Friday, May 22, 2015

Family Day GBSB

Assalamualaikum dan haii..

Akhirnya berjaya gak aku siapkan entri ni setelah berhari-hari pending dalam draft.

Alhamdulillah..akhirnya terlaksana jugak perancangan sekian lama untuk buat family day Geng Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB). Ikut plan buat pada 16-17 Mei 2015 di Singgah Santai Resort, Hulu Langat. Tapi aku cuma join walk in pada 17 Mei je. Aku tak join diorang yang lain stay kat resort sebab bajet ciput aku da spend kat reunion geng DTIKUiTTHO 2002 kat melaka 2 minggu sebelum tu.

So seawal pukul 8 pagi lebih kurang kitorang gerak dari rumah. Sampai sana dalam pukul 9 gitu. Dekat sejam jugak la, tu pun sebab laki aku drive kereta dengan cermat dan berhemah. Sampai-sampai je kitorang pun menonong nak masuk ke tempat geng berkumpul sebab pagi tu da plan ada aktiviti games. Tetiba owner resort kot terjah kitorang tanya nak pi mana. Kitorang jawab la nak pi kat group family day tu. Then dia kata "Owh..tak boleh masuk kalau tak menginap kat sini. Kawasan sini private. Kalau nak masuk untuk mandi kolam kena bayar RM10/dewasa, RM5/kanak-kanak. So kalau awak nak masuk ni kena bayar RM30 la."

Aku dengan laki aku macam WHATTT?? Nak masuk saja-saja pun kena bayar. Aku cakap la aku tak nak mandi. Safir pun tak mandi. Then dia suruh gak aku bayar RM25. Kononnya nanti ntah-ntah tetiba aku nak mandi ke so kena bayar jugak. Berbulus betul aku rasa tapi bayar jugak la.

Nak private sangat konon la. Macam la 5 star sangat tempat nih. Terus laki aku update status kat Facebook "Resort tak seberapa bajet 5 star. Fully not recommended." Huuhh..padan muka.

Tapi sebab geng gojes punya pasal aku tak nak la spoilkan mood dengan insiden tadi even laki aku da mula tarik muka. Hahaha..so terus la gerak ke kawasan aktiviti. Salam-salam, peluk-peluk, muah-muah..ok dah tu. Tetiba je terus nak bergambar. Sempat aku salin baju family day dulu then terus duduk bergambar.

Eh, layan gambar je la lagi best. Gambar aku cedok dari pelbagai sumber. Huhu..

Geng Supermom

Geng Superdad

 Geng Superkid adik-adik

Geng Superkid .Sorang nangis yang lain pun ikut nangis..

Geng Supergugurl. Suka aku tengok gambo anak dara nih. Comel sangat. Geng Superhero takde. Semua bertempiaran lari sana-sini tak terkejar.

 Mak mak gojes yang tak insaf tengok kamera

 Main kotak beracun. Dengan anak terkapit kat depan belakang kiri kanan..pun bolehhhhh..

Time ni Aznor kena pedajal ngan laki sendiri sampai dapat kotak beracun. hahaha..

 
Yang ni si Umi plak kena racun. Kena jadik ustajah sikit tapi tetiba sendiri tertouching plak. Hiii..
 
 
Games bapak pakai pelikat, anak kena masukkan bola dalam kain tu. Tapi dah apehal plak maknya plak kat tengah dunia tu.

hahaha..ngelat dok heret anak ambik bola bagi kat bapaknya. Kalau nak tunggu si Saif tu ambik sendiri memang tak ler. Tersengih-sengih sopan santun sangat nak ambik bola. memang confirm la tak menang. hahaha..

 
 Game superdad kena tiup belon sampai pecah. Laki rara sampai ke sudah tak pecah-pecah belonnya. Hahaha..

 
Game isi gula-gula dalam box. Macam biasa mak-mak yang havoc lebih pi pegang tangan anak ambik gula-gula. Dah anak semua spesis sopan santun tak nak berebut da macam mana kan.. Hahah..Tuu..tu..anez tu ngelat tu..hahaha..

Then ada la penyampaian hadiah untuk game. Yang ni Sue dan suami terpilih Pasangan Paling Romantik. Auuuuwww!! Jeles mak!

 Da abes main game, semua terjun kolam la apa lagi.

Anak aku tak sudah-sudah menarik papanya nak terjun kolam. Psst : banner gojes sponsored by @amerislovely, tokey lasagna n macaroni cheese yang super sedap!

Bagi saif je la berendam. Sibuk la hai papanya suruh Safir berendam sama tapi aku tak bagi sebab tak sihat betul lagi budak tu.

Ni dia tengok si Airell main terjun-terjun, dia pun nak terjun gak. Sudahnya asyik la main terjun je sampai pancit papanya. Lepas tu langsung tak nak pakai pelampung. Makin pancit papanya dok bawak dia berenang. Hahaha..

Time ni aku nak balik da. Da start nak hujan. Ok, berjaya posing kurus. Bahahaha..

Siap ada goodies bag lagi kauuu..macam-macam sponsor. 

                                    @sqoolala                            @meersya_eshoppe (disponsor oleh puan pinggu)

                          @mommylin_loveandcare                         ni pun puan pinggu sponsor!

miracle refreshing official page (FB)

Thank you so much our lovely sponsor :

@mommylin_loveandcare (allene) - hijabpin
@kraftyqistkisscats - props
@sqoolala - fridge magnet
@achiek_anis_choc_n_cheese (achiek anis)- birthday cake (tapi xdapat merasa..sobss)
@comeystuff (ros anis)- games
@dolceryna (eira) - tshirt (tokey butik cafe dolceryna gombak)
@bizzbro - jelly kelapa (pun tak dapat merasa..sobss)
@meersya_eshoppe - brooch crochet (sponsored by puan pinggu)
@dyatieshop (yatie) - games (tokey bawang goreng rangup, pekasam daging, instantshawl etc)
@fingertips_sh0p (myzatul) - games (tokey jubah etc)
@safuraonlineshop (rara) - games (tokey pavlova @sugarlandbyrara)
@scissorandbutton (mimi) - hadiah couple romantik
@amerislovely (kak amy)- bunting (tokey lasagna n macaroni cheese)



Also thanx to our Official Photographer 


4 comments:

  1. nadt..duduk sebelah ciknaa cmfirm aa nampak kurus..cis! hahaha

    ReplyDelete
  2. wah lengkap... ehh.. yang memula tu annoying je kan.. nasib mood tak spoil.

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya... ramai2kan...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...