Thursday, June 25, 2015

Cerita Baju Raya

Assalamualaikum dan haii..

Merajin plak aku update blog hari-hari..haha.. bulan puasa ni aku gerak awal sket ke opis so sampai pun awal la. 7.40 gitu da sampai opis. So boleh la aku update blog sebab start pukul 8 nanti aku akan kembali serabut otak dengan kerja yang menimbun.

Semalam cerita pasal wishlist deko. Hari ni nak cerita pasal wishlist baju raya plak. Aku takde beli baju raya apa lagi. Langsung takde prepare apa2 lagi untuk family even diri sendiri. Aku plan nak ambik cuti sehari nanti nak pi Jalan Tar nak shopping baju raya. Boleh la singgah Jakel sekali, terpengaruh plak tengok baju lawa-lawa yang rara post kat blog dia. Aku memang dari dulu suka pi Jakel sejak Jakel tu kat Segamat lagi. Kagums aku tokey Jakel tu boleh kembangkan business dia daripada sebuah bandar kecik di Segamat and now da berkembang beberapa cawangan serata Malaysia.

Ok, lupakan cerita Jakel. nak cerita pasal baju raya. Baju raya aku la. Baju raya anak-anak confirm la tshirt, jeans n baju melayu sepasang setiap sorang da setel. Laki aku pun bukannya suka beli baju melayu. Beli dan pakai pun sebab aku yang paksa sebab nak sedondon di pagi raya. Bahaha.. Cuma tang baju raya aku, aku punya style baju raya tu mesti boleh dipakai ke mana jua. Maksud aku boleh pakai pi beraya, boleh pakai pi kenduri, boleh pakai pi opis. Haa..kalau nak yang boleh pakai ke opis tu kena memilih sikit sebab tak nak la yang very the gemerlapan divas divosss flip the shawllll bagai.

Style aku simple-simple sudah. Tak suka serabut-serabut sangat aih. Nak yang serabut-serabut penuh manik boleh je tapi akan terhad untuk pi kenduri je la. Segan aku nak pakai pi opis aihh da macam mak datin.

Sebelum bulan puasa hari tu, aku ada teman kakak ipar aku cari baju kat butik-butik area Bangi Sentral. Kawasan situ sekarang hot macam-macam butik glemer ada situ sampaikan Jovian Mandagie pun da bukak outlet kat situ kelasss ko jahh. Tapi aku sendiri sedar diri berpijak di bumi yang nyata maka idok le aku masuk butik Jovian. Terketar lutut karang tengok harga. So marilah kita masuk ke butik yang selayaknya untuk golongan marhaen sedar diri macam aku nih. Bahahah..

Ada masuk 2 butik masa tu. Calaqisya dengan Imaan. Calaqisya aku da tau da style jubah dia lain daripada yang lain. Nice and sweet la. Even aku da penah beli sehelai jubah dia tapi tak pakai-pakai sebab tak potong lagi, labuh. Boleh la buat baju raya tu. Tapi bak kata kak ipar aku, macam tak baloi plak nak bayar lebih RM150 untuk baju yang bersambung-sambung color lain-lain ha. Haha.. betul gak. Test orang lain-lain kan.

 
sumber : calaqisya.com

Ni la baju yang kak ipar aku kata sambung-sambung lain color tu. Haha.. tapi bagi aku cantik je baju ni tapi betul gak nampak sangat baju tu bersambung-sambung.

Ok, pastu kitorang pi Imaanboutique kat sebelah nya. Ya Allah lagi la rambang mata cantik-cantik weiii.. aku kena sangat baju ni haa..