Thursday, February 5, 2015

Blog Ini Masih Bernyawa

Assalamualaikum dan haii..

Beberapa hari ni cuba serapkan roh rajin untuk update blog. Lama tak update blog. Banyak cerita nak dikongsikan tapi terpaksa tangguh atas sebab batasan waktu. Too busy at work, too busy at home. Even hari cuti pun busynya aiihhh bersusun jadual nak ke sana sini dan nak buat itu ini..

Bila lama da tak update blog, tak sangka ramai pulak yang dok email tanya pelbagai soalan. Pasal rak, pasal susun atur, pasal taska, pasal susu anak, pasal resepi.. Alhamdulillah..tu maknanya blog aku ni bermanfaat dalam perkongsian ilmu (even ada yang kata blog aku ni blog haprak kan..).. Dan jika ada masa memang aku akan cuba reply email kamu semua secepat mungkin. Insya-Allah. Setiap ilmu yang dikongsikan pasti ada ganjaran pahala menanti kan..

Oh ye..sorry jugak sebab ramai yang tak boleh comment kat post2 aku. Ada yang mesej tanya apasal tak boleh komen. Haha..Buat sementara ni sengaja aku setkan macam tu. Sebab bila post sesuatu entri, aku bukannya taksub mengejar komen yang banyak. Lagi-lagi kalau komen negatif yang tak berkaitan lagi lah aku campak je masuk dalam spam. Yang penting ada orang view. Bila ada yang view, maknanya perkara yang aku nak share tu sampailah. Walaupun sekadar blog picisan yang haprak, dalam sehari tak kurang 500-800 views. Kalau aku ada post entri baru lagi lah 1000 views tak pernah kurang. Bertambah duit tabung nuffnang aku even seciput demi seciput. Tapi tu just sampingan la, yang paling penting aku dapat share sesuatu.

Insya-Allah..aku akan cuba update sikit demi sikit.. Terima kasih pada semua yang terus menyokong. Any queries, email me.. :)



p/s : Stalker please syoohhh jauh-jauh. Kata menyampah, tapi masih jugak datang menjengah. Apa ke jenis spesis ntah.


1 comment:

  1. wahhh beratus-ratus view idok le haprak..
    blog kite tak sampai 40 views pun..haha lagi kesian,,
    tapi macam yang sis kata, asalkan post mendatangkan manfaat kat orang, orang view, ok la kan =)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...