Thursday, July 23, 2015

Kenapa Korang Patut Tonton Syurga Nur

Ini kisah episod semalam. Baru hari ni sempat nak bercerita sikit. Syurga Nur lain daripada drama khayalan cinta tahap dewa. Jadi aku pun syok la layan. Rela aku biar anak aku melalak sebab channel 611 kena alih tepat pukul 7 petang.

So semalam layan Syurga Nur sambil suap anak makan, encik suami bertanya "Kenapa dia (mama Nur) nak bercerai dengan laki dia plak?"

"Sebab laki dia kahwin lain." Jawab aku ringkas.

"Ye ke? Dia ada bukti ke? Ntah-ntah main tuduh je."

"Adalah. Dia baca mesej perempuan tu dengan laki dia. Pastu dia upah personal investigator lagi tambah bukti."

"Confirm ke? Ntah-ntah laki tu kena perangkap ke. Pastu tak nak berbincang, terus nak tuduh macam2." Encik suami mula bakar line.

"Buat apa nak bincang? Kalau laki dia tu jenis boleh dibawa berbincang, baik dia berbincang dulu sebelum kahwin lain tu. Ni tak, konon nak setia 'I terima u seadanya' bila bini dia sakit, tapi tup tup kawen lain." Aku pun mula terbakar gak.

"Tu la orang perempuan. Suka mengharamkan benda yang halal (poligami)."

"Mana ada dia kata haram??"

"Tuu.. dia marah-marah tu sampai nak bercerai."

"Dia marah sebab laki dia TIPU dia. Bila dia sakit, laki dia kata nak setia tapi menipu, ada perempuan lain. Perempuan marah bukan sebab poligami tu haram tapi sebab perbuatan menipu tu yang haram!" Tegas aku. Hati panas.

"Sebab tu abang kata kena berbincang dulu. Maybe ada masalah yang tak diketahui yang menyebabkan laki dia buat macam tu."

"Dah berbincang la kot masa episod lepas. Sebab tu dia lari."

"Dah bincang ke tak sebenarnya? Kenapa ayang tak tengok episod lepas?"

"Laaa..kan kita cuti raya. Sepanjang balik kampung, ayang tak tengok tv pun tau."

"Takpe..takpe..nanti ayang tengok kat tonton.my la tengok apa sebenarnya yang berlaku." Kata encik suami.

"Alaaahh..macam ada masa je nak tengok. Dah la. Tu suap ayam tu kat Saif."

Kesimpulannya, cerita ni bukan cerita kosong sepertimana kisah suami perfect 200% ke.. sebenarnya isteri saya suami dia ke.. suami isteri layan cerita ni lepas tu bincang isu-isu tersirat. Berkembang sikit otak tu. Ni tak masuk lagi perbincangan pasal makcik Nur yang dera dia tu. Padan muka.

Ok. Jangan lupa tengok Syurga Nur pukul 7pm nanti k.

#syurganur
#slotakasiatv3

3 comments:

  1. memang best! akk folo dari awal (sblm raya), tp tu ari astro buat suck, tk dpt siaran. Asal kul 7 je dia tak dapat siaran. Tv3 je plak tu. Tv lain okay ja plak. tk dpt dari ari Isnin - Rabu. Tu taktau kesah ayah Nur tu kawen lain.
    Tapi, mmg best. Tk mcm citer lain based on novel yang bebudak kata sweet tahap diabetes tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. mostly drama sekrg adaptasi novel tapi melebih2 sgt sweetnya.

      Delete
    2. Kan.. mostly drama sekrg adaptasi novel tapi melebih2 sgt sweetnya.

      Delete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...