Monday, April 13, 2015

Poor Little Kitten

Assalamualaikum dan haii..

Petang semalam aku terajin sikit nak bercucuk tanam. Ada la beli anak pokok sket dengan pasu-pasu. So nak transfer la anak pokok tu ke dalam pasu. 

Tengah aku dok punggah-punggah tanah tu, tetiba dengar laki aku dok jerit.

"Ayang! Kucing tu beranak laaa!!" Sambil tunjuk ke arah pangkal pokok pisang.



Aku pun bangun la tengok. Ada 2 ekor anak kucing tergolek. Tak jauh dari situ ada ibu kucing tu.Ibu kucing tu tengok je dari jauh aku datang kuis-kuis anak kucing tu. Ehm..sekor da mati. Sekor lagi masih hidup tapi macam lemah je.

Aku pi la suruh laki aku ambik kotak isi kain nak letak anak kucing tu. Ye la kesian tergolek-golek atas pasir je. So aku pindahkan anak kucing tu ke dalam kotak. Bagi warm sikit. Aku cuba tangkap ibu kucing tu tapi dia pi lari plak. Adeh..

 
Laki aku pulak da tergedik-gedik geli ngan kucing. Trauma tak boleh tido malam katanya lepas ni. 

Menjelang Maghrib, aku rasa tak sedap hati da sebab ibu kucing tu still tak masuk dalam kotak. Risau la anak kucing tu kelaparan nak susu ke. Aku siap wasap member aku lagi tanya nak buat camne dengan anak kucing tu. Member aku suruh pi beli botol n susu khas untuk anak kucing. 

So Maghrib tu jugak aku berdesup pi petshop. Memang kat kawasan rumah aku ni ada 2 petshop. Tapi bila aku pi, 2-2 petshop tu tutup. Allah..takde rezeki.

Aku cuba sedapkan hati la 'takpe, at least aku da cuba usaha untuk selamatkan anak kucing tu daripada biar je tak buat pape.' Tapi, still rasa tak best. So aku ambik susu Safir bancuh sket the aku try bagi anak kucing tu minum guna syringe. Confirm la anak kucing tu tak mau. Tapi aku cuba gak bagi titis sket kat mulut dia. At least kucing tu ada bergerak2 mudah2an susu sikit2 tu dapat la panjangkan umur dia. Lepas tu aku letak semula kotak tu kat luar dengan harapan ibu kucing tu akan datang. Aku plan esok nak pi petshop beli botol n susu untuk anak kucing tu.

Pagi ni nak pi keja, aku tengok anak kucing tu masih ada. Aku kuis-kuis, ok hidup lagi. Masa aku bukak pagar rumah, aku nampak ibu kucing datang kat kotak tu. Dan seperti dijangka, dia pi ambik anak dia bawak lari. Aku perhati dia gonggong anak dia ke rumah jiran selang 2 buah dari rumah aku.

Lega aku..rasa da lepas dari tanggungjawab. Pandai-pandai la ibu kucing tu jaga anak dia lepas ni.



4 comments:

  1. nasib ibu dia jumpa dia kan.. klu tak.. boleh meroyan.. tu mmber aku kata la... sbb kucing pun ada meroyan dia gak.

    ReplyDelete
  2. ala ..siannye..mana la dia bawak anak dia tu..

    ReplyDelete
  3. hoi lame sgt x update ni hahahaha

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...