Wednesday, September 30, 2015

Lets Play At Home!

Assalamualaikum dan haii..

Sepanjang cuti mc hari tu aku banyak dok google pasal homeschool and play activity kat rumah. Bukan pe, aku risau plak bila Saif tu asyik la melekat dengan tab je. Aku rasa macam da tahap addicted plak sebab celik bijik mata cari tab, nak tido pun hadap tab. Melampau sangat aiih.. aku nak control sangat pun tak boleh sebab busy melayan si Safir ni dengan keja rumah yang tak habis2.

So atas rasa keinsafan yang jitu, aku beli la new 'toys' untuk alih perhatian Saif daripada tab je.


Ni la dia 'toy' tu..

Whiteboard untuk conteng2, gunting of course la utk menggunting, kertas warna warni sebagai bahan untuk digunting, watercolor pakej ngan berus n plate untuk aktiviti mewarna (tp yg ni tunggu weekend baru buat). Yg bulat2 warna warni tu color magnet tapi silap beli la. Tak sesuai sebab ada Safir kan, takut dia masuk dalam mulut.

Ok, aktiviti pertama aku buat adalah menconteng kat whiteboard. Tapi tiada gambar aktiviti di sini sebab Saif tak nak menconteng! Aku memang da lama perasan dia memang tak suka menulis dan mewarna. Beli color pencil banyak2 pun dia tak nak mewarna, dia just main susun je warna tu aiihhh.. fine, next!


Sudahnya Safir pulak yang menconteng. Elok pandai dia pegang marker. Huhu.. tapi perlu pengawasan ye takut dia masuk mulut marker tu.

Then aku beralih kepada aktiviti menggunting kertas. First time buat dan Saif sangat teruja! Memula memang kekok oegang pegang gunting tapi lama2 ok dah. Pandai da gayakan gunting tu nak gunting belok2. Bagus aktiviti gunting ni sebab menggalakkan penggunaan deria psikomotor. Perlu pengawasan gak ni sebab gunting tu agak tajam. Nanti nak beli gunting lain yg bulat sket. Ni aku risau sangat dia tergunting tangan haa..




Adik melalak sebab berebut nak gunting gak . Bahaya dik oiii! Awak tak boleh lagi.


Bila da gunting banyak2 sepah tu, aku suruh dia gam plak kertas tu kat buku.


Main2 dalam 2 jam jugak la. Da puas main, simpan semuanya dalam beg james bond i. Senang nak ambik semula nanti.

Hari pertama aku buat aktiviti ni je tapi Saif nampaknya enjoy n fokus buat sampaikan dia tak sebut langsung pasal tab. Rasa tercapai matlamat di situ.

Next day, balik je dari school, Saif terus sebut "Mama, nak play." Dia maksudkan main gunting2 macam semalam. Seronok aku. Aku pun bukak la beg james bond tu bagi dia main. Aku pun dok congok sekali main sama. Mana boleh tinggal kan, bahaya dengan gunting. Langsung tak masak sebab encik suami pun kata nak tapau je. Huhu..

Selain aktiviti menggunting, aku tambah aktiviti masukkan benda dalam gelung tisu. Gelung tisu yang da habis tu jangan buang. Boleh buat main macam ni.


Saif masukkan color magnet tu dalam gelung tisu.


Tetiba terlebih kreatif plak dia guna sepit baju, sepit color magnet tu untuk masuk dalam gelung tisu.


Adik tengok berbulu je sebab tak dapat main sama. Saif sangat la kedekut tak nak main sama.


Tak dapat tahan lagi terus melalak la


Saif pi toilet, dapat la chance nak main kejap


Aku lekatkan plak gelung tu kat dinding. So dia boleh nampak benda yang dia masukkan tu jatuh. Belajar hukum graviti di situ. Huhu..




Adik pun nak tumpang sekaki

So far aku puas hati sangat bila dapat luangkan masa macam ni dengan anak-anak. Langsung dia tak sebut pasal tab. Tido pun terus tido takde minta tab lagi. Agaknya fikiran pun da menerawang dok fikir nak main gunting2 lagi. Cuma aku kenalah pandai urus masa nak layan bebudak ni buat aktiviti macam ni. Kalau dibiarkan buat sendiri jadi apa plak nanti kan. Kalau ada bibik kan senang, balik keja bibik buat semua, aku layan anak je. Huhu...
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. wah nadt... lin pun belum start lagi dengan aktiviti macam tu... tak sabar nak buat... =D

    ReplyDelete
  2. mama dok standby snap gambar anak2 hehe
    gelung tisu tu selalu dak faiq masukkan tgn lawan2 jadi otomen blerghh... tgk entri ni ok dpt idea dh nak buat camtu hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh... akk baru bercadang nak buat aktiviti bersama diorang sbb asyik laa melekat dgn tab. bagus nadt.

    ReplyDelete
  4. Buat yang simple2 je. Yg penting anak seronok.

    ReplyDelete
  5. Buat yang simple2 je. Yg penting anak seronok.

    ReplyDelete
  6. Buat yang simple2 je. Yg penting anak seronok.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...