Friday, August 28, 2015

IC Baru Pantas dan Tuntas!

Assalamualaikum dan haii..

Aku ni lately makin serabut otak sampaikan ic yang benda penting pun boleh hilang. Aku rasa aku salah letak kot tapi ntah laa puas cari tak jumpa.

Rupa-rupanya nak apply ic baru ni boleh apply online je. Macam canggih je. Encik suami suruh aku apply online je tapi aku decide nak jugak pi kaunter sebab nak tukar alamat sekali. Ic lama pakai alamat Pahang. Tak mau la. Nak tukar.

Lama gak aku hold nak buat ic baru ni sebab kena bayar rm110 weh kalau ic hilang. Nanges.. puas dok fikir apa aku nak kelentong supaya tak payah kena bayar rm110 tu. Tapi last2 aku da malas nak fikir, masuk gaji hari tu aku terus pi JPN Putrajaya utk buat ic baru.

Besar sungguh JPN Putrajaya ni weh. Siap sesat2. Huhu.. tapi servis semua memang cepat sangat. Baru ambik nombor giliran tak sempat duduk dah dipanggil. Pastu kena ambik gambar baru. Tang ni frust sket sebab tertinggal beg mekap kat ofis so pasrahla muka pucat lesi tak touch up dengan bedak n lipstick.

Kat JPN Putrajaya ni turun naik pakai escalator. Escalatornya kat tengah2 dan takde dinding. Turun satu aras aku da sesak nafas da sebab gayat. Nak turun satu lagi aras aku da tak boleh da. Nasib baik kat hujung ada lif.

Dalam tempoh 2 jam siap dah ic aku! Tapi aku tak tunggu la. Aku balik ofis dulu sebab dia kata lagi 2jam boleh collect ic. So after 2 jam tu aku pi semula ke JPN, siap dah ic aku. Yeahhh.. finally aku kembali jadi warganegara Malaysia yang sah. Haha..

New ic

Lepas ni memang kena lagi hati2 jaga ic. Second time hilang lagi tinggi la kompaun dia. Tp nasib baik la murah rezeki even duit terbang bayar kompaun ic tapi dah 2 hari ni berturut2 orang belanja makan breakfast n lunch. Aku xde kuar duit pun. Huhu.. cover balik duit di situ. Huhu..

K.. till then bye..

1 comment:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...