Thursday, February 5, 2015

Telekung Cotton

Assalamulaikum dan haii..

Hari ni aku nak review satu jenis telekung yang sangat cantik dan best.  Korang layan dulu gambar kat bawah ni k.


Amacam? Cantik kan? Bagi english style n shabby lover macam aku ni, telekung ni sangat-sangat lah cantik. Bukan sekadar cantik, kualiti kainnya pun sangat bagus dan sejuk. Material telekung ni 100% cotton. Dihiasi dengan renda-renda dan corak polkadot memang fefeeling comel sangat. 

Jangan ingat time kuar rumah je nak melawa-lawa, time mengadap Allah pun kenalah melawa jugak. Kalau boleh beli baju mahal-mahal, gadget mahal-mahal, takkan la telekung berkualiti macam gini tak boleh nak beli kan. At least biarlah ada satu yang paling bagus. Ni balik-balik telekung nan satu tu jugak ko sarung sampai kusam, kuning dan masam. Errkk... 

Oh ye..telekung ni jugak pakej sekali dengan begnya yang super comel. Mudah sangat la nak bawak travel sana sini. Kalau beli yang pakej premium, siap ada sejadah comel lagi.

Bila beli telekung berkualiti gini, tidak la maknanya aku ni terbukti alim ke, iman dan takwa tahap malaikat ke.. tapi at least sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat aku untuk terus istiqamah dalam solat. Kekadang rasa cam tak sabar plak nak solat sebab nak pakai telekung comel ni. Tapi ni aku pakai kat rumah je la sebab telekung ni comel sangat. Takut tertimbul plak rasa riak kalau pakai di khalayak. Tu belum lagi kot menimbulkan rasa iri dan meluat pada yang berakal negatif. So aku pakai diam-diam kat rumah sudahlah, perasan comel sorang-sorang je kat bilik. Tapi kalau korang nak pakai bawak pi masjid/surau tak de salahnya. Allah lebih tau niat kita kan? Syoohhh jauh-jauh orang yang nak berakal negatif kat kita.

So kalau sesiapa nak memiliki telekung comel gini, boleh la lawat instagram @thetelekungkeeper. Ada macam-macam warna dan corak lagi. Selamat bersolat!


No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...