Friday, May 8, 2015

How To Deal With Difficult People

Assalamualaikum dan haii..

Kursus ni aku attend last month. Ni baru sempat nak share. Masa mula-mula permohonan kursus ini dibuka, memang berduyun-duyun yang mohon. Yeahh..semua orang mesti ada perlu berhadapan dengan this kind of difficult people, so ramai la nak belajar how to deal with it. Tambahan plak yuran kursus ni kalau tak silap aku RM1800++/person tapi fully sponsored by KPM, siapa tak nak kan. Alhamdulillah rezeki, nama aku naik untuk hadir ke kursus ni. Excited!


Kursus ni dikendalikan oleh Mr G.K.Lim. Nama sebenar dia Sawadpong Limtrakul. Ada unsur-unsur Siam gitu tapi warganegara Malaysia. Hebat dia ni sebab dia buat kursus ni bukan sekadar ni Malaysia tapi termasuk di luar negara. Kalau tak silap, umur dia sekarang 68 tahun tapi dia nampak sihat bertenaga je. Without any medication. Even now he still doing his PhD. Dia pesan "Dont stop learning. Or you'll die earlier!" Hahaha.. Katanya, kalau kita stop guna otak kita, lama-lama otak akan mati dan badan pun akan ikut mati. So kena sentiasa guna otak, belajar. Konsep pembelajaran sepanjang hayat kekdahnya. Tu antara rahsia dia kekal sihat sampai sekarang. Tu belum lagi dia cerita bab controlling mind, meditation and whatsoever..
OK..WHO ARE ACTUALLY THE DIFFICULT PEOPLE?
 
Ok la..back to this course. There are some good points I would like to share :

Point 1 : There are no difficult people
     Kalau takde 'difficult people', abes tu apasal orang ni tak habis-habis menyusahkan aku? Haaa..sebabnya kita da setkan dalam otak kita yang orang ni bla..bla..bla.. orang tu plak bla..bla..bla.. so everytime kita jumpa tu kita akan rasa "arghhh..meluatnya nak hadap orang tu!" Otak da mula bayang what kind of situation yang kita akan hadapi bila deal dengan orang tu. 
     So, apa perlu kita buat? Kita kena DELETE semua story pasal orang tu. Apa pun perangai buruk orang tu semua kita DELETE seolah-olah kita baru kenal orang tu dan kita tak tau apa-apa pun pasal dia. Dan kalau orang tu masih jugak buat perangai annoying, anggap je la orang tu ada masalah samada dari segi peribadi, keluarga, kewangan atau kesihatan. Yeah..orang kalau ada masalah ni semua memang akan suka nak moody tak tentu pasal sampai menyusahkan orang lain kan. Tau daaa...
Point 2 : If there are difficult people maybe they are not in the right job
      Orang yang bermasalah ni selalunya dia tak berada di tempat yang sepatutnya. Ni kita bercakap dalam konteks kerja ye. Contohnya si minah ni sebenarnya minat menyanyi..hu ha hu ha semua..tapi kena kerja dalam bahagian kewangan yang mana kita tau buat kewangan ni kena betul-betul fokus dan serius. Tapi ko nak hu ha hu ha.. sudahnya kerja jadi ntah apa-apa. pastu itu tak siap, ini tak siap. Mula la orang lain nak meradang dengan minah ni. 

    So, apa perlu kita buat? Kalau kita ada kuasa, pindahkan je dia! Abes cerita! Hahaha..Ko nak hu ha hu ha sangat kan. Haaa.. ko pi masuk kementerian kebudayaan sana. Tak payah dok kementerian kewangan ye.
Point 3 : People can say anything but we have right not to accept it
     Lantakkan orang nak bercakap apa pun tapi dia tak semestinya betul. Kita tak perlu terima bulat-bulat apa yang dia kata. Contohnya minah tu kata "Si Melah tu bukannya reti buat kerja pun. Tau bodek bos je!" Kalau kita dengar orang kata kita gitu, mesti nak hangin kan. Tapi tak..kalau kita rasa apa yang dia kata tu tak betul, buat apa nak melenting kan. Buat rilex sudah sebab kita lebih tau apa yang kita buat. Lain la kalau ko memang seperti apa yang si minah tu kata, maka kau la sebenarnya yang 'difficult people'. Paham?
Ada banyak lagi la point tapi tu je la yang paling utama aku nak share. So, lepas ni bila berdepan dgn orang yg bermasalah, jumpa that person directly dan cakap dengan baik. Diulangi, CAKAP DENGAN BAIK DAN BERHEMAH. Bukannya guna bahasa jamban yang melambangkan homosapiens tak bertamadun ye.

Contoh la.. 
 "Aku rasa aku da buat ko kecik hati sebab bos pilih aku untuk ke oversea dan bukannya ko. Ye ke ko kecik hati? Kalau tak, boleh aku tau kenapa ko tak nak bercakap da dengan aku?" 
Bukannya..
"Woiii..ko nak kecik hati ngan aku apahal? Da bos pilih aku, yang ko nak sentap ke laut apasal?"
Nampak tak beza bahasa tu. Padahal sebenarnya orang tu tak bercakap sebab mulut kena ulser tak boleh bercakap. Dah kita pi sound macam tu, baik-baik tak sentap terus jadik sentap meleret-leret membawa ke masalah yang lain plak.

Gitu..nampak tak kita tak boleh assume dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan ye..sebab kita tak tau apa sebenarnya dalam hati orang. yeaahhh tu dia point nya! KITA TAK TAU HATI ORANG!

So mulai hari ni..refresh our mind and delete all the storyyyyyy..back to basic, we just have to be positive..
ALWAYS KEEP THE POSITIVE VIBRATE..
Tarik nafassssssss...
Hembus nafassssss... 
POSITIVE..
Tarik nafassssssss...
Hembus nafassssss... 
POSITIVE..

Tarik nafassssssss...
Hembus nafassssss... 
POSITIVE.. 

1 comment:

  1. tibe2 rasa nak sambung blaja hehehe
    thanks nadt for sharing :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...