Saturday, July 25, 2015

Adab Pakaian Di Mana Jua Anda Berada

Hari tu viral kejap pasal kes rompakan di sebuah rumah ketika orang keluar pi sembahyang Jumaat. Parang diacu pada leher si ibu, mujur si anak gadis dapat melarikan diri keluar rumah sekaligus meminta bantuan.

Di sebalik peristiwa rompakan ni, apa yang aku lebih fokus adalah saat si anak gadis lari keluar dikejar perompak. Mujur si gadis berpakaian sopan dalam rumah, nak lari keluar pun tak malu (memang la tak sempat ambik tudung wei!) Bayangkan kalau tengah pakai singlet dengan hot pant atau berkemban batik tetiba lari keluar, tertanjat jiran tengok. Lagi tertanjat kalau batik kemban tu terlucut sebab lari tak cukup tanah kan. Lepas tu video pun tersebar, aibnya rasa walau tak niat begitu.

Ini bukan sekadar isu tentang aurat tetapi lebih kepada adab berpakaian.

Aku teringat pesan seorang makcik ni, katanya sentiasa pakai proper walau dalam rumah atau nak keluar rumah sekejap je pun. Contoh la kononnya saja ikut laki keluar nak isi minyak kereta je, pakai kain batik n tshirt lubang2 je sebab fikirnya xde nak turun dari kereta. Tup-tup kereta rosak tengah jalan terpaksa turun kereta. Berdiri la ko kat tepi jalan dengan kain batik lusuh dan tshirt lubang sementara mekanik repair kereta. Pakej lengkap rambut mengerbang ala mak limah. Kereta lalu lalang semua snap gambar dan viralkan 'Mak Limah Menjelma Di KM67.2 Bawah Signboard Taman Wijaya'.

Actually dalam rumah pun, kena pakai proper lagi-lagi bila ada anak lelaki. Bukanlah nak selubung terus tapi at least proper la sebab pakaian mak-mak pun akan pengaruhi minda anak. Lupakan la zaman pakai hot pant dulu tu. Nak pakai seksi-seksi tunggu lepas anak semua da tidur k. Bahaha.. tu pun jangan lupa kunci pintu bilik semasa tidur. Eh ini pun penting sebab boleh melengahkan masa perompak yang cuba menyelinap ketika penghuni rumah tidur.

Jangan rasa tak adil bila perempuan kena jaga itu jaga ini. Ini untuk menjaga aib kita juga. Orang lelaki memang tak kisah pun pakai kain pelikat pergi ke mana jua.

Make sense tak?

3 comments:

  1. betul sangat nadt.. ciknaa dah kena masa ular masuk rumah dulu.. nasib la sempat capai tudung..walaupun takat pakai kain batik dgn tshirt je..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya aku terasa..huhuhu...
    Kdg2 2 pcs je dlm rumah..bila mertua dtg menejut singgah rumah lintang pukang dibuatnya..mana nak salin baju..nak buka pintu..nak kemas menan bersepah..haru

    ReplyDelete
  3. betul jugak.. selalu dok umah nak pakai sexy sikit. bila org datang kelam kabut.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...