Thursday, May 14, 2015

Seminar Cabaran Mendidik Anak Alaf Baru

Assalamualaikum dan haii..

Hari Sabtu lepas aku ada join satu seminar parenting. First time kot aku join seminar berkaitan parenting ni. Kalau tak asyik-asyik la seminar pengurusan la seminar organisasi la..*muntah*

Cam biasa la lambat update sebab lambat transfer gambar.

Aku terjoin seminar ni pun bila Erina war-warkan. Actually aku da terperasan banner seminar tu kat blog jiji tapi ntah apasal time tu cam tak de feel nak pi sebab takde geng. Tup-tup bila ada geng gojes yang nak pi so aku pun join la. Last minute join nasib baik masih available.

Erina, aku, Mimi

Speaker untuk seminar ni of course la jiji herself atau nama sebenar Adlil Rajiah, Dr Putri Afzan Maria n Fynn Jamal. Actually jiji xde bagi talk secara langsung tapi lebih kepada menjawab dalam sesi Q&A.

Jiji bagi opening talk

Aku suka sangat topik yang disampaikan oleh Dr. Putri. "Giving Back Play to Young Children".
 

Antara point menarik adalah :

1) The first 6 years is PLAY. Main main dan main the whole day. Even nak educate anak2 pun melalui permainan. Antara contoh aktiviti anak adalah bangun tidur - mandi - main sejam - makan - main the whole day.

2) Our children born with 9 multiple intelligence but we only focus on 2 - word and logic. What about the other 7?
     - nature?
     - picture?
     - body?
     - music?
     - people?
     - self?

3) Children cannot sit more than 10 minutes. Kalau kita paksa jugak diorang duduk, study, ia boleh menjejaskan perkembangan otak mereka.

4) Pendekatan untuk boys and girls adalah berbeza. Girl lebih cepat matang seawal umur 2 tahun. Boys plak lambat matang. Maybe umur 5,6 tahun baru dia mula nak matang. So kalau nak hantar anak ke tadika sebaiknya masukkan anak lelaki ke tadika yang kawan perempuannya lebih muda supaya jurang kematangan tu tidak terlalu ketara dan mereka jadi lebih yakin. Kalau ikutkan Saif sekarang ni pun masih sangat kebudak-budakan, manja. Berbeza la kalau nak banding dengan anak buah aku yang girls semuanya umur 2 tahun da petah bercakap dan boleh berdikari. Biasalah anak lelaki kan anak mak. :D




5) Ayah memang kena mainkan peranan yang sangat penting sebab anak akan menjadikan ayah sebagai idola. Biasanya anak akan jadikan orang yang sama jantina sebagai idola dia. Contohnya anak perempuan idolanya mama. Anak lelaki idolanya papa. Tapi macam anak perempuan tetap akan jadikan ayah dia sebagai tempat utama dia bergantung dan berlindung. So papa kenalah involve dengan semua aktiviti anak-anak.

6) Too much too soon. Orang zaman sekarang suka dok banding-banding anak sendiri dengan anak orang lain. Anak orang lain da boleh berlari, eh dia pun paksa anak dia mesti berlari jugak. Anak orang lain da tau ABC, eh anak dia pun kena paksa tau ABC jugak. Sedangkan tahap umur diorang belum sepatutnya hadap benda-benda tu. Umur sehingga 6 tahun adalah waktu bermain tapi ko sibuk paksa dia belajar itu ini. Takut sangat orang kata anak tu tak genius. Berlumba-lumba hantar anak pi tuisyen bagi cepat pandai membaca, mengira n whatsoever which is tak elok pun sebenarnya untuk perkembangan mental kanak-kanak. Rilek-rilek sudah..asalkan anak ko tak melampaui batas its ok untuk biarkan dia bermain je. Dr.Afzan kata kalau kat UK, hospital bahagian kanak-kanak tu penuh dengan bebudak yang patah kaki la, patah tangan la n whatsoever sebab kanak-kanak kat sana memang dibiarkan melasak. Kalau malaysia ni, demam dedor sikit da sibuk masuk hospital. Huhuhu..

4) Ada beberapa types of play :

 source : pinterest.com (click picture for larger view)

5) Parenting style (sumber aku google sendiri) : 




 Dr.Afzan ni sangat sweet. Adore her. :)


 Sesi Q&A

Ok..itu sesi dengan Dr. Afzan. Seriously 1 jam talk dan 1 jam sesi Q&A memang tak cukup. Rasa banyak lagi perkara yang terbuku di hati ni. giteww...haha

Lepas tu adalah sesi dengan Fynn Jamal. Aku bukanlah fan Fynn Jamal ni tapi sesi ini sangat membuka mata aku yang orang lain sebenarnya tak berhak nak judge apa pun yang dia (dan juga kita) sebagai mak untuk buat kat anak. Walaupun hanya anak angkat tapi siapa kita nak judge kasih sayang dia tak sama dengan kasih sayang seorang mak kepada anak kandung. Memang bergenang jugak la air mata tapi kutahan jebat. Sedih part dia cerita tentang keterujaan dia untuk akhirnya mempunyai anak walaupun bukan daripada rahim sendiri. Dan dia diduga bila Juna didiagnosis mengalami masalah jantung berlubang. Dengan takde duit di tangan dia say "Yes" bila doktor kata nak operate Juna. Dan berkat ihsan orang, duit berjaya dikumpulkan dalam satu malam dan Juna selamat dibedah. Hidup sihat comel sampai sekarang.

Tapi dugaan dia tak berhenti di situ bila Juna didiagnosis sebagai anak autisme. Dan tak mudah nak membesarkan anak autisme. Orang boleh kata apa sahaja, orang boleh pandang sinis, tapi yang mengharunginya saja yang boleh faham apa erti rasa di hati. Orang boleh judge macam-macam tapi selagi ko tak duduk 24jam serumah dengan dia, simpan je la judgement tu dalam jamban. So tak payah nak fikir yang negatif, doakan je la yang baik-baik aja.

Sharing session by Fynn Jamal. Sempoi aje. 
Di mana-mana aja gambo aku ambik mesti ada kepala Abang Ben. Da naseb abang sado dok depan nak buek camno. Nak crop lebih-lebih pun tak boleh. Huhu..



Ok, abes je sesi sharing oleh Fynn Jamal tu so tamatlah seminar hari tu. Terus la berkejar bergambo ngan orang tu, bergambo ngan orang ni. Heheheh.. yang pastinya seminar ni memang sangat bermanfaat. Tak rugi join. Hope next time boleh lanjutkan masa lagi.

Aku, Jiji, Mimi, Erina

Aku, Erina, Dr.Afzan, Mimi

 Gift untuk anak



4 comments:

  1. best dapat join.. klu waktu tu poket ada isi.. nak gak join.. uhuhuh

    ReplyDelete
  2. Seronoknya seminar gini.. thanks nadt share info.

    ReplyDelete
  3. bestnye nadt! tq for sharing. amal bookmark :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...