Monday, June 22, 2015

Ramadhan Oh Ramadhan..

Assalamualaikum dan haii..

Salam Ramadhan. Dah masuk hari kelima puasa hari ni. Kejap je ye. Ni baru nak tarik nafas hembus nafas kumpul semangat nak update blog terperam. Da lama tak jenguk blog, bersusun komen yang perlu approve. Sorry ye lambat approve dan sorry jugak da lama tak menyinggah ke blog korang. Tak sempat sangat.

Aku sebenarnya da taip panjanggggggggggg sesi luahan perasaan tadi. Tapi bila baca-baca balik, aku rasa macam tengah mengumpat pulak. So delete lah! Korang pun apa-apa status nak up, baca balik banyak kali, sesuai ke tak nak up. Agak-agak tak sesuai atau tak bermanfaat, discard je la. Sebab tu aku selalu ambik masa berjam-jam nak update blog sebab aku akan baca berulang kali, sesuai ke tak.. sesuai ke tak.. agak-agak ok baru up. Kalau tak ok, simpan je la dalam draft.

Ramadhan kali ni rasa mencabar kot. Sebab banyak kerja segedebuk bapppp!!jatuh atas kepala. Stress sampaikan aku jadik letih lebih daripada biasa. (-_-)' Ketua aku cuti bersalin, aku rasa nak gugur rambut hadap kerja. Hope Kak Siti cepat-cepat naik keja. Sebelum puasa hari tu, takdenya aku balik sharp pukul 5. Hari-hari drag balik lambat. Bulan puasa ni je balik sharp pukul 5 sebab taska pesan kena ambik anak sebelum pukul 6 time bulan puasa ni.

Bab masak menu berbuka, setakat ni aku masak lauk sekaligus banyak. So boleh la makan pakej berbuka dan sahur. Weekend hari tu aku masak rendang daging banyak-banyak, cukup la kot pakej makan 3 hari berturut-turut. bahahaa.. aku memang takde feel sangat nak masak bila balik keja sebab aku rimas dengar anak aku melalak-lalak time aku masak. Kalau kebetulan laki aku balik awal lega sikit la aku boleh masak dengan tenang. Tu pun tak tenang sangat la. Anak still melalak nak mamanya jugak. (-_-)' So bulan puasa ni, aku masak waktu malam untuk sahur n untuk berbuka esok harinya. Senang keja. Masak pun menu simple. Nasib baik laki aku jenis tak kisah makan apa je asalkan bukan menu bazar ramadhan. #lakiboikotbazar

Bulan Ramadhan ni jugak aku cuba tanam azam tak nak upload gambo makanan lagi da. Kesian plak orang yang terliur-liur tengok makanan sedap-sedap terpampang sana sini dalam FB, Instagram etc. Tak kira yang dalam TV tiap-tiap petang ada rancangan memasak. Aku pun terliur. Hoho.. tapi takde sapa yang melarang pun. Sapa yang nak upload, upload la. Bulan Ramadhan je la. Hahaha.. bulan-bulan lain maybe aku pertimbangkan untuk upload..hahaha..

Ok la, nak sambung kerja nih. Bye.



4 comments:

  1. selamt bepuasa dan menyambut bulan Ramadan.
    selamat beribadat

    ReplyDelete
  2. Allah ciannya nadt... takpe pelan2. keje kat opis mmg xleh jangka.
    pasal masak nnt amik tips kt blog akak. akak pun masak simple.
    ala kadar je berbuka. bagus idea nadt masak lebih...
    akak pun boikot bazar dan boikot buffet2 ni...semua homemade.
    wkend masak lebih bole bg jiran2..

    ReplyDelete
  3. sama.. anak melalak time masak..pelik bebenor haa..hihi..takpe nadt, masak simple janji dapur berasap. #boikotbazar jugak..huhu

    ReplyDelete
  4. Mmg cabaran sikit nadt ada ank kck nk msk.akk dh lalui semua tuj..uhuk...kenangan tu...hahahaha

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...