Tuesday, May 5, 2015

Reunion DTI2002 KUiTTHO

Assalamualaikum dan haii..

Aku memulakan alam universiti dengan pengajian Diploma. Pertama kali berjauhan daripada keluarga, kehidupan berdikari membuatkan kami satu kelas agak rapat macam adik-beradik. Gaduh-bergaduh, masam muka memang ada tapi pada akhirnya sayang tetap ada juga. Macam-macam perangai masing-masing yang bila dikenang balik macam bodo je perangai dulu-dulu. hahaha..tapi kenangan tu la yang buatkan ikatan tu kekal kuat.

Selepas 10 tahun, kami kembali bersatu. Reunion. Ntah macam mana tetiba pling!! jom buat reunion. Terus yang lain-lain pun setuju dan rancangan pun diatur. Aku macam biasa la jadik pemerhati bebas je memandangkan 2 'handbag' aku tu asyik nak melekat je ngan aku. Payah aku nak buat kerja karang so biar lah mereka yang available je untuk buat kerja.

Plannya buat di Melaka. Tarikh dipilih adalah pada cuti 1 Mei yang berderet-deret sampai ke hari Isnin tu. Cari chalet n resort sana sini penuh. Aiihh..sampailah akhirnya ada chalet yang available di Pengkalan Balak iaitu Chalet Darul Aslah. Oh ye, hari pertama tu, family mentua aku pun ikut berkelah sama kat pantai. Seronok weh bawak bekal nasi himpit + rendang + kuah kacang then lepak makan tepi laut. Angin bertiup feel sungguhhhhh..Family mentua aku stay situ sampai petang je lebih kurang lepas Asar diorang pun balik.



 
 


 Geli pasir n takut air laut..puas dok pujuk

Lepas diorang balik, aku pun join la group kelas aku tu beraktiviti. Tapi macam biasalah jadik pemerhati bebas je sebab sambil mengendong si Safir tu so nak beraktiviti apanya. Eh tapi aku ambil tugas sebagai photographer. Ok ar ada gak sumbangan aku walaupun sekadar ambil gambar. Diorang nak tertunggang terbalik main game pun lantak la, aku ambik je gambar.



 




Malamnya plak buat BBQ. Ada juga tayangan slide gambo huduh masing-masing zaman Diploma dulu..hahaha..tapi aku tak sempat nak tengok slide tu, aku lambat keluar. Tau je la nak menyelesaikan budak 2 orang nih, aiihh semua benda ble tak jadi.Lepas tu ada sesi penyampaian hadiah untuk semua. termasuk dengan si anak pun dapat gak. Sambil-sambil tu makan la, apa lagi. Anak aku si Saif bukan main seronok main kejar-kejar dengan anak si Wati. Si Safir plak da mengantuk, aku dodoi2 terus tido. Senang keja aku nak menghadap makan.




Takde satu pun gambo aku yang tak mendukung anak..ngeeee

Esok paginya ada taichi robik tapi seperti biasa jugak aku tak join. Menunggu si Saif bangun tido punyalah lambat. Kepenatan berhempas pulas melawan air laut + main kejar2 malam tadi. Lepas je anak aku bangun, aku siap2 apa yang patut pastu melepak kat tapi pantai. Try bagi Safir pijak pasir n merasa air laut, dia pun melalak. Sama je spesis ngan abang Saif. Tapi lagi dia takut, lagi la aku galak bawak dia pijak pasir. Pijak pasir kan bagus untuk merangsang deria psikomotor anak kan.



Geli pasir. Anak Wati letak pasir tu kat kaki dia, dia tahan je tak berani gerak kaki. Hahaha..


Pukul 12 - checkout. Then ambil gambar ramai-ramai. Seronok jumpa balik kawan-kawan lama. Tapi tak dan gak borak lama-lama sebab masing2 pun busy dengan family masing2. Lagi2 mana yang ada anak kecik tu lagi la keja dok kejar anak2 je la. Pasni tunggu lagi 10 tahun lagi kot baru buat reunion lagi. Masa tu tengok la da bertambah ke tak 'handbag' aku. Ngehehehe..



 Last but not least..gambo kenangan masa Dip. Zaman tak kenal mekap lagi..bahahaaa..ko tengok tu tarikh tahun 2005. 10 tahun lepas aku yang dulu.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...