Friday, June 26, 2015

'Ter'beli Baju Raya Anak

Assalamualaikum dan haii..

Semalam opismate aku ajak pi Alamanda. Aku pun on je lah. Busy sebenarnya tapi saje je nak ikut gak bagi rehat otak. Masa tu pun dah pukul 1 lebih. Aku plan nak survey je baju-baju raya untuk bebudak ni. Opismate aku kata sabtu ni baru start MegaSale.

Sampai di Alamanda, kitorang terus tuju bahagian baju budak-budak. Opismate aku pi department lain, nak tukar barang katanya. OK. Aku pun meninjau satu demi satu susunan baju kat bahagian tu. Melilau mata tengok tanda potongan 50%, 70%..

Belek punya belek..ehm..dah alang-alang less 70% ni sambar je lah. Buat apa nak tunggu MegaSale lagi kan. Bukannya akan ada less sampai 90% pun. LOL. Lagi pun kalau lambat beli takut dah habis size plak. So aku pun terus la pilih 2 helai baju untuk setiap seorang dan sehelai jeans untuk setiap seorang. Aku beli sama sebijik sejibon sedondon untuk 2 beradik tu.

Macam lebih kurang je saiz budak 2 orang nih..huhu..

Harga memang mampu milik. Aku beli tshirt POLO. Each tak sampai RM30 pun lepas less. Tau je la bebudak lelaki ni kurang sikit pilihan baju diorang. POLO je la yang aku tengok paling ok. Aku tengok-tengok gak brand lain, Poney ok gak tapi cutting baju macam senteng, tak sesuai untuk Saif sebab even Saif ni kecik tapi dia tinggi so memang susah gak nak cari baju sesuai. Aku beli saiz 2-3y memang ngam-ngam je. Kalau ambik besar sikit 3-4y da jadik gedoboh jatuh kat bahu so tak sesuai. Untuk Safir aku ambik saiz 6-12M, memang ngam la. Pastu aku tengok gak TrulyTeddy cantik gak tapi takde size untuk Safir plak. Paling kecik size 1T, aku rasa gedoboh tu kalau Safir pakai. Aku memang beli baju anak tak pernah bawak diorang. Aku main beli je ikut sixth sense aku..hahaha.. agak-agak tak sesuai size, boleh tukar semula, apada susah kan. Aku memang plan pasni aku akan beli baju sedondon untuk both Saif n Safir. Untuk baju raya n baju jalan2 je la. Kalau baju basahan tu taram je.

Oh ye..rupanya area Presint 1 takde elektrik eh? Patut la dalam Alamanda tu suram je, tak semua lampu bukak pastu tetiba rasa "eh..apasal panas semacam je ni.." Tengok kat cashier pun pakai kipas. Lorr.. takde elektrik rupanya.

So pasni tinggal beli baju melayu je la untuk bebudak ni. Beli sepasang cukup dah. Alaa.. bebudak ni pun sama je spesis ngan papa diorang. Tak suka pakai baju melayu. Pakai baju melayu tu pun sebab kena paksa dengan mama nak ambik gambar sedondon di pagi raya. Muahaha..

Ok, nak cerita tu je. bye...


6 comments:

  1. kalau xde letrik kipas pun x berpusing hehehe bukan xde letrik, tapi ekon rosak kat presint 1 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ye jugak kan. just fikir maybe diorang pakai generator sebab lampu pun banyak tak menyala. gelap suram dalam tu.

      Delete
  2. kalu dh masuk dept kanak2 mmg terbabas punya...
    cantik polo 2 bradik tu.

    ReplyDelete
  3. saya pun baru lepa bl bj utk ank2 dan suami
    baju raya sendiri...x terfikir nk beli.sambar je baju kerja

    ReplyDelete
  4. salam..

    kalau baju anak2 especilly memang selalu jer terbeli sebab suka tengok berkenan yang cantik dan murah, lebihkan dorang lagi ..

    Info utk semua :
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Amboi... Mama punya "TER" macam di rancang2 pulak.. hehehe :p

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...