Friday, April 10, 2015

Jangan Minum Kopi + Butter Semasa Period!

Assalamualaikum dan haii..


Aku selalu dengar orang bagi tips kalau nak mudah bersalin minum kopi campur butter. Macam selusuh la kiranya. Aku tak pernah try buat pun sebab tak mau meng'spoil'kan kenikmatan rasa kopi dengan mencampurkan sesuatu yang tak match macam butter.

Pagi ni sebelum pergi kerja, aku makan roti yang disapu dengan kaya dan butter. Pastu aku minum kopi. Pergh..memang padanan yang umpphhh!!

Waktu drive kereta, aku mula rasa sakit perut. Tapi sakit lain macam sebab kat bawah perut. Tapi lepas tu sakit tu hilang, aku ble fokus balik driving. Tapi tak lama macam tu, sakit lagi then hilang. Sakit lagi then hilang. Macam contraction nak beranak n jarak masa lebih kurang every 2 minutes then jadik makin kerap tak sampai seminit sakit! Tak sampai seminit sakit!

Kot la sakit sikit-sikit ok lagi. Ni seriously sakit macam nak beranak kau tau. Aku jarang senggugut so aku pun tak pasti senggugut tu sakitnya macam mana. Tapi yang pasti ni sakitnya memang macam nak beranak. Cuma takde sakit kat pinggang. Serious aku genggam stereng kuat-kuat sambil control nafas tahan sakit macam pegang besi katil hospital. Aku tak boleh nak berhenti sebab tengah drive kat highway, celah mana nak berhenti kat highway, dah la kereta banyak berpusu-pusu nak pergi kerja. Kejap laju, kejap perlahan aku drive kereta. Sakit sangat sampaikan aku menangis wei! Padahal aku beranak dua sebelum ni tak pernah nangis pun! Maybe sebab aku tengah drive, n aku xble nak buat apa-apa untuk hilangkan rasa sakit tu.

Sampai kat opis pun masih sakit. Memang muka berkerut-kerut la tahan sakit. Sampai atas, thumbprint then terus pi toilet. Cuba membuang sisa kumbahan perut serious macam nak beranak. Kena control nafas tarik nafas hembus nafas bila sakit perut. Selesai membuang, terus hilang sakit! Macam beranak la. Lepas keluar baby, terus hilang semua sakit!

Serik da aku pasni kena beringat janganlah makan roti sapu butter pastu minum kopi. Kalau time tak period ok kot, sebab biasa je makan roti butter ngan kopi kalau lepak kat Oldtown. N memang takkan la aku buat selusuh macam ni kalau nak beranak lagi nanti. Eh?


No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...