Friday, March 6, 2015

Validasi Kuku Besi


sumber : google

Assalamualaikum dan haii..

Kononnya la kan nak update blog selalu. Sekali terperangkap dengan validasi. Hohhhh..huru hara hidup!

Pertama kali tengok tarikh validasi dalam sistem, otak jadik blank. Macam eh..biar betul..betul ke ni..Blurrrrrr.. drive balik keja pun dengan otak blurrr.. even dinner pun jadi tak lalu makan.

Bagi penjawat awam kategori aku ni, validasi adalah benda yang paling kau nak tapi tu lah jugak benda yang paling kau takut. Camno? Nak tapi takut.

Maka bermulalah proses pengumpulan dokumen yang maha serabut. Seriously masa ni meja da tak serupa meja. Penuh fail. Tak cukup meja, sampai ke lantai pun bersusun dokumen. Sometimes sampai balik lewat sebab nak setelkan fail. Macam aku ni sampaikan terpaksa berulang-alik ke Pahang nak korek balik fail-fail lama aku dulu kot ada lagi. (-_-)

Aku tak nak cerita banyak pasal proses yang aku harungi sepanjang nak hadapi validasi ni. Cuma yang aku kongsikan adalah erti syukur.

Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami terutamanya Encik Suami. Lebih kurang 2 minggu jugak la dapur 'closed' sebab aku takde feel nak memasak. Mujurlah Encik Suami tak kisah, sudi tapaukan dinner anak beranak. Hiii..thanx sayang.

Aku bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang menyokong aku. Rakan-rakan di tempat kerja lama yang tak kedekut menghulurkan tangan memberi bantuan yang aku perlukan. Ternyata semangat setiakawan masih kuat. Sayang korang! Tak lupa jugak team di organisasi kini yang sudi memberi ruang untuk aku berada dalam dunia validasi aku. Terima kasih sangat, rasa lega dan lapang nak setelkan kerja.

Dan aku paling bersyukur bila Allah memberikan laluan paling mudah untuk aku. Walaupun ada banyak perkara adhoc yang tak terduga, tapi rupanya apa hikmah yang juga tak terduga. Dan bila aku sampai ke jalan buntu, Allah clearkan kebuntuan tu sehingga apa yang aku perlu semuanya jadi ada. Memang banyak sangat la perkara yang aku buat terfikir yang Allah memang nak permudahkan jalan untuk aku. Sebab ada suatu tahap aku jadi down dan hampir nak putus asa tapi satu demi satu peristiwa berlaku sampaikan aku bersemangat balik untuk teruskan perjuangan.

Dan..aiiih..akhirnya tamat sudah sesi validasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar, amat mudah. Terlalu lancar pulak aku rasa sampaikan aku jadi takut pun ye jugak apasal lancar sangat ni. Takpelah, Allah lebih tahu kan..

Bak kata panel "Saya cuma sahkan di borang. Tapi yang betul-betul sahkannya, tu yang kat 'atas'. Dia yang sahkan semuanya."

So faham la. Rezeki semua Allah dah tentukan. Ada rezeki adalah, kalau takde tu pasti ada hikmahnya jugak. Yang penting kita dah usaha. Kalau duduk goyang kaki je memang tak la kan rezeki tu nak jatuh bergolek kat kaki kan.

Ok..meh kita bekerja dengan lebih gigih. Work hard, work smart. Family first.




2 comments:

  1. Xbrp faham sgt validasi tu apa ye.hehe

    ReplyDelete
  2. validasi tu interview kenaikan pangkat kak..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...