Monday, March 9, 2015

Susu Murah Kat Tesco

Assalamualaikum dan haii..



Nak habaq mai nih stok susu murah-murah naaaa kat Tesco! Biasa aku beli susu Dutch Lady 123 untuk Saif ni, harga paling murah boleh dapat RM21.99. Ni kat Tesco tengah buat sale harga susu cuma RM19.99 je!

Anak aku minum susu murah je. Senang, jimat, low maintenance anak aku ni. Jangan ada yang nak cop kata aku ni kedekut beli susu anak plak. Dah anak aku boleh minum susu perasa coklat je ada ko kisah kan. So ni je la susu yang tekak dia boleh terima takkan aku nak paksa jugak dia minum Enfagrow gak kan. LOL.

So berbalik pasal susu murah tadi. Apa lagi borong la.. tapi aku tak borong banyak sangat la. Beli 6 pek je. Cukup la tahan 2-3 bulan. Saif sekarang da kurang minum susu. Saje aku limitkan. Dan aku perasan sejak aku limitkan dia minum susu ni, selera makan dia da ok. Hari-hari da boleh makan nasi. Seronok tengok dia makan nasi aihhh..

Cepat-cepat la grab. Tak sure promotion ni sampai bila. Sebelum stok habis, cepat2 la ye serbu Tesco berdekatan. Aku rasa dia bagi murah ni sebab Dutch Lady da keluar packaging baru. Packaging baru bermakna harga pun baru la ye. Pandai plak tu packaging baru ni satu paket jadi 900gram je berbanding 1kg packaging lama. Jangan ingat harga barang akan sama selamanyaaaa.. ni marketing strategy namanya menaikkan harga barang tanpa pengguna sedar kecuali pengguna yang bijak macam aku..hahaha..n jangan risau expired date pun lambat lagi. Tahun 2016 tu haaa expired date nya.


6 comments:

  1. hat putih ada dak.. adeh adeh.. dgr kata susu ducth lady dah upgrade packaging tp takder 1kg dah.. 900 gm jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua flavor ada. yg saya pi ni kat tesco shah alam.

      Delete
  2. akak memborong jugak ari sabtu tu nad. 20pek terus...
    total dalam rm450++ gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lagi sakan memborong..huu..nadt amek 6 pek je lg plak troli da penuh ngan saif yg tdo dlm tu xble nak sumbat banyak2.

      Delete
  3. dah habis nadt...order online 10 dpt 5 jek

    ReplyDelete
  4. Anak buah sy pun mnum susu ni gak. Tp baru 2,3 hari ni my sis beli susu ni, packaging die dah tukar. Harga pun berbeza. Naik byk sgt sgt...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...