Friday, July 24, 2015

Kenapa Mesti Sedondon Pada Hari Raya


Apabila bercerita perihal baju raya, kaum perempuan adalah spesis yang paling bersemangat.  Baju mesti baharu. Bukan setakat baju kurung/baju melayu saja yang nak baharu..baju siang, baju tidur hatta baju kecik kat dalam yang orang lain tak nampak pun semuanya serba serbi baharu.

Bukan sekadar baharu, pilihan warna juga telah ditetapkan agar tampil sedondon di pagi raya. Jenuh mak jemah fikir warna apa paling meletup untuk raya tahun ni. Tiga tahun lepas warna kelabu asap, dua tahun lepas warna deep purple, tahun lepas warna merah mak ngah, tahun ni nampaknya warna mak kau hijau menjadi pilihan.

Tapi yang sebenarnya kenapa mesti nak sedondon?

Aku mewakili kaum perempuan semestinya akan menjawab "Sebab nampak sweet la. Barulah terserlah sehati sejiwa kita."

Alahhh..macam masa mula-mula kita suka kat orang tu. Kalau tetiba hari tu tersedondon sama pulak warna baju kita, alahaiiii lemah longlai melting perasan sehati sejiwa. Si dia macam tau-tau je kita nak pakai baju warna kuning diraja hari ni.

Maka jiwa perasan orang perempuan ni dibawa bersama apabila dah berkahwin. Lagi seronok bila anak-anak pun terjebak sama kena sedondon.

Apa pula kata orang lelaki? Diorang suka ke tak sebenarnya berdondon-dondon ni?

Aku terpanggil nak kongsikan perkara ni bila encik suami membebel tentang kawannya yang berbaju melayu sedondon dengan bini sampai 3 hari berturut-turut. Pengantin baru kekdahnya mestilah semua nak sedondon kan. Tapi encik suami punyalah bangkang.

"Ini semua agenda nak queen control suami. Baju apa nak pakai pun nak control! Kalau hari raya pertama je nak sedondon ok lagi lah. Ni da raya ketiga pun nak sedondon gak. Baju melayu plak tu. Dah la control baju apa nak pakai, pastu control lagi raya puasa balik kampung bini, raya haji balik kampung bini, kucing mati pun balik kampung bini!"

Panjang lebar gitu encik suami membebel.

"Alah.. biar la nak sedondon pun. Kan sweet." Tu je la point aku nak membalas.

"Sweet la konon. Abang cakap dengan kawan abang tu jangan biarkan bini control. Tapi kawan abang tu kata 'ikutkan je la.  Tak ikut nanti bini merajuk plak.' Abang pun jawab 'bini aku merajuk gak tapi aku buat dek je.' Hahaha.."

Owhhhhhh.. terjawab la sudah. Patut la beria-ia aku offer nak belikan baju raya baru tapi dia tak nak. Berkeras buat dek. Rupanya itu adalah bukti kegagahannya yang tak mudah membiarkan diri dikawal isteri (pada pandangan dia sebagai lelaki la). 

Eh, aku takde secebis niat pun tau nak queen control encik suami. Paling-paling pun aku cuma paksa dia beli sandal raya baharu je untuk ganti selipar asadi dia yang da kembang macam sampan tu.

Makanya orang perempuan kenalah faham dan bertolak ansur dengan suami. Nak sedondon ok je tapi jangan lah sampai melampau-lampau. Dah la warna baju ditentukan, material baju, sampin, songkok, kasut pun semua nak tentukan. Padahal entahnya si suami tu tak suka pun sebenarnya dengan pilihan kita tapi sebab nak pilih jalan selamat tak nak bini merajuk, ehmmm.. ikutkan je lah.

Alah..warna baju sedondon tu bukan bukti bahagia. Yang tak sedondon tu pun tak bermakna tak sejiwa. Hanya hati sahaja yang tahu apa sebenarnya rasa bahagia. Bukan terletak pada baju yang wajib sedondon.

Tepuk dada, tanya tahun depan tema warna apa?

12 comments:

  1. ala nadt... apa la cik abang tu... uhuhuh klu ikutkan hub lin pun tak mo beli baju melayu... tp setahun sekali, bli je la.. apa salah... gembirakan hati isteri yg nak dondon sangat... ihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut statement husband tukar 3 tahun sekali ok lah. Hahaha.. laki aku penjimat tegar. #boikotbazar #boikotbelibajumelayutiap2tahun hahaha

      Delete
  2. aku dh siap borak dgn laki aku. eh tahun depan kaler PINK nak x.hahaha. hmm tu lah. bila sedondon ni nmpk sweet.best je rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kalau pilih color pink utk sedondon raya maunya kena #boikot ngan laki 7 hari berturut2. Kahkahkah..

      Delete
  3. akak suka sedondon tp ikut warna pilihan husben...biasa dia yang akan decice warna apa dia nak....so ai follow....janji mesti sedondon kang bini majuk susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband xpenah pilih color sebab dia memang xnak beli. Kalau tengok tahun mana yg tersedondon tu maknanya da kena paksa rela la tu.

      Delete
  4. tu la.. saya akan sedondon kalau ada baju warna sama. kalau tak, pakai je apa yang ada. sebab kami memang takde beli baju khas untuk raya sepanjang 3 tahun kwen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya. Saya pun beli baju raya lebih kepada utk pakai ke opis plak lpas tu.

      Delete
  5. Xnk sedondon dgn isteri, nk sedondon dgn sp plak abg oi? Hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpayah sedondon dengan siapa pun. So ko akan tengok anak2 je yang sedondon. Mak pak nya caca marba pakai baju apa yg ada je. Haha..

      Delete
    2. Xpayah sedondon dengan siapa pun. So ko akan tengok anak2 je yang sedondon. Mak pak nya caca marba pakai baju apa yg ada je. Haha..

      Delete
  6. hai sis. best baca cerita sis .:) sis, hope u follow me back ye. hehe newbie in blgger.http://halimahsaifulrahim.blogspot.my/

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...