Friday, September 18, 2015

Berpantang Ala Cowboy

Assalamualaikum dan haii..

Even miscarriage, berpantang adalah sangat penting. Dan berdasarkan apa yang aku baca, berpantang kerana keguguran adalah lebih strict berbanding berpantang kerana melahirkan. Tak boleh panas sangat, tak boleh sejuk sangat.. aku pun tak berapa paham tapi aku memang berpantang jugak la. Badan kena jaga, tak nak lah muda2 lagi da sakit macam2.



Aku panggil pantang aku ni pantang ala cowboy sebab takde prepare apa2 kan. Benda jadi tiba2 celah mananya nak prepare bagai. Lain la kalau memang bersalin tu kita sempat la prepare set bersalin, sangai ikan bilis siap2, minyak angin, bengkung..

Walaupun cowboy, perkara paling basic kena jaga adalah pemakanan. Sebab tu dapat mc seminggu ni aku balik rehat kat rumah mak mentua aku kat tampin. At least terjaga sikit makan aku. Kalau dok pantang kat rumah sendiri, belum tentu larat nak bangun masak dengan bebudak kecik ni lagi. Sudahnya makan nasi bungkus hari2. Tak mau cari pasal. Aku memang takut bab makan ni sebab maybe aku ni pun sensitif gak bab makan ni. Silap makan boleh masuk angin la, kembung perut la, sakit kepala la.. alaa.. lauk pantang pun sedap pe. Ikan bilis goreng ngan halia pun da sedap da makan dengan nasi panas.

Second yang kena jaga adalah elakkan masuk angin. Stokin wajib pakai. Pakej dengan sweater. Rambut sanggul ketat2. Masuk angin bahaya aiihh.. aku ni spesis mudah masuk angin gak. Nanti mulalah sakit badan, sakit kepala. Awal2 hari tu perut aku da masuk angin sebab makan lambat. Berhari2 pedih perut then melarat ke belakang badan. Hari ke3 aku berurut. Lega hilang angin2 kat badan. Haaa.. kena berurut gak tau tapi berurut miscarriage tak sama dengan berurut bersalin. Makcik tukang urut tu kata tak boleh sengkak, dia urut slow2 je. Macam tak best je urut slow tapi lepas tu tak berhenti2 aku sendawa keluarkan angin. Selain tu urut ni bagus utk lancarkan darah. Lepas urut tu, berketul2 darah keluar. Hopefully bersih betul la rahim ni. Bahaya kalau ada darah beku tinggal wei. Boleh membusuk kat dalam tu jadik barah plak. Jangan mudah ambik ringan bab2 ni.



Nak bagi badan panas sket, aku sapu losyen mustajab pati halia ni je. Best sket rasa berangin. Hilang rasa sakit pinggang n sakit perut. Pastu aku balut dengan bengkung jenis wrap ni. Beli murah je kat watson rm12. Dah kata pantang cowboy kan so guna je la apa yang ada. Tak sempat aku nak selongkar cari bengkung lilit2 aku dulu tu. Bengkung ni penting untuk support peranakan tu di samping bantu hilangkan sakit pinggang.



Waktu berpantang ni pun sepatutnya kena rehat betul2 tak boleh buat kerja. Tapi mana la aku boleh duduk diam dengan bebudak kecik ni. Kejap2 nak susu la, nak berak la, nak tengok kartun la, semua dok tarik tangan aku. Tambah plak masa awal2 hari tu si safir demam, dah dia nak menepek kat aku je. Tido pun nak atas badan aku. Memula tak tahan gak sakit kat perut kejap2 dia sepak la, dia sondol la. Then bila da pakai bengkung, tahan sikit perut aku tak rasa sakit da bila dia menepek kat perut aku buat bantal. Nak larang dia bukannya paham. Nasib baik la mak mentua aku sihat kuat boleh tolong mandikan bebudak ni. Pagi tadi aku mandikan Saif sbb mak mentua aku da masuk bilik nak solat dhuha. Tak pasal2 sakit kepala aku berdenyut2. Memang janganlah nak paksa diri.

Isnin ni aku kena pi check up lagi kat Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. Hopefully dapat mc lagi seminggu ke..huhu.. aku rasa macam tak sedia je lagi nak masuk ofis. Sekarang ni pun kepala denyut2 sebab masih kena layan telegram n wasap pasal keja. Aiihhh... works never end..

Oh ye..setakat ni juga aku takde makan apa2 supplement atau jamu lagi. Sebabnya semua benda tu ada kat rumah, lupa nak bawak balik tampin ni. Takpe, ahad ni balik rumah aku akan start la makan supplement apa yang patut.

Ok la.. nak pi makan. Bye..

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. selamat berpantang nadt.. entry yg bagus gak ni.. ilmu..

    ReplyDelete
  2. nadt selamat berpantang. tq share ya.

    ReplyDelete
  3. Agreed.
    Memang kena berpantang walau miscarriage. Kak Mirror pernah bentan
    sbb "terlanggar pantang" masa keguguran (pegi jemputan, jln jauh), blk2 terus seram sejuk mcm org bersalin jugak.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...