Wednesday, July 22, 2015

Kenapa Isteri Tak Boleh Tidur Semasa Suami Memandu

Setiap kali memulakan perjalanan yang jauh, aku mesti pastikan stok kafein yang secukupnya mesti sudah diminum atau standby je dalam kereta.

Sometimes da minum kopi atau any energy booster pun masih nak terlelap. Lagi2 bila budak 2 orang tu senyap tido dalam kereta, aku pun mula la nak hanyut sekali. Tapi serius aku nak lelap pun takut-takut.

"Tidur je lah kalau mengantuk.." kata encik suami sambil menjeling menerusi cermin.

Aku tetap menahan mata. Risau kalau-kalau aku terlelap, encik suami pun ikut terlelap sama. Lagipun orang lelaki ni kalau tak dipantau pemanduannnya, memang ada je hanginnya nak mengikut hati dan rasa yang tak tentu hala.

Nak block kereta yang memandu ikut laluan kecemasan la..

Nak cucuk kereta yang dipandu perlahan di lorong kanan atau lorong tengah la..

Nak brek mengejut tetiba la..

Sebab tu seorang isteri a.k.a. co-pilot kena sentiasa berwaspada. Tak semestinya kena pegang stereng. Gunakan kuasa kata-kata untuk mengawal kereta (perghh..hebat kateko)

"Abang..tak payah la nak block kereta tu. Ntah-ntah memang tengah kecemasan ke, nak tercirit ke.."

"Abang..tak payah la nak cucuk-cucuk kereta tu. Cucuk pun bukan dia perasan. Ntah-ntah dia tu rabun ke, buta sebelah mata ke. Biar lah dia. Potong aje sudah. Ni nak cucuk-cucuk makin lambat la kita.."

"Abangggg!! Lori kat depan tu. Cepat la masuk kanan!"

"Abang!"

"Abang!"

Memang confirm encik suami takkan terlelap dengar puan isteri membebel sepanjang jalan. Hahaha..

Kalau nampak mata encik suami macam kuyu je..

"Abang ngantuk ke?"

"Tak."

10 minit kemudian...

"Abang ngantuk ke?"

"Tak."

10 minit kemudian..

"Abang gendut ke?"

"##??@*??"

Hahaha..ok la. Beringatlah semasa memandu tu. Anda bawa anak bini amanah Allah. Maka berhati-hatilah. Jangan ikut hati nanti mati. Jangan ikut rasa nanti binasa. Drive safely ok.

Sekian pesanan penaja daripada #mamaanakdua

#syukurselalu
#raya2015
#akucutilagisampaiminggudepanhahaha

5 comments:

  1. Memang kita tak boleh tidur kalau suami bawa kereta...tambahan pula suami saya ni jenis yang cepat mengantuk kalau aircond sejuk....siang pun mengantuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..Sebab mostly accident happened sebab driver mengantuk. Pastu co pilot n penumpang pun tido so bila driver terlelap xde sape yg sedar. Tau2 je da accident. Minta dijauhkan la..

      Delete
    2. Haah..Sebab mostly accident happened sebab driver mengantuk. Pastu co pilot n penumpang pun tido so bila driver terlelap xde sape yg sedar. Tau2 je da accident. Minta dijauhkan la..

      Delete
  2. sama lah memang tak boleh nak lelap mata klu jd co pilot nih hehe. risau uols

    ReplyDelete
  3. haha. suke entry ni! Saya sendiri drive balik kampung ikot belakang kereta ayah, nampak kereta ke kanan ke kiri dan tahu dah ayah mengantuk. tapi nasib baik, ibu selalu bersengkang mata temankan ayah.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...