Friday, May 15, 2015

Tips Mendisiplinkan Anak Duduk Di Carseat

Assalamualaikum dan haii..

Awas. Post ini sangat panjang. Tapi mohon baca setiap patah perkataan hingga habis.

Lately banyak plak kisah accident tragik. Bagi aku tragik bila melibatkan baby tercampak keluar kereta. Bulan lepas kot kisah accident kat Gambang or Kuantan aku tak ingat, baby tercampak keluar. Geram plak bila dok ingat ada yang share gambo baby tu dalam longkang. Aku ternampak plak gambo tu melintas kat wall aku. Hampes. Pastu hari tu viral kes accident Duke, baby tercampak keluar jugak. Then sehari lepas tu lagi accident baby tercampak keluar gak dari kereta Exora kalau tak silap aku.

Tragik.

Maka kerajaan mula pandang serius perkara ini untuk mempertingkatkan lagi keselamatan pengguna jalanraya. Antara cadangan yang timbul adalah penggunaan carseat untuk anak.

But a little bit frust jugak bila aku baca komen-komen sesetengah orang yang berkata :

"Anak aku tak boleh dok kat carseat. Tiap kali dok kat carseat mesti menangis histeria."

"Yang bagi idea suruh pasang carseat tu mesti tak pernah ada anak lagi. Da ada anak nanti tau la ko anak ko tu tak nak dok dalam tu. Pastu kalau dok dalam tu, da macam mana nak breastfeed anak. Bodo."

"Alaa..pasang carseat pun kalau nak accident, accident jugak."

(-_-)'

Ehm..sorry to say, anda adalah antara ibu bapa di Malaysia yang masih belum sedar akan kepentingan penggunaan carseat ni. Ye la..nak bagi anak pakai carseat buat apa kalau mak pak nya sendiri pun tak pakai seatbelt. LOL. Di luar negara memang ada undang-undang yang mewajibkan penggunaan car seat. Dan undang-undang ini pastinya digubal atas dasar menjaga keselamatan anak tersayang.

Ok, takpe. Aku tak nak komen lebih-lebih bab mentaliti ni sebab tajuk utamanya aku nak share macam mana aku mendisiplinkan anak aku untuk menggunakan carseat. Kindly remind, I'm just sharing my way, my experience. It's up to you to accept it or not. Aku pun sebenarnya masih belajar banyak perkara lagi tentang carseat ni.

1) Latih Dari Kecil
Sekecil mana? Kalau boleh keluar daripada hospital tu, terus masuk dalam carseat atau carrier/jogger. Actually aku pun tak buat seawal tu sebab aku tak beli carseat jenis carrier/jogger. Aku beli carseat yang besar terus. So masa Saif dulu, habis pantang aku balik KL terus tuju kedai untuk beli carseat. Keluar kedai je, Saif terus kena duduk dalam tu. Safir plak, aku da beli carseat siap2 sebelum bersalin. So masa habis pantang, nak balik KL tu aku letak la dia dalam carseat tu. Alhamdulillah both anak aku boleh duduk diam tanpa masalah. Elok je tido dalam tu.

Masa ni Saif umur 4 bulan lebih kurang..

2) Carseat yang sesuai
Kebanyakan ibu bapa prefer beli carrier/jogger macam gambar di bawah ni :



Dan kebanyakannya memberi alasan sebab 1) Lebih murah. 2) Senang nak bawak turun dari kereta. Kalau nak singgah makan kat mamak, boleh la angkut anak sekali dalam carrier ni, boleh la mak paknya makan dengan tenang. Tak perlulah nak bergilir-gilir riba anak. Sementara si bapak habiskan sup gearbox, si mak yang dok riba anak da terliur tengok mi bandungnya yang makin sejuk. Aku suka idea ni tapi laki aku menentang plak. What to do. Bajet ketat a.k.a. kedek.

Aku beli carseat jenis ni :



Aku beli yang besar terus. Actually lebih jimat sebab boleh digunakan daripada baby sampai la toddler 4years (bergantung kepada berat). Carseat ni boleh adjust position untuk kedudukan sedikit baring untuk baby dan tegak sikit untuk toddler. Tak mahal mana beb. Kalau ko tengok brand Maxi Cosi la..Ferrari la..memang la mahal cecah ribu. Ni aku beli brand Aldo ni baru RM300++ (harga 3 tahun lepas). Untuk Safir aku beli brand LittleBean harga RM280++. Selesa je walaupun tidak segebu carseat yang mahal. Alhamdulillah, elok je anak aku boleh tido lena dalam tu. Start mengandung ko da ble kumpul duit sikit-sikit untuk beli carseat ni. Jangan berkira bab keselamatan anak. Beli smartphone canggih-canggih boleh, beli SSC mahal-mahal boleh, takkan carseat 3,4 ratus tak boleh beli kot. Paling-paling mahal pun 500 kot kalau beli yang branded direct from UK. Nak mahal lagi RM1K pun boleh ikut bajet.

Kalau banyak duit, boleh beli jenis carrier/jogger macam kat atas untuk baby kecik. Then bila baby makin melasak, sebaiknya bertukar kepada carseat jenis besar macam gambar kedua tu.Bergantung kepada bajet masing-masing. Tapi pada masa yang sama aspek keselamatan pada carseat tu sendiri jangan diabaikan.

Ramai ibu bapa tak tau kewujudan carseat macam ni (boleh guna dari newborn to toddler). Lepas tu bila anak meragam dok dalam tu nak salahkan carseat. Anak umur 4 bulan ke atas kebanyakannya da semakin panjang dan aktif. So carseat jenis carrier/jogger dah tak sesuai. Baby tak selesa, kaki terjulur-julur keluar, rimas, sebab tu dia meragam. Bentuk carrier tu sendiri yang macam melengkung da tak sesuai untuk tulang belakang anak yang da semakin besar. Ko plak sayang nak keluar duit beli carseat yang besar pastu paksa gak anak dok dalam tu. Pastu anak melalak. Ko pun salahkan carrier tu dan pi campak dalam longkang. Dan ko pun letak la anak ko kat riba while driving. Anak pun diam, senyum.. tetiba ada babi hutan melintas depan kereta ko. Ko pun tak sempat break. Dushhh tebaboooo.. dan kisah seterusnya boleh ko baca dalam paper Berita Harian cover hadapan.


3) Jadikan rutin setiap kali naik kereta
Setiap kali naik kereta, terus letak anak dalam carseat. Aku hari-hari hantar anak ke taska yang 5 minit dari rumah tu pun tetap letak anak dalam carseat. Even kalau keluar berjalan, husband drive, aku akan tetap letak Safir dalam carseat. Aku dok kat belakang dengan Saif, free! Boleh tido ternganga sampai laki pun dengki kena drive jauh. Huhu.. kalau nak beriba anak dalam kereta kan lenguh? Pastu nak tido pun rasa tak confident sebab takut anak tu tergolek ke bawah.

Masa ni aku drive sendiri dari KL-Tampin sebab ada kursus. Alhamdulillah, 2-2 behave. Safir tido sepanjang perjalanan. Saif macam meronta gak nak turun tapi aku dok layan dia borak so dia pun dok diam. Bahaya drive sendiri tanpa pengawasan anak yang dok kat belakang.

Disclaimer : ketika aku draft post ni, aku baru tau yang tempat paling selamat untuk letak carseat adalah di seat belakang. Letak carseat di depan (sebelah driver) kurang selamat lagi-lagi kalau ada airbag sebab airbag akan tolak carseat tu jika kemalangan berlaku. Boleh letak kalau takde airbag tapi lebih selamat letak di belakang. See..aku pun masih tak berhenti study ilmu bab carseat ni. Pengalaman juga tak berhenti mengajar kita kan?

4) Anak menangis gak, nak buat macam mana?
Aku pun pernah alami anak menangis sepanjang dok kat carseat sampaikan sudahnya aku plak histeria dalam kereta. Untuk makluman, aku PJJ selama setahun setengah dengan suami. Most of the time, weekend je aku akan drive berdua je dengan Saif untuk balik ke rumah husband di KL. Husband jarang dapat balik ke rumah aku di Pahang (ketika itu) sebab dia further study so ada kelas setiap weekend. So aku kena sacrifice drive sendiri balik KL.

Pernah..Saif menangis bila dalam kereta. Masa tu dia baby lagi la lebih kurang 6 bulan kot. Pujuk-pujuk tak jalan. So aku buat keputusan berhenti di tempat yang selamat seperti RnR atau stesen minyak, breastfeeding him until he fall asleep. Aku letak dia balik dalam carseat then baru aku sambung perjalanan. Safely.

Korang kena tau anak-anak ni terutamanya baby, kalau menangis ada 3 sebab je.
1) Lapar
2) Mengantuk
3) Tak selesa / tak sihat

So korang kena pastikan yang anak korang bebas daripada 3 perkara ni, barulah dia boleh duduk senyap dalam carseat. Bukan dalam carseat je la. Dalam apa jua keadaan sekalipun. Macam ada sesetengah budak kan, asal bawak berjalan pi kenduri ke contohnya mesti nak meragam, mesti nak melalak. Sudahnya ko tinggal je anak ko suruh mak ko jaga kan supaya ko boleh pergi kenduri tu kan. Padahal sebenarnya kalau 3 perkara tu korang da handle, InsyaAllah anak tu takkan meragam. Aku pun buat macam tu jugak. Sebelum pi kenduri, aku make sure pampers anak ok, kenyang menyusu dan cukup tidur. N of course la pastikan anak tu sihat. Kalau tak sihat, memang aku tak bawak keluar. Then pung pang pung pang la berapa lama pun nak dok kat kenduri anak aku boleh rilex je tak meragam. Ok da terkeluar dari tajuk. Tapi tu la point aku nak korang tau yang anak-anak ni memang sifat semulajadi memang macam tu.

Toddler plak biasanya meragam sebab tak selesa, nak bebas. Memang tengah umurnya diorang nak explore bagai so carseat tu menghalang eksplorasi diorang. So boleh cuba lekakan diorang dengan ipad atau any kind of games. 

5) Aplikasi teori behaviorism Pavlov
Ye Pavlov. Bukannya Pavlova yang ada stoberi atas tu ye. Teori behavior ni lebih kepada memberi rangsangan ke atas anak untuk membentuk behavior/sikap anak. Salah satunya adalah teori Pavlov. Meh aku cerita sikit eksperimen Pavlov ni. Aku snap je nih. Malas nak taip balik.

Klik gambar untuk baca lebih jelas

Boleh hadam tak?

Ok, aku share macam mana aku apply teori ni. Tak bermakna aku samakan anak aku dengan anjing plak. Aku tampor kang sape yang cakap macam tu.

Saif - masa kecik, pada satu fasa dia mula melalak bila letak dalam carseat. Bukan sebab 3 faktor yang aku bagitau sebelum ni tapi lebih kepada sengaja mengada-ngada mintak pelempang. Ok, garang sangat tu. Saje je nak gedik-gedik manja nak melekat je dengan mama dia. So apa yang aku buat adalah setiap kali aku letak dia dalam carseat, sebelum dia sempat nak melalak, aku akan kata "Duduk, Ikat Dan Jalan". Lepas tu aku duduk kat driver seat, dan ulang lagi "Duduk, Ikat Dan Jalan". Saif diam macam tercengang. Aku ulang rutin ni setiap hari. Sampai la satu ketika bila aku letak dia kat carseat, aku tak sebut pun "Duduk, Ikat Dan Jalan" tapi Saif boleh duduk diam. Dia da boleh faham kalau dia nak berjalan, dia kena duduk, dan dia kena ikat (di carseat). Then baru boleh jalan. So berjayalah teori tu.

Safir - lately dia mula masuk fasa melalak je tak nak kena tinggal. Actually salah satu faktornya sebab dia kurang sihat lately tu pasal asyik cranky. Aku dudukkan dia dalam carseat, pastu masuk balik dalam rumah sebab nak ambik Saif plak (tido-kena dukung). Dari tingkat atas aku boleh dengar dia meraung semahu-mahunya. Even lepas tu dia da nampak muka aku pun dia nak melalak. So aku mula apply teori yang sama. Aku sebut "Tunggu" sambil tangan angkat tanda tunggu. Setiap kali dia mula nak melalak dalam kereta, aku akan sebut "Tunggu" sambil tangan angkat. Mula-mula tu dia tetap melalak. Tapi ni da masuk minggu kedua aku buat macam tu, dia da mula faham. Aku angkat je tangan dan sebut "Tunggu" terus dia slow down. Dia tau yang setiap kali aku sebut "Tunggu", tak lama lepas tu confirm aku akan muncul. Dan aku keep on ulang walaupun dia da tak melalak. Dan hari ni, aku takde sebut "Tunggu" pun, tapi dia da boleh diam.

 Bukti anak aku melalak tiap kali dok kat carseat everyday aku nak pi keja. Bergenang lagi air mata tu. Sabo je la aku. (Disclaimer : masa ni belt tak adjust betul lagi)


6) Belajar, dapatkan support
Kadang-kadang kita ni susah nak terima sesuatu perkara sebab perkara tu adalah sesuatu yang asing dan bukan culture kita. Yelah..aku pun dari kecik mana pernah dok kat carseat. Tapi pernah la berlaku kejadian aku terjerumus ke dashboard kereta bila ayah aku tetiba break mengejut sebab ada anjing melintas. Tapi makin kita dewasa, kita memang kena belajar banyak perkara. Kita kena luaskan pergaulan supaya kita boleh belajar new culture.

Alaa..macam SSC jugak la. Masa anak first dulu aku cuma tau nak gendong anak je so belilah CC. Masa tu kawan-kawan beli SSC mahal, tertanya-tanya gak aku apa bezanya. Tapi bila masuk anak no.2, aku belajar owhhh rupanya ada beza SSC dengan CC. Mulalah meroyan SSC. Ok aku da terkeluar topik lagi.

So macam tu jugak la dengan carseat. Kita kena belajar, baru la tau. Macam aku didedahkan dengan ilmu carseat ni sebab kakak ipar aku pun PJJ gak macam aku. So aku selalu tengok dia travel dengan anak dia letak dalam carseat. So bila da ada anak, aku pun belilah carseat. Dan Alhamdulillah suami aku pun sangat menyokong penggunaan carseat walaupun beliau tak begitu istiqamah. Hoho..

Dan lagi satu, aku pun baru ni join group Malaysian Carseat Support. Subhanallah banyak sangat input yang aku dapat. Macam SSC jugak, barulah aku tau kepentingan carseat yang sesuai. Mulalah macam nak meroyan beli carseat baru plak. Hahaha..eh tapi carseat yang aku pakai sekarang ok je, InsyaAllah selamat cuma biasalah saja-saja suka meroyan. Hahahaha..

Korang pun join la group ni. Seriously banyak sangat info yang berguna.

Mesti ko nak kata "Anak ko lainnnn..anak aku lain..."

Ok, fine. I'm just sharing my way, my experience. It's up to you to accept it or not. But at least, cuba..cuba..dan cuba.. Budak ni berubah-ubah perangainya. Kita je la samada boleh hadap atau tak boleh hadap tu je. Kita yang kena mainkan peranan untuk bentuk dia, disiplinkan dia. Aku nak tekankan,tujuan aku sharing ni bukan sebab nak kata aku ni macam bagus tapi sebab aku concern about our children's safety. Serius aku seriau, tiap kali jemput anak balik taska, aku tengok ada parents yang terus letak anak kat pangku then drive.

Mesti ada yang nak kata, ala benda nak jadi boleh jadik jugak even dok kat dalam carseat. yes, true. Tapi at least ko da ambik langkah keselamatan untuk mencegah. Macam la kan ko makan mi segera hari-hari, kononnya ala ok je makan nih, takde pape pun. Tapi one day bila doktor kata ko ada kanser perut yang disebabkan makan mi segera setiap hari, masa tu la baru nak kata "Oh..aku menyesal tak dengar cakap korang supaya tak makan mi segera setiap hari." At least prepare yourself first. What happen next we never know. Ko nak dengar anak ko menangis dok kat carseat atau ko tak nak dengar dia menangis lagi buat selama-lamanya. Faham tak?

Lepas ni aku nak korang letak wishlist pertama setiap kali beranak mesti beli carseat, faham?

Last but not least, hadamkan cerita di bawah ni.

Sumber dari page Recaro

Sumber dari page Malaysian Carseat Support Group 
*tetiba touching plak baca cerita ni..sobss..

Sekian, terima kasih.


5 comments:

  1. Setuju ! Za letak darwish dlm carseat pun seawl boleh. Mmg awal. Masa dia lembik lg r org ckp. Skrg, klu jln jauh, make sure dia kenyang. Ngntuk je letak dlm carseat, mmg dia tdo.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tips. btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  3. anak Iza memang dari sejak lahir duduk dalam car seat sbb mmg nak ajar spy die get used dgn car seat memandangkan Iza travel jauh gak every day. tapi lately ni sejak2 pandai jalan, die dah macam x brp nak duduk car seat. spnjg jalan meraung macam kena pukul. kalau nak bawak gak kena time waktu tido baru aman. huhu. btw, good sharing.

    ReplyDelete
  4. pergh.detail. tulah saya pon ada dalam group FB tu. alhamdulillah ade tempat nak rujuk skrg.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...