Thursday, May 7, 2015

Review : Hikayat Calaqisya

Assalamualaikum dan haii..



Bila Hazwan announce dalam instagram yang buku Hikayat Calaqisya ni akan berada di pasaran, aku mulalah menggeletar lutut nak membeli. Padahal timbunan buku yang beli masa Bookerville PICC hari tu banyak yang tak habis baca. Even ada yang tak bukak plastik pun lagi.

Then bila Khairul Ibtisam bagitau nak pi pameran buku PWTC, aku pun menggeletis la buat muka tak malu nak kirim beli. Ye la kot aku nak pi PWTC tu memang takkan la. Nak tunggu release kat kedai buku rasa lambat la pulak. Nasib baik senang je si Khai mencarik buku tu terus dapat. Dan sebab beli banyak (geng lain pun kirim beli sama) so dapat less, harga buku jadik RM20 je (harga asal:RM25). Murah itu bagus.

So hasil pembacaan aku, memang tak mengecewakan. Penulisan sempoi bersulam lawak sengal tapi tidak kosong dengan pengisian. Bait demi bait menceritakan setiap suka duka yang Hazwan dan Yana lalui sepanjang membangunkan Calaqisya hingga gah ke hari ini. Kalau ko tengok muka Hazwan yang mengaku cannibal tu ko takkan sangka dia berupaya menghasilkan buku yang tak menjemukan seperti ini. Buku ni aku sentiasa letak dalam handbag. So ada masa terluang je aku baca sampai la habis.

Serius aku kagum dengan kecekalan diorang menempuh segala susah payah dan jatuh bangun. Hasilnya kini kita boleh lihat sejauh mana Calaqisya telah berkembang megah. Pada masa sama aku tertarik dengan gaya hubungan Hazwan dan Yana. Sempoi, gila-gila tapi sentiasa bersama dalam mencapai matlamat. Kalau baca balik blog diorang lagi la cam mengarut je perangai diorang ni. Bahahahah..

Aku memang suggest korang baca buku ni. Dijamin takkan bosan. Tak macam satu buku tu yang nanti la kemudian aku review sebab tak abes baca lagi (sebab membosankan). Cepat beli wei sebelum kehabisan stok.


1 comment:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...