Monday, January 12, 2015

Denggi 2014

Assalamualaikum dan haii..

Lama menyepikan diri sebab penghujung 2014 kami sekeluarga diduga dengan demam denggi. Alhamdulillah..kami anggapkan ujian ni sebagai tanda Allah ingat pada kami.

Orang pertama kena adalah Saif. Saif asyik demam on off dan agak kuat merengek. Makan pun tak nak, minum susu pun kureng. Hari Isnin 15.12.2014, taska call bagitau Saif demam padahal pagi tu waktu aku hantar dia ok je. So tengahari tu jugak aku bergegas ambik bebudak ni kat taska. Bab sakit ni memang aku tak tangguh-tangguh. Malam tu lepas papa diorang balik, aku cakap nak bawak Saif pergi emergency hospital. So malam tu kitorang ke Hospital Putrajaya. Lama gak menunggu. Macam biasa la ada ramai orang 'sakit' yang tak emergency pun dok melangok kat situ. So bila jumpa doktor, buat blood test, doktor kata kena denggi. Aaahhh..naluri aku memang kata da mesti something wrong bila demam on off gitu.

Even da terbukti anak aku denggi pun, doktor tak boleh nak wardedkan sebab hospital penuh, gituuu.. Kau..selagi kau tak pengsan ke, tak luka cedera parah ke..maka silalah balik. Hospital kerajaan penuhhhh sentiasa. Tapi doktor suruh pi buat blood test lagi esok kat klinik kesihatan plak untuk dapatkan referral letter sebab kitorang nak bawak Saif ke hospital private. (Aku asyik la dok fikir nasib baik la kitorang ni berkemampuan ada insurans boleh la ke private hospital. Kalau orang tak mampu? Hospital kerajaan pulak penuh, apa pilihan yang ada? Kena tunggu da sakit kritikal kot baru terima masuk hospital.)

So pagi tu bawak Saif ke klinik kesihatan, berjanggut lagi menunggu then dapat referral letter terus kitorang berdesup ke Hospital Columbia dengan harapan nak admit kat situ je senang dekat dengan rumah. Sekali situ pun penuh. Kalau nak tunggu wad kosong pun kena tunggu malam. Aku tak boleh nak tunggu-tunggu sebab yang sakit ni budak. Dia tau merengek je. Makan minum langsung tak nak, aku takut dehydrate je. So kitorang call hospital2 lain, pun yang berdekatan banyak yang penuh. But then akhirnya KPMC Puchong kata ada kosong. Alhamdulillah, terus berdesup ke situ. Tak jauh pun dari Columbia tu.

So bermulalah episod Saif admit kat hospital. Aku memang nak dia admit sebab at least bila dia kena drip air, so takdelah dehydrate sebab dia tak nak makan minum langsung. Tang nak check darah la yang aku sadis sekali dengar dia melalak-lalak sakit. Ye la, kita yang dewasa ni pun sakit bila kena cucuk jarum, inikan pulak budak.  

Kesian anak mama. Tapi dia behave tak banyak bergerak sebab dia jaga wayar tu tak nak bagi serabut.

Oh ye, kat KPMC ni kami dapat bilik single so boleh la buat macam rumah sendiri ye. Oleh kerana aku tak nak berpisah dengan Safir, aku bawak la dia tidur sekali kat hospital. Aku sewa babycot as tempat tidur Safir but then bila malam dia nak berkepit je so end up tiga-tiga dok tidur berhimpit atas katil single hospital tu. Aku rasa macam aku tak tidur pun sebab takut bebudak ni terjatuh dari katil.

Muka macam gembira je dok hospital..

Alhamdulillah Saif admit tak lama pun. 2 hari satu malam je. Esoknya bila buat blood test, platlet n whiteblood dia da naik so doktor benarkan balik. Oh ye, paed kat hospital ni baik sangat. Apa ntah nama dia aku lupa tapi rasanya paed kat hospital tu dia sorang je. N time dia check Saif tu, kebetulan Safir batuk dengan teruknya. Terus paed tu check Safir pulak. Dia suspect Safir kena pertussis/batuk kokol. So dia bagi la ubat untuk Safir selit masuk sekali dalam bil Saif. hehe..

Balik daripada hospital memang Saif nampak ceria. Tapi aku still cuti la nak pantau dia kat rumah tambah plak still kena bawak dia untuk blood test kat klinik kesihatan untuk confirmation yang demam denggi tu da ok. So the result sangat memuaskan hati, platlet dia naik banyak da. Dia pun da mula selera makan minum semula, memang mama lega sangat la.

Minggu depannya naik kerja semula la, lama no cuti kan. Hari Rabu tu, papa diorang mesej bagitau rasa nak demam. Aku suruh ambik halfday tapi dia taknak. Petang tu dia balik awal, memang muka nampak sakit. Malam tu memang dia baring je gigil-gigil siap berjaket berselimut bagai konon nak bagi peluh tapi setitik peluh pun tak keluar. Makan ubat demam pun tak berkesan.

Esoknya tu kebetulan mak mentua datang singgah bermalam kat rumah sebab pi melawat ada saudara meninggal kat KL. Si papa masih demam. Decide nak bawak dia pi klinik esok pagi.

Esok paginya bila bangun tidur, aku rasa badan sakit-sakit semua. Rasa mencucuk-cucuk sengal gila. Pastu rasa gigil-gigil sejuk gila terketar-ketar dibuatnya.  Aku fikir maybe sebab sejuk tido dalam aircond pastu tak selimut sebab selimut da bagi mak mentua pakai. Tapi gagah jugak bawak si papa pi klinik. Pi klinik tapi doktor klinik tu tak nak buat blood test plak, katanya demam baru masuk 3 hari. Dia bagi ubat je, cehh..padahal da sakit sangat si papa tu aku nengoknya. 

Aku pun makin gigil-gigil sakit badan n mula sakit kepala. Aku makan panadol pun tak jalan. Tapi gagahkan diri jugak drive hantar baju ke dobi then ambik bebudak kat taska. Tapi nak buat kerja apa bagai aku memang rasa tak larat giler da. 

Hari Sabtu, aku call mak aku minta datang uruskan anak-anak aku sebab memang da tak larat sangat n bebudak ni da tak terurus langsung. Ye la, 2-2 mama papanya sakit serentak, 2-2 pun tak larat. Aku hanya mampu bangun paksakan diri untuk menyusukan Safir je. Sehari suntuk tu anak-anak aku langsung tak mandi. Makan pun aku bagi je Saif makan roti then bancuhkan susu je, serius tak larat nak bagi makan pun.

Ahad tu mak aku sampai. Lega. Mak aku datang petang tu barulah anak-anak aku mandi setelah lebih sehari berlengas tak mandi. 

Isnin pagi tu aku dengan si papa pergi klinik. Si papa katanya macam da sihat kononnya tapi pergi jugak la ke klinik untuk buat blood test. Sekali check haaa..platlet rendah amat wei! Doktor terus buat referral letter ke hospital sebab denggi. 

Kitorang terus ke Columbia Asia Puchong. Kat situ buat blood test lagi. Confirm denggi. Si papa lagilah platlet da rendah bawah 50, terus kena point ke ICU. Aku masuk wad biasa, dapat la bilik twin sharing, tu pun setelah lama menunggu sampai ke malam baru dapat wad.

Hari pertama - Bilik sangat selesa. Aku suka sebab banyak kabinet, banyak barang boleh sumbat.  

Hari kedua - mak datang bawak hero 2 orang ni. Rindu sangat, first time tido tanpa bebudak ni. Ni Safir baru lepas gian menyusu sampai bibir pun terjuih.Huhu.. Saif excited berlari-lari, menjerit2 dalam hospital sampai kena marah dengan nurse.muahaha..

Hari ketiga - meja dan kabinet da penuh dengan macam-macam makanan dan minuman untuk menaikkan platlet. Sup ketam, 100plus, air rebusan daun betik.. Time ni da selera sket nak makan. Kalau tak, sebelum ni langsung tak lalu nak makan, lidah pahit n rasa loya je nak muntah. 
 Hari keempat - si papa belikan pati daun betik. Bercinta nak mengabeskannya! Aku berjaya minum sebotol setengah je. Ada 2 botol lagi kat umah tu.huhuhu.. Oh ye, si papa yang masuk icu tu, dia plak yang dapat keluar dulu. Platlet dia naik mendadak terus dapat keluar, tinggal la aku terkulat-kulat kat wad.
 
 Sepanjang seminggu kat hospital tanpa Safir, kenala pump sentiasa supaya demand tu tak putus. Ni sewa sehari RM30, selit masuk dalam bil. Best gak guna medela ni even besar gedabak.

 
 Bosan-bosan aku merayap pi cafe kat bawah. Pricey gak la. Ni aku beli kopi dengan puff 3 ketui da RM8. Cukup-cukup plak tu duit aku RM8 dalam dompet, kalau tak buat malu je tak cukup duit nak bayar.

Hari ke-7 baru lah aku dapat keluar. Tu pun result blood test aku cukup-cukup makan. Ikutkan doktor kata kalau nak keluar kena lebih 100, but then dia bagi chance la at least lebih 70 boleh la balik. Ahad tu, result platlet aku 69. Ahh..sipi je lagi tapi aku mintak balik jugak. Since da ada increment tu doktor pun bagi balik n minta datang semula 09.01.2015 untuk follow up tapi aku tak pergi pun sebab si papa da trauma+fobia nak pi hospital.

Lepas je kejadian ni, aku n si papa da jadi fobia dengan nyamuk. Kejap-kejap nak sembut ridsect. Pastu kejap-kejap check ubat nyamuk ada lagi ke tak, kalau da kosong cepat-cepat refill. Kalau nampak nyamuk pun da takut. Bila timbul bintat gatal, pun da takut kalau-kalau nyamuk aedes yang gigit.

Tapi doktor kata, supposedly kalau da kena denggi ni, dia akan create imun untuk tempoh at least setahun takkan kena lagi. Tapi tetap nak fobia jugak. Huhu..

Korang semua pun jaga-jagalah kesihatan. Seksa woo kena denggi ni. Tapi sakit tu penghapus dosa kan..dan tanda Allah ingat dan sayang kat kita.

 

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...