-agak da takde lagi baju nak dipilih, baru aku ke tepi, sorting mana yang tak nak. Baju Saif ada gak la aku rembat sehelai dua.

Misi seterusnya adalah wet tissue dan sabun mabun. Wet tissue aku ambik agak banyak la sebab newborn baby kan kuat berak. kejap-kejap berak. So wet tissue sangat penting. Lagi pun wet tissue sentiasa aku bawak travel kot buat lap air tumpah ke, Saif makan comot ke. Sumbat-sumbat..adehh berat plak beg ni. Aku keluar, aku tinggal je beg tu kat tepi. Then masuk balik cari sabun plak. Sabun tak ambik banyak la. Just baby bath untuk baby n Saif, sebotol sabun ABD dengan refill bottle cleanser. Tu pun da berat macam hape aku nak kendong bawak keluar. Lain-lain ada la aku beli botol n dispenser susu baru untuk Saif. Oh ye, lampin corak2 tu pun aku rembat walaupun aku xpasti lagi nak guna untuk ape. Hahha.. Da penuh beg gitu, tiba masa nak bayar memang tak larat la aku nak angkut. Call papa Saif panggil masuk dalam mintak bawak barang ke kaunter. Sepanjang pilih barang tu aku sorang je, Saif dengan papa dia tunggu luar. Haa..camtu la strategi aku, kurang sket kesesakan manusia kan.

Barisan beratur nak bayar memang panjang tapi mujur kaunter banyak. Ada 40 kaunter kot. So laju je la mana kaunter kosong akan cepat2 panggil. Setel bayar, terus keluar. Aku dok kat bawah khemah depan tu dengan barang2 semua sementara papa Saif pi ambik kereta. Tak lama tunggu, papa Saif sampai bawak kereta, sumbat barang chowwww!! 

Berderet kereta menunggu nak ambik orang dan barang..Tambah sesak dengan orang berniaga kiri kanan jalan.

Tak sampai sejam pun aku kat situ. Tak kuasa panas giler weii. Sorry to say aku tak berapa nak hadam macam mana la ada parents yang boleh bawak newborn baby ke tempat yang panas gitu. Newborn hokey sebab baby-baby tu still lembik-lembik dok ditatang lagi..Kot anak yang da besar ok lagi la..tu pun aku tengok Saif da termenung bawah khemah tu kepanasan sampai tak boleh nak bercakap! Aku cakap-cakap dengan dia pun dia tak jawab, termenung kepanasan pastu dok tunjuk-tunjuk air kotak kosong yang orang buang merata. Alahaii..sian aku tengok anak aku tu kepanasan, kehausan padahal sebelum tu papa dia da belikan milo ais secawan. So imagine plak baby-baby kecik tu macam mana panasnya. Memang baby tu senyap je tido tapi dengan muka merah padam, peluh mengalir-ngalir. Ada sorang baby tu lagi kesian, da abes satu muka berbintik-bintik merah, ekzema kot. Adoii..da tau anak tu spesis tak boleh panas, nak jugak bawak ke tempat panas sesak macam tu. Ni peringatan untuk diri aku sendiri jugak ni. Hope janganla bawak baby kecik-kecik ke tempat panas sesak gitu lagi ye. Kesian..

Saif da termenung tak bercakap, kepanasan. Tu dia tak join aku menyopping sekali tu. Time bayar je baru dia masuk dengan papa.

Bebel panjang je aku ni kan. Ok, nah aku nak share ape je hasil tangkapan aku kat pureen warehouse sale tu.

Baju untuk baby dapat 8 pasang je. Sobs..baju Saif dapat sehelai je yang hujung sekali hijau tu dengan yang dia tengah pakai. Tak menyabor papa dia pakaikan terus baju baru malam tu jugak.

Total habes : RM326. Macam biasa la papa Saif kata "Murah ke? Baloi ke?" Eh, mesti la murah. Sabun harga biasa da Rm19.90, ni dapat RM12. Bedak medicated yang susah nak dapat tu pun boleh beli banyak-banyak. Macam biasa la papa Saif komen "Alaa..campur duit minyak, tol, milo ais..sama jugak harganya kalau beli kat kedai biasa.."

Ehm..tak koser aku nak layan.


Friday, April 25, 2014

Rezeki Dari Langit

Assalamualaikum dan haii..


Mulakan tazkirah Jumaat ini dengan ayat di atas. Orang kata bila mengandung ni, murah rezeki. Tapi tak mengandung pun, tetap ada rezekinya jugak kan. Rezeki ada dalam macam-macam bentuk. Mungkin bukan rezeki dari segi wang ringgit tapi mungkin rezeki dari segi kesihatan, kasih sayang dan macam-macam lagi lah.

Macam aku ni la, rezeki baby terus dapat pindah dok sama ngan papa. Kenapa aku kata rezeki baby plak sebab aku tau aku mengandung pun lepas da pindah. Sebabnya aku tau la baby tu terjadi di Karak. Bahahaha..see..cantik je flow dia. Pindah seminggu je terus detect pregnant. Kihkih..larikk..

Dan rezeki aku jugak orang-orang opis aku la ni sangat la memahami condition aku yang tengah mengandung dan beranak kecik lagi. Memula dulu cam stress la jugak sebab masih tak dapat sesuaikan diri dengan keja baru. Then lama-lama aku da ble adapt, not bad dan aku mula rasa selesa kat sini. Ikutkan banyak agenda yang kena outstation sana sini. Jauh-jauh sampai ke johor.. perlis.. terengganu..sarawak!Ikutkan aku memang patut kena pergi, gilir-gilir la kan. Tapi sebab diorang memahami (aku rasa la), langsung diorang tak tanya pun kat aku nak pergi ke tak. Terus diorang merelakan diri pergi sana sini. Ikutkan kalau aku ni diarah pergi, aku redha je pergi. Sampai bila aku nak mengelak kan. Tapi ntah..da diorang tak tanya, tak suruh aku pergi..so rezeki aku la dok diam-diam je dalam opis. Cukup masa pukul 5, teeetttt..balik! Da beranak nanti, lain punye citer.hehe..Oh ye, paling jauh pun lagi 2 minggu aku ada meeting kat Pahang. Tu pun kat tempat keja lama aku. KK Bentong. Rezeki outstation dekat je. Hehehe..

Bab rezeki makan, lagi la tak putus-putus. Cam hari tu, aku baru je berangan macam nak makan durian. Ingat nak mintak la papa Saif beli durian, durian tesco je pun jadik la. Tak sempat cakap lagi, tup-tup petang tu papa Saif balik keja, bawak durian crepe! Fuuhh..pucuk dicita, ulam mendatang namanya.

Pastu minggu lepas kakak ipar aku ada tanya gak nak beli harumanis tak (bukan harumalam tau..kihkih), kawan dia ada jual. Rasa macam nak tapi sebab harga macam mahal, takpelah tak beli. Tup-tup semalam, KK Arau baik hati bagi sekotak harumanis kat setiap bahagian. Fuuhhh..merasa gak harumanis, sedapnya subhanallah! Lagi plak free..lagi la sedap. Bahahha..

Minggu lepas balik rumah mak mentua, dia ada bagi keropok terengganu. Sedap, Saif suka, baby dalam perut pun suka sampaikan mamanya melantak abeskan keropok tu. Huhu..pastu Saif nak keropok lagi, aku goreng la keropok cap ape ntah yang zaman bila aku beli kat kedai mamak presint 9 tu. Ehmm..tak sedap. Saif pun nak tak nak je makan. So aku pun dok riki-riki la nak carik keropok terengganu. Tup-tup, pagi ni aku datang keja tercongok beg isi keropok terengganu atas meja. Eh, sape plak yang baik hati bagi keropok ni, macam tau-tau je aku tengah mencari keropok terengganu. Owh..rupenya, PPK yang pi outstation ke terengganu hari tu yang bagi. Fuuhh..tak ke rasa macam rezeki tu turun dari langit? (of course la maksud aku dari Allah kan..)

Tuu..bab makan. Bab duit plak. Bulan 5 memang bulan yang cukup mendebarkan bagi aku ngan laki aku. Sebabnya nak kena bayar insurans n roadtax. Kira-kira seribu lebih jugak la nak dilayangkan, dekat dua ribu gak kot. Ada la duit simpanan sket kononnya nak buat bayar bil hospital bila beranak nanti. Tapi sebab nak kena bayar insurans n roadtax dulu, so kena la guna duit simpanan tu dulu. Pastu aku pun dok berkira-kira cukup ke tak duit nak bayar bil hospital nanti ni. Tup-tup..ciknaa bukak offer nak main kutu. Aku pun dengan pantasnya menjawab mesti la nak. Cepat-cepat aku chop bulan 7, ngam-ngam waktu aku nak beranak nanti. Selesai masalah duit! Senyum lebar sampai telinga..Ngehehehe..

Pastu bulan ni jugak aku nak siap sedia beli barang baby. Banyak gak nak kena beli ni terutama baju sebab baju Saif yang lama-lama dulu banyak da lunyai, buruk. Tak sampai hati nak bagi adik baby pakai baju buruk, so kena la beli baju baru gak lebih sket. Tup-tup aku tengok gaji aku yang masuk semalam, eh apasal macam banyak je gaji aku bulan ni. Rupa-rupanya start bulan ni Imbuhan Sara Hidup aku up sket la sebab da berpindah ke kawasan metropolitan kan (metropolitan la sangat!#mata ke atas). Tambah lagi dengan tunggakan Imbuhan Sara Hidup tu sejak bulan Disember tahun lepas. Takde la banyak sangat tapi memang sangat-sangat membantu perbelanjaan nak beli barang baby ni. Alhamdulillah..rezeki. Cantik sangat flow rezeki yang Allah da aturkan tu.

Rezeki ni boleh turun dalam macam-macam bentuk. Aku kata ni rezeki dari langit sebab ini adalah rezeki yang tak diduga-duga. Dok termenung fikir, tak buat apa pun, tuppp Allah turunkan rezeki tu tanpa diduga, tanpa dirancang. Syukur. Aku tak kata aku ni orang yang alim bertakwa macam ayat kat atas tu sebab aku ni pun kekadang lagha dengan dunia dan lupa jugak pada Dia. Tapi Dia tak pernah lupa pada hamba-Nya. So peringatan untuk kita semua dan diri sendiri jugak ni, kita tak mintak lagi, Dia da siap-siap bagi. So perlu ke kita terus jadi manusia yang lalai dan leka?

Juga nak ingatkan kawan-kawan dan juga diri sendiri lagi, kalau nak menerima lebih banyak, kita pun kenalah memberi dengan banyak jugak. Sekian, muhasabah diri di pagi Jumaat.

p/s : aku baru je pikir tengahari ni nak makan ape. ingat nak balik rumah makan biskut cicah milo je. tuppp..opismate kata nak belanja tengahari ni. Pucuk dicita betullah! Alhamdulillah..


Thursday, April 24, 2014

Rumah Sewa Desa Pinggiran Putra

Assalamualaikum dan haii..

Kelmarin pi BPH, harapan nak dapat kuarters dengan segera tu agak tipis. Mungkin 2 tahun lagi kot baru dapat. Frust. Sadis.

So aku ingat nak cari rumah sewa baru sekitar Desa Pinggiran Putra. Aku pilih Desa Pinggiran Putra sebab dekat dan takde tol. huhu..Aku serius stress dengan condition rumah sekarang. Barang2 pun banyak lagi dalam kotak yang tak dibukak menunggu masa untuk pindah lagi. Kalau nak terus dok rumah ni, ada banyak sangat benda yang perlu dibaiki yang aku rasa baik aku pindah cari rumah lain.

So, sapa ada rumah sewa kat Desa Pinggiran Putra atau kenal sape-sape yang ada rumah sewa situ, please contact aku A.S.A.P. Boleh email kat aku : didie_kawaii@yahoo.com

Thanks in advance.


Thursday, April 17, 2014

Officially Success Wean Off Saif

Assalamualaikum dan haii..

Dah lama aku nak buat entri ni tapi aku bersabar dulu sehingga benar-benar pasti yang aku da berjaya wean off Saif. So dengan rasminya aku nak umumkan aku da berjaya wean off Saif (sebulan je lagi nak 2 tahun..sobsss..).


Proses wean off atau cerai susu ni bukan suatu perkara yang mudah. Bagi aku la. Tambahan plak anak aku tu spesis reject botol, memang wean off tu suatu perkara yang aku rasa macam mustahil je nak buat. Tapi bila hati da tetap nak tu, Insya-Allah Allah akan bantu permudahkan usaha kita (walaupun masih tak mudah bagi aku..sobss..). Aku takde buat kaedah sapu-sapu garam ke, sirap ke, lipstick ke, nescafe ke..memang naturally wean off la kiranya ni.

Aku mulakan proses wean off sejak mula pregnant kali kedua ni. Masa tu Saif setahun 6 bulan, lebih kurang la. Actually hormon time mengandung tu jugak yang membantu proses wean off ni. Tidak la secara mendadak berhenti terus, meroyan budak tu karang. Tak mudah tapi aku nak share jugak la apa yang aku da buat sepanjang proses wean off ni.

 1. Biasakan dengan meminum susu selain susu ibu
- Saif ni susah nak minum botol. Fresh milk segala memang tak jalan. Jadi aku cuba bagi dia minum susu kotak Kid tu sebagai alternatif susu. Aku rasa penting untuk tetap bagi susu sebab umur dia waktu ni sangat penting nak develop tubuh badan so sumber kalsium tu penting. Bila dia da biasa minum susu kotak Kid (perasa coklat-lain2 perasa dia reject), aku mula introduce susu FM berperisa coklat. Pilihanku pastilah susu Dutch Lady 123 perisa coklat tu. 2 bulan pertama tu, susu-susu yang aku bancuh semuanya buang gitu je. Sabooo urut dada mak ko ni haaa..

2. Biasakan minum susu menggunakan botol(puting/straw)
- Bagi budak kuat ngempeng macam Saif ni, penting bagi aku untuk ajar dia minum guna botol tak kisahlah botol tu botol puting atau straw. Tujuannya supaya bila dia nak tidur, dia boleh tonggak botol tu ikut sesedap rasa. Kalau guna cawan atau air kotak je confirm la akan tumpah kan bila budak tu nak tidur sambil minum susu. Step ni memang susah bagi aku. Ambil masa berbulan-bulan untuk dia boleh minum guna botol. Entah apabenda yang dia anti sangat dengan botol tu. Aku pernah tuang air kotak Kid tu masuk dalam botol (depan bijik mata dia), dengan harapan dia nak minum la. Abes dibalingnya botol tu. Ada hati mama nak tipu aku, kata Saif. Cess..sabo je la.

3. Never offer but never refuse
- Ini memang step wajib. Walaupun nak wean off, jangan secara mendadak. Bila dia nak tu bagi je, walaupun nak meleleh air mata aku tahan sakit. Tapi tak pernah aku offer kat dia "Saif nak susu? Meh nenen ngan mama mehhh.." Memang takkan berjaya la jawabnya. Macam aku ni sebab pregnant kan automatik susu akan drop dan rasanya jadi masin. So dia nak, aku bagi je la. Nanti dia insaf sendiri tak nak mintak lagi bila rasa susu tu masin..bahaha..Ada sekali tu da 2 hari aku tak bagi dia ngempeng langsung. Ingatkan la da berjaya wean off masa tu. Sekali tu hari ke-3 Saif demam. Nangis-nangis dia nak nenen. Dengan berat hati aku bagi jugak la. Dia elok je demam, aku tak bagi lagi.

4.  Alih perhatian dengan makanan/minuman lain.
- Masuk bulan ke-3 gitu (Februari 2014), Saif da fully tak menyusu waktu siang. Waktu siang aku akan bagi dia fully air kotak Kid/Nutrigen/Calciyum dan biskut-biskut. Di samping tu aku still tak putus asa ajar dia minum FM guna botol walau sedikit. Time ni aku just buat 3-4 oz je susu. Biasanya dia minum dalam 1 oz je. Biasanya tak minum langsung. Cess..sabo lagiiiiii...

5. Pujuk
- Walaupun Saif da fully tak menyusu waktu siang, tapi waktu malam bila dia nak tido dia still mencari-cari aku nak ngempeng la apa lagi. Aku bagi jugak la. Never refuse la katakan. Tapi sebelum bagi tu aku pura-pura nangis dulu "woo..mama sakit.." Tapi dia apa pedulik kan. Actually masa ni susu memang da takde da, dia  hisap juz nak lepas gian je. So aku tukar ayat "Susu mama da abes.." sambil goyang tangan tanda da abes. Tapi dia apa pedulik kan. Dia hisap jugak. Takpe, aku bagi. Tapi lama-lama dia akan percaya yang susu mama betul-betul da abes. Bila dia nak dan aku kata susu da abes, terus dia pusing golek2 tido sendiri. Time ni da mula nampak bayang-bayang kejayaan.

6. Pelbagaikan corak botol
- Aku da beli macam-macam botol yang murah yang mahal. Then aku perasan dia suka botol yang warna warni ada gambar. So aku beli la macam-macam botol warna warni yang bergambar. Bila aku bagi botol, dia akan belek botol tu then minum sket. Berhenti tengok botol then sambung minum lagi. Pastu dia jadik suka bila tiba masa aku nak bancuhkan susu dia sebab FM dispenser dia tu comel, dan dia tau tu bekas susu dia. Bila dia nak susu, dia ambik sendiri dispenser tu then bagi kat aku "Mama..susu" katanya. Gila tak happy bila Saif mintak susu sendiri.

7. Pengorbanan waktu malam
- Bila dia mula terima hakikat susu mama da abes, aku pun mula introduce bagi botol waktu nak tido malam. Ni step paling susah. Dia punye mengamuk-ngamuk tu aku sabo je urut dada selaluuuuuu.. Waktu ni papa perlu mainkan peranan untuk pujuk anak. So papa la yang kena usaha tidokan anak walau cara macam mana sekali pun. Biasanya papa Saif ni akan pangku Saif cam baby, dodoi-dodoi..tido haa budak tu. Tapi kalau dia terjaga pukul 2,3 pagi mengamuk-ngamuk..ko memang kena tahan azab je la. Time ni aku fikir pahala berjaga malam menjaga anak je. Syukur la papa Saif ada bangun pujuk anak jugak. La ni bila dia da terima minum botol, malam-malam just bangun untuk bancuh susu je la. No big deal pun sebab sebelum ni pun memang sentiasa kerap bangun malam bila Saif nak ngempeng.

8. Jadikan rutin
- Walaupun dia mengamuk-ngamuk, jangan putus asa. Ulang rutin yang sama setiap hari. Setiap kali nak masuk tido tu, aku akan kata "Saif..nah susu botol." Awal-awalnya dia buat donno je. Lama-lama dia pun ambik botol tu, minum sikit. Seteguk pun jadik la. Lama-lama dia sendiri yang mintak susu setiap kali nak masuk tido!


Rutin aku setiap malam kini. Prepare 3 biji botol da siap2 isi air 4 oz so anytime dia terjaga tengah malam karang aku tinggal tambah air panas 1 oz lagi bagi suam-suam kuku. Cukup la bagi 5 oz bagi setiap sesi. Kekadang aku buat lebih 6-7 oz. Tu pun kalau dia bangun mintak. Kadang2 lena terus sampai ke pagi. Dispenser tu pun aku da siap2 isi 4 scoop FM setiap satu. Dan la ni kalau Saif terjaga pukul 2,3 pagi ke, dia sendiri yang pergi meja ni mintak aku bancuhkan susu. Tu ko tengok sampai terpercik-percik susu ke dinding sebab mamai-mamai bancuh susu dalam gelap. Bahaha..

9. Keep on bonding
- Salah satu sebab aku rasa susah nak wean off ni sebab bonding antara ibu dan anak tu da jadi sangat kuat, susah nak pisahkan. Aku sendiri rasa sayang nak wean off sebab seronok dengan moment2 bila dia menyusu tu. Tapi kena kuatkan hati. Even da tak menyusu lagi, jangan putuskan bonding tu. Keep on bonding. Maksudnya bila nak tido tu, ko baring sama-sama dengan dia. Belai-belai dia, peluk-peluk dia, cium-cium dia. Percayalah..masa bonding tu la yang anak dambakan sangat. Terpaksa gak la aku korbankan aktiviti menengok TV waktu malam sebab nak kena golek-golek kat bilik sampai Saif tido.

10. Usaha, doa dan tawakal
- Bila da buat semua cara bagai, jangan lupa doa minta dilembutkan hati anak untuk mudah wean off. Aku tak tipu ni, aku doa aku minta spesifik "Ya Allah, ko lembutkan hati anak aku supaya dia mudah minum susu botol banyak-banyak." Dan ya Allah makbulkan. Mula-mula dulu Saif punye susah nak minum susu botol kan. Nak abes 1 oz pun payah. La ni dia boleh minum susu botol panjang tu-penuh! Minggu lepas, aku da buatkan 7 oz, abes! Dia mintak lagi! Aku bancuh lagi 4 oz, pun habes! Maknanya dia minum sampai 11 oz! Happy gila aku. Pastu dia macam nak mintak lagi tapi aku malas nak bagi sebab bila dia kuat minum, maknanya dia akan kuat kencing. Kejap2 nak kena tukar pampers plak. Bahahaha..

So tu la cara aku wean off Saif. Dalam 5 bulan jugak la aku ambik masa nak  wean off ni. Lain budak lain kaedah dan tempoh masanya. Ada yang seminggu or sebulan da boleh fully wean off. Saif ni ambik masa berbulan-bulan tapi Alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. Even tinggal sebulan je lagi nak 2 tahun tapi aku tak menyesal sebab apa yang Allah tentukan ni adalah yang terbaik untuk aku dan Saif.

 "Mama..nak susuuuuu.."

Wednesday, April 16, 2014

Fitnah Akhir Zaman


Terkejut bila baca status Amin Idris ni. Tak sangka ada orang boleh buat fitnah macam ni. Video plak tu. Maka tak hairanlah kalau macam-macam versi video si polan tu si polan ni jugak boleh disebarkan.

Besarnya fitnah ini. Beratnya ujian ini..moga dia kuat. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar.

Wallahualam..


Hobi Baru Bersama Mr. GLOBAL

Assalamualaikum dan haii..

Amboihh..berderet-deret hari kuupdate blog nampaknya. Hehe..ada masa senggang sket, aku curik-curik la masa menghapdet blog suam-suam kuku nih.

Aku punye perangai ni kan, mudah sangat terikut-ikut dengan orang lain. Contoh la, time semua orang berbento, aku pun sibuk nak berbento gak. Bila semua orang dok bersusun atur, aku pun sibuk la bersusun atur gak (tapi minat ini adalah maintain). Pastu la ni bila orang sibok dok berjahit, berkraf bagai..aku pun sibok la nak menjahit bagai gak.

Tapi kan, benda-benda yang aku mudah terpengaruh ni semuanya benda-benda yang berkaitan dengan seni yang comel-comel. Bento yang comel, kraf yang comel, susun atur dan deko yang comel..tu semua memang aku minat. Tu yang buat lagi mudah terpengaruh tu.

Paling terkini, aku da terjebak dengan hobi baru - menjahit. Bahaha..ini adalah poyo. Semuanya gara-gara aku tengok si mimi n nana menjahit macam-macam benda alah yang comel, aku pun terpengaruh. Tapi diorang jahit untuk bisnes, aku jahit untuk syok sendiri je. Actually dari dulu aku memang minat nak belaja jahit tapi sampai ke sudah tak khatam-khatam. Pernah la belaja jahit baju kurung ngan mak aku, tapi siap tang baju je, kainnye sampai da 5 tahun kemudian pun tak siap2. Bahahaha..But at least basic menjahit n menggodeh2 mesin jahit tu of course la aku tau. Kalau nak menjahit tapi nak masuk benang dalam mesin pun failed, baik tak payah kan. Ngehehe..

So nak menjahit, kena la ada mesin jahit kan. Sebelum ni aku da hampir nak beli mesin jahit comel yang harga tak sampai RM100 tu. Ye la namanya pun saja2 jahit untuk syok sendiri. Tidak la aku berangan nak mesin jahit harga ribuan. Tapi bila aku buat proposal nak beli mesin jahit comel tu, suamiku reject. Katanya "Kalau nak jahit, beli la mesin jahit betul-betul. Kalau murah sangat, nanti benang tak kuat ke apa ke, cepat rosak ke." Eh, bernas jugak kata-kata suamiku itu. Tapi kata-kata hanya tinggal kata-kata je la yang terus disapu angin lalu. Setahun berlalu, masih jugak tak muncul mesin jahit betul-betul itu. Sampai la timbul aku punye mengidam nak ada mesin jahit. Ntah ape-ape ngidamnya, nak mengabeskan duit aje. Ngehehe..

So, entah macam mana aku tergoogle tentang mesin jahit nan murah ini. Cap GLOBAL je, very the global warming gitu. Pastu ada plak beberapa review yang best tentang mesin jahit murah ini, maka napsu napsi aku pun makin tak boleh tahan nak tekan butang klik untuk beli.  So tanpa rasa bersalah sebab tak bagitau suami terlebih dahulu, aku pun terus la order. Pastu bila barang da sampai, aku tak larat bawak naik atas, ku suruh suamiku angkatkan kotak tu ke atas diiringi perasaan cuak, mesti laki aku nak bebel aku beli mesin jahit ni. Suamiku hanya menggeleng kepala dengan keborosan isterinya yang makin menjadi-jadi sejak berbadan dua kali kedua ini.

Asyik la dok sebut mesin jahit murah, mesin jahit murah..murah sangat ke haa? Bagi aku la kira murah la sebab harganya tak sampai RM200 pun. Murah kan? Bila aku cerita kat mak aku, aku beli mesin jahit tak sampai RM200, mak aku gelak je "Mesin jahit mainan apa kau beli ni..boleh ke buat jahit tu.bahaha.." Cett..mak aku ni memperkecil-kecilkan mesin jahit GLOBAL warming aku tu.

Asyik dok cerita panjang lebar, gambonye mana mama Saif oii.. ye la..ye la..ni aku nak perkenalkan kat korang la BFF aku la ni. MR GLOBAL namanya. Taraaa...

Ko tengok. Comel kan beliau. Macam mesin jahit betul. Eh..memang mesin jahit betul pun, apa mainan-mainan plak kan. Menggunakan elektrik sepenuhnya, nak guna bateri pun boleh. Ada je slot bateri kat bawah tu kot-kot la fefeeling nak menjahit tepi pantai ke, atas batu air terjun ke, so boleh la guna bateri kan. Bahaha..

Dah la comel, ada fungsi 8 jenis jahitan plak tu. Ok la tu kan, bukannya aku ada hajat nak buat sulaman indah pun..Setakat ni aku cuma guna no.6 ngan no.7 je. Maklumla nak buat jahit lurus je.

Paling best sebab boleh guna tangan je untuk control mesin tu. L untuk low speed, H untuk high speed. Mula-mula dulu aku guna fungsi ni je untuk gerakkan mesin, pastu aku cam asyik tersasul je nak OFF tapi terlajak ke H, so aku tukar pakai pedal kaki plak. Mesin ni lengkap dengan pedal kaki yang main tekan tu je. Lagi senang bagi aku. Pastu fungsi kat atas tu untuk jahit patah balik, ape ntah istilahnya tapi kiranya tak perlula nak pusing-pusingkan kain untuk jahit patah balik tu. Mesin jahit mak aku mana ada fungsi ni. Bahaha..

Mak aku tanya "Bila masanya ko nak menjahit dengan si Saif tuuuu? Dia tak mengacau ke?"

Eheiii..Saif is a good boy hokeyy..Bila aku menjahit, dia langsung tak kacau. Ada la dia kacau-kacau nak main bekas benang tapi tu je la, takde la tahap dia nak panjat naik kat pangku nak menjahit sama-sama kan. TAPI..ada tapinya..jangan la kau tinggalkan mesin jahit tu walau sekejap. Dengan sepantas kilat, dia akan ambil peluang nak menjahit plak. Bahahaha..bagus budak Saif ni. Tunggu awak besar sikit baru boleh tolong mama jahit ye.

Ni dia assistant mama..sukahati dia nak godeh-godeh..RM200 mesin jahit mama tu tauuu..jangan ngada-ngada nak rosakkan.

So apa je benda yang aku da jahit? Haha..asalnya aku berangan nak jahit sarung kusyen. Dari dulu aku dok beli kusyen je dengan angan-angan nak jahit sarung kusyen ikut taste aku tapi tergendala bertahun-tahun. Tapi idak la jugak aku menjahit sarung kusyen. Coming soon la. Setakat ni ada la aku jahit sarung bantal baby ngan barut baby. Saje poyo-poyo nak barut corak-corak plak. Guna kain English Cotton plak tu buat barut. Ngehehe..Dekat sebulan baru aku berjaya siapkan jahit barut ni. Takde masa. Masa yang ada sibuk la kemas rumah memanjangggggggg...

Aku buat 2 saiz. Saiz kecik 6 helai. Saiz besar 4 helai. Jahit tak susah, nak ukur dan potong tu yang payah dengan perut terboyot ni memang seksa aku nak bersila kat lantai pastu nak bongkok-bongkok ukur kain. Dah la aku ni jenis rigid, ukuran mesti nak sama. Pastu jarak jahit tepi tu pun nak kena ukur sama semuanya. Tu yang buat lambat siap tu. Oh ye, saiz kecik tu ada la aku test buat yang ada lekuk bawah tu tapi tak berapa nak nampak lekuknya. Bahaha..boleh la labuuuuu..

Comey tak? Bahaha..ni kalau baby dalam perut ni gegel lagi menggila aku borong kain cotton corak ballerina bagai..tapi takpe, dapat corak cupcake ni pun aku da feeling ke syurga sangat.

So far aku memang puas ati la dengan Mr GLOBAL ni. Kiranya sesuai sangat la dengan penjahit tahap amatur cam aku ni. Next project, nak jahit kain bedung plak. Lagi kacang, jahit tepi2 tu je. Ngehehe..


Tuesday, April 15, 2014

Tupper Cabinet To Let Go

Assalamualaikum dan haii..

Straight to the point. Aku nak letgo tuppercabinet yang baru aku beli ni. Memang baru sangat. Baru minggu lepas aku beli. Kabinet ni adalah cute n mudah nak pasang. Aku yang mak buyong ni pun boleh pasang sendiri kabinet ni.


Hajat hati nak letak kat bawah rak dapur untuk susun atur barang2 kat dapur yang makin semak tu. Sebelum beli, aku da siap2 ukur ngam-ngam untuk masuk bawah rak dapur tu. Ukuran setiap satu kuib tu 35cm x 35 cm macam ni :


Dan memang ngam-ngam bawah rak dapur tu berukuran 70cm. Kiranya ngam la kan untuk masuk 2 kiub kan.

Tapi aku tersilap percaturan sebab bila aku da pasang 2 row kiub, bila aku test masuk bawah rak, tak muat! Sebabnya knob hitam penyambung setiap kiub tu telah mengambil space 2cm setiap satu. So memang tak muat la nak masuk ruang 70cm bawah tu kan.

So dengan berat hati, aku nak let go la tupper cabinet ni sebab rumah sewa aku la ni terlalu 'luas' untuk ditambah dengan perkakasan gedabak gini. Nak letak dalam bilik pun da xde ruang. Sobsss..

Aku nak letgo harga rugi. Aku beli RM187.90.
Aku nak letgo RM170 including postage. 

Sesiapa yang berminat nak beli ble la email aku : didie_kawaii@yahoo.com

- SOLD-

Monday, April 14, 2014

Stress Menjemur Baju Dan Penyelesaiannya (Yang Belum Tercapai)

Assalamualaikum dan haii..

Tak abes-abes dengan stress aku ni kan. Ngehehe.. Sejak dok umah bertingkek-tingkek ni, membasuh baju memang jadi pekerjaan yang maha malas aku nak buat. Actually, basuh baju tu takde la malas sangat pun tapi tang nak menjemurnya tu haaaa...bisa bikin aku stress!

Laundry area aku memang sempit giler. Aku nak share gambo pun malu. Muat-muat untuk aku loloskan diri di celahan mesin basuh. Ni dengan perut makin boyot, aku kena lebih berjaga-jaga takut perut terlanggar mesin basuh atau kepala terhantuk kat tempat letak softner semua tu. Da la sempit, tambah semak plak dengan koleksi penyapu, mop, penyodok sampah segala. Bertambah stress di situ.

Dan kat situ jugak la tempat aku jemur baju. Dengan ruang sempit gitu, ko rasa banyak mana je baju yang ble disidai? Aku cuma dapat sidai 2 row je, tu pun susun rapat-rapat. Time musim panas ok la, boleh gak la kering baju. Time musim hujan? 2 hari pun belum tentu baju kering. Padahal baju kotor da makin bertambah menunggu turn untuk dibasuh dan dijemur. Sudahnya kekadang aku terpaksa la jugak panjat sofa untuk sidai baju kat grill tingkap depan. Pastu bawak extra penyidai baju kat bilik letak kat tengah ruang tamu, bawah kipas, nak bagi baju cepat kering. Selekeh aku rasa. Mujur takde sesapa yang berhajat nak datang menziarah rumah aku ni. Memang patut pun tiap kali aku ajak mak abah aku datang umah aku, macam2 alasan diorang bagi. Alasan utama - rumah sempit. Sadis giler aku rasa. (-_-)'

Pernah jugak la di suatu subuh yang hening, bila aku nak iron baju keja laki aku, baju keja dia abes! Padahal aku da basuh berdas-das kali, ble sampai tak cukup bila nak pakai sebab baju kat ampai tak kering so baju kotor banyak yang tak sempat nak basuh. Terpaksa la dia pakai baju lama dia yang da tak berapa cun. Sudahnya, pagi-pagi buta tu jugak aku kena marah dengan laki aku sebab tak basuh baju. Maka merajuk la aku sepanjang hari. Baju tak basuh punya pasal!

Pastu bila dok tiap malam keja membasuh baju je, bila masanya nak melipat plak kan. Maka selalu la aku timbunkan kain baju bertingkek-tingkek dalam bakul. Biasanya aku ble kumpul maksimum sampai 2 minggu la. Hahaha..tu pun da terpaksa-paksa memaksakan diri lipat jugak sebab naik berdarah telinga aku asyik dok kena perli ngan laki aku "Ayang..tu 'aiskrim' kat bilik tu da melimpah-limpah. Nak abang tolong bawakkan keluar ke?" Memula aku tak paham gak. Aiskrim apa plak. Bila masa ada beli aiskrim letak kat bilik. Siap aku jengah-jengah bilik tu mencari mana aiskrimnya takde pun. Rupanya 'aiskrim' kain baju yang melimpah ruah. (-_-)'

Macam minggu lepas, Saif muntah-muntah teruk. 3 cadar, 2 selimut aku nak kena basuh serentak. Celah mana aku nak sidai? Haa..tu aku tak nak cerita. Ada la kreativiti aku menjemur semua tu walau pun stress.

Kekadang aku curi-curi gak hantar baju ke dobi. Kenapa aku kata curi-curi hantar? Sebabnya laki aku tak suka aku hantar dobi, membazir katanya. Tapi dia tak tau yang susah payah bergelumang dengan kain bajunya aku jugak. (-_-)

So bila da selalu sangat mengstresskan diri dengan situasi macam ni, mula napsu napsi aku bergelodak nak beli dryer. Dulu masa dok Karak, aku tak pernah pikir pun nak beli dryer sebab aku ble jemur baju sesuka hati anytime even time hujan pun still ble jemur baju kat porch. Ni celah porch mana aku nak jemur. Memula dulu aku rasa benda ni macam kehendak je, tapi bila da selalu sangat tension takde ruang nak sidai baju, mula aku rasa benda ni da jadi satu keperluan.

Panjang giler cerita aku. La ni bila pi shopping, aku suka la jeling-jeling bahagian elektrik. Memula jeling je, pastu sikit-sikit aku makin rapat dengan deretan mesin basuh. Pastu mula la dok belek satu-satu mesin basuh. Actually cecita aku nak beli mesin basuh yang siap ada dryer tu tapi based on yang aku google harganya kemain mencekik. Biasanya RM4K ke atas. Ye ke? Entah la, hari tu aku survey-survey, ada gak mesin basuh yang harganya 2K lebih tapi dia ada function temperature. Aku tak pasti la plak temperature tu sama fungsi ke macam dryer?

Contohnya macam ni :

1. Mesin Basuh BEKO FL Washer WCB81241PTLMC. 
    Harga RM 2,464.15
    Ada temperature tapi tak tau la tahap dry ke tak?
Sumber : Lazada

2. Mesin Basuh LG Washing Machine WD-CD1307VM
    Harga : RM 4,439.00 (ok, ni memang mencekik)
    Dia ada mention "Being in a tropical country, rain is inevitable. As the weather is unpredictable,   
    we can’t always count on the sun to dry our clothes. But with the LG Washing Machine 
    WD-CD1307VM, you can immediately dry after wash. No worries of unwanted mishap and with 
    its clothes sensing function, it can immediately set the washing setting. " 
    Maknanya ble siap kering terus la kan? Ke salah translation aku ni? 

Sumber : Lazada

3.  Mesin Hitec Cloth Dryer HTE-650CD (haa..yang ni memang pengering semata rasanya)
     Harga : RM 1,047.00 (ehm..ble masuk list ni..eheemm..ehemm..)
Sumber : Lazada

3 jenis mesin ni la yang aku dok banding setakat ni. Ni baru tengok kat lazada. Belum lagi kot survey kat kedai letrik ke.Tapi kalau dapat beli mesin pengering tu je pun ok da sebab mesin basuh aku tu pun still elok berjasa lagi. Cuma masalahnya tang ruang sempit sekangkang kera tu ha yang da tak muat nak letak ape pun lagi camno.

Korang rasa camne? Baloi ke beli dryer ni? Cer bagi opinion sket. Dengan harapan bila baju terus kering, ble la terus lipat. Ye dak? :p


Tuesday, April 8, 2014

Attitude Tapak Kaki

Assalamualaikum dan haii..

Dari minggu lepas aku nak post benda ni dok tangguh je. Ni aku nak habaq mai sket bab orang2 yg attitude macam longkang.

Last week, aku organize satu bengkel ni. Bengkel berkaitan kualiti. Peserta aku panggil semua pangkat2 ketua kat kolej. Paling koman pun pangkat pensyarah la tapi jadi penyelaras kualiti. Tapi nama je bengkel kualiti, tapi attitude yg datang mostly tak berkualiti langsung. Hampeh.

Penceramah bengkel aku invite ketua jabatan dari universiti. Penceramah ni memang best, tapi yang tak bestnye bila peserta tak respons pun dengan ceramah dia. Bila dia buat lawak, yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik..krikk..krikk..ingatkan memang tak lawak la dia punye lawak. Sekali bila aku round nak pass handout, ada yang kroohhh kroohh tido! Sampaikan aku panggil beberapa kali baru la terpinga2 jaga. Dah la datang lambat, pastu ble tido plak! Ngok ngek sangat!

Bila da abes bengkel, bab ni yang aku bengang. Susah sangat ke nak sorong balik kerusi masuk bawah meja?? Ini..bila semua da balik, meeting room da bersepah2 dengan kerusi tak masuk semula bawah meja. Ada plak kerusi yang tercampak jauh dari tempat asalnya. Come on beb, kata pensyarah. Kita lepas abes mengajar pun mesti suruh student make sure kerusi meja kemas n tak de sampah yang tinggal sebelum meninggalkan kelas. Ni..meeeting room? Kerusi bersepah, cawan air mineral semuanya main tinggal je atas meja merata2. Susah sangat ke nak buang ke tong sampah?? Err..ke ko ni memang tak pernah belajar bab sivik ke, etika ke..

Yang paling aku bengang sekali..benganggggg yang amat. Ada satu malaun ni aku tak tau la sape, tinggalkan je pinggan lunch dia kat atas meja! Apa dia tak sedar ke semua orang takde pinggan atas meja kecuali dia? Boleh dia main tinggal gitu je. Bengkel abes almost pukul 6, pinggan makan lunch pukul 1 tadi ble dia tinggal gitu je? Susah sangat ke lepas makan terus angkat pinggan n gelas tu letak dalam bekas yang disediakan?? Caterer da abes kutip barang semua, xpasal2 diorg da missing satu pinggan n gelas. Attitude tahap tapak kaki. Ni mesti spesis yang sama lepas masuk jamban tak reti nak flush. Ngok ngek sangat.

Bila da jadi macam tu, agak2 korang sape yang akan mengemas semua tu?? Aku jugak laaa! Bengkel abes lewat, almost pukul 6, PAR semua da xde, da balik. Jadik keja aku plak dok kemas kerusi, kutip sampah cawan mineral, angkut pinggan malaun tu letak luar. Ikutkan aku ble je buat dek, bukan keja aku pun bab2 mengemas balik meeting room tu tapi sebab bengkel tu aku organize so kena la aku bertanggungjawab kemas jugak. Kalau aku tinggal je meeting room tu sepah gitu, next day kot ada orang lain nak guna meeting room tu tengok bersepah, agak2 sape yang akan kena? Aku jugak! Padahal benda remeh tu semua patutnya aku tak perlu buat pun kalau semua orang attitudenya high class. Abes bengkel, semua relax ble terus balik je. Come on la, pangkat besar pun kalau attitude low class macam ni layaknya makan tapak kaki je.

Disebabkan benda remeh aku nak kena kemas meeting room tu, tak pasal2 aku balik lambat sampai kena cas OT ngan taska. Bab cas tu takde hal sangat pun, kesiannya Saif tu la tercongok menunggu dengan teacher dengan lampu taska semua da tutup. Seb baik la ada sorang budak lagi pun tak balik lagi. Kalau tak lagi kesian anak aku menunggu sorang2. Ni semua sebab orang2 yang attitude tahap tapak kaki. Menyusahkan orang betul!


Wednesday, April 2, 2014

Tips Drill Dinding

Assalamualaikum dan haii..

Ingat lagi tak hari tu aku ada cerita pasal stress dengan rumah sebab tak dapat drill dinding? SINI

Tapi tau je la aku ni bukan spesis manusia yang akan berputus asa semudah itu. Aku tak percaya kata-kata tokey kedai hardware tu yang kata memang tak boleh nak drill dinding rumah kat Putrajaya. Aku tak percaya semua orang kat Putrajaya ni tak drill dinding rumah diorang langsung.

Perkara pertama yang aku kaji adalah drill yang papa Saif gunakan untuk drill dinding sebelum ni. Drill tu da agak lama, jadi bila da agak lama aku suspect drill tu da tak upaya nak drill lebih-lebih lagi-lagi dinding konkrit. So aku pun mula mengkaji jenis-jenis drill. Hasilnya yang aku dapat simpulkan adalah, terdapat 3 jenis drill :

1) Drill biasa-biasa - untuk drill kayu or dinding yang tak keras sangat
2) Impact drill - lagi hebat daripada drill biasa untuk kerja-kerja drill yang lebih keras
3) Hammer drill - Sama function dengan impact drill tapi lebih berkuasa untuk dinding yang super keras nauzubillah macam rumah aku tu. Bila namanya hammer tu dia ada function mengetuk gitu untuk bagi lebih kuasa la kononnya untuk bagi tembus itu dinding.

So, now da tau jenis drill apa yang aku perlukan so misi seterusnya adalah beli la drill baru! Pilihan drill mestilah hammer drill. Tengok harga kat pasaraya, mak aiii tercekik aku nengoknya. Ada macam-macam brand tapi ramai yang suggest brand yang bagus macam Black&Decker dengan Bosch. Masa tu aku tengok Bosch cam mahal sangat sampai RM300 lebih, so aku pilih la Black&Decker. Harga around RM200 gitu. Sekali tertipu daaa..Black&Decker tu memang la nampak cam lagi murah tapi dalam kotak tu cuma ada drill semata-mata! Aksesori ke drill bit ke semua takde. Aku rasa baloi lagi kalau beli Bosch sebab dia siap toolbox yang ada drill bit tu. So korang ambik la pengajaran daripada kisah aku ni k. Jangan pikir nak yang murah jeee..Oh ye, sebelum beli tu tengok juga berapa watt kuasa drill tu. Untuk kegunaan sekali sekala kat rumah cam aku ni tak perlu la watt yang tinggi sangat. 450watt da kira ok da. Sebab lagi tinggi watt maknanya lagi tinggi la yang ko kena bayar.

Ni aku tunjuk kotak hammer drill yang aku beli je la. Drillnye ntah mana-mana papa Saif campak merata aku tak jumpa. Ni aku beli kat Tesco.

Oleh sebab takde drill bit, so kena la beli drill bit plak. Takpe, benda ni benda murah. Mana-mana kedai hardware boleh dapat. Kalau tak silap papa Saif beli kat kedai RM2 je. Hehehe..Drill bit ni ada pelbagai jenis gak so pandai-pandai ko la pilih mana yang berkenaan. Aku tak reti nak cerita sebab bab pilih drill bit ni papa Saif yang uruskan.

So drill da ada, drill bit da ada. Boleh la mulakan operasi drill dinding! Oh ye, satu lagi tips. Sebelum nak drill tu, cer ketuk-ketuk sikit dinding tu guna hammer. Sebab cam umah aku ni, bila aku ketuk ngan hammer, aku dapati ada dinding yang keras dan ada dinding yang lembut. Dinding keras tu bila diketuk bunyinya macam padu dan padat je. Dinding lembut tu pulak bila aku ketuk bunyi macam kosong. Even hammer drill boleh drill dinding keras, tapi kalau kena kat dinding yang lembut kan lebih memudahkan kerja.

Ok lah..ni antara satu hasil rak yang berjaya digantung di dinding. Senang hati aku, da tak serabut sangat.


Sejak ada hammer drill tu, macam-macam da otak aku ni berputar cari benda nak digantung kat dinding. Muahaha..papa Saif pun jadik lebih rajin menolong bininya drill sana drill sini.

p/s : Another tips. Masa drill tu selalu masalah habuk bertaburan kan? So nak elak habuk bertaburan, time laki ko tengah drill tu, ko siap-siap standby vacuum dekat area drill tu so automatik habuk dinding akan terus disedut dalam vacuum. Takde la migrain kepala ko nak vacuum satu rumah yang penuh habuk lepas tu.


Tuesday, April 1, 2014

Big Bad Wolf 2014

Assalamualaikum dan haii..



Rasanya macam baru je lagi saya pi Big Bad Wolf yang lepas, eh tetiba ada Big Bad Wolf lagi?? Tak boleh dengar ada jualan buku murah-murah, mulalah menggeletar. Hari tu punya PC Fair kat PICC dapat bertahan tak pi, tapi yang kali ni punya Big Bad Wolf memang tak boleh tahan la.  Sebabnya kali ni lagi best dengan promotion Big Bad Box! Bergigih mak buyong drive sorang-sorang ke Mines berpandukan Waze je.

Apa tu Big Bad Box? Kali ni jualan dibuat secara per kotak. Ada 2 jenis kotak, saiz sederhana -RM79.90, saiz besar - RM99.90. Then sukahati korang la nak sumbat banyak mana pun buku yang korang nak dalam kotak tu selagi boleh muat. Sangat-sangat berbaloi! Ada kawan yang dapat sumbat sampai berpuluh-puluh buku dalam satu kotak. Aku pun menggila main grab je segala buku yang berkenan di mata papp papp campak masuk kotak. Paling gila tengok buku budak-budak la. Memang tu je la yang paling banyak aku grab. Niat hati nak bagi kat anak-anak buah sekali.

Ok..meh nak share buku-buku yang aku dapat. Aku tak dapat sumbat banyak sangat buku sebab buku yang aku pilih kebanyakannya saiz besar dan kulit tebal. Tapi rasanya ada la dalam 20 buah buku dapat aku sumbatkan.  Buku budak-budak je yang aku ambik banyak. Buku aku cuma 3 bijik je. Bila kira-kira total cost keseluruhan buku almost RM200 tapi aku cuma bayar RM99.90 je. Ok la tu kan?

Budak tu da tak sabar-sabar tunggu papanya bukak kotak 

 Bukak je kotak, bukan main gelojoh selongkar!

 Budak excited! Siap susun-susun buku atas sofa.

 Rasa happy sangat bila Saif suka buku.. :)

 Ok..rasanya pasni kalau ada Big Bad Wolf lagi da tak pi lagi kot sebab rasanya semua buku budak-budak yang best aku da borong. Hehehe..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...