Wednesday, September 16, 2015

Rezeki Datang, Rezeki Pergi

Assalamualaikum dan haii..

Makin lemau nampaknya blog ni. Azam nak aktif berblog nampaknya makin hanyut ke laut. Tapi hari ni nak update jugak la tapi dengan cerita yang tak berapa best.

13 September 2015 - aku disahkan miscarriage.


Aku tau aku pregnant sebab sejak awal bulan September tu aku macam start loya semacam tapi takdelah tahap nak muntah. Bau2 makanan pun macam jadi semakin kuat menusuk hidung. Aku dah mula suspek something wrong somewhere nih. Tambahan plak period aku end of ogos tu agak meragukan sebab sikit sangat macam stain je. Ehmm.. maka marilah kita membeli UPT di Watson. Pagi 5 September 2015, resultnya positif. Alhamdulillah. Even di luar perancangan tambahan pulak Safir kecik lagi tapi kalau rezeki Allah da bagi tu kita kena terima dengan syukur.

Memandangkan aku tak start lagi alahan teruk, maka aku pun mengagahkan diri dengan rutin kerja yang tak pernah nak habis. Even travel sana sini. 10 September tu drive sendiri pi meeting kat Jasin ooii.. letih.. ingatkan mama kuad rupanya mama ta kuad.

Hari Sabtu 12 September aku mula rasa macam nak demam. Bangun pagi sakit perut dan sakit pinggang. Pi toilet tengok ada spotting. Aku relaxkan diri sebab memang da 2 kali pregnant sebelum ni masalah spotting n bleeding tu memang dah biasa. Aku gagahkan diri kemas2 rumah n masak lempeng kelapa dengan sambal bilis pagi tu. Mujur aku masak oii kalau tak hari ni aku da terliur2.

Tengahari, from spotting it turns to bleeding. Aku cuak da. Wasap kat encik suami yg kat uitm pagi tu, ajak pi klinik. Lepas encik suami balik, terus keluar ke klinik. Smpai ke Banting haaa semata-mata nak cari klinik doktor perempuan. Jumpa la Dr.Rozita ni. Dia scan, estimated mcm 7weeks even ikut tarikh 6weeks4days. Kantung nampak bulat. Looks ok. Janin pun da nampak dalam kantung tu. Tapi sebab bleeding, doktor bagi ubat kuatkan rahim + paracetamol sebab aku demam.


Malam tu bleeding berterusan. Satu kali tu ada keluar ketulan darah besar jari. Aku cuak. Gugur ke nih..

Ahad, 13 September.. bangun pagi dengan rasa sakit pinggang yang sangat kuat. Nak bangun pun susah. Aku macam rasa bleeding makin banyak nih. Pi toilet haa betul bleeding banyak. Nak pergi hospital tapi tunggu husband balik dari dobi sebab in case kalau kena warded ke, baju xde da nak pack. Huhu.. so tunggu dobi setel dulu. Sekali tu aku teringat nak masukkan gambar scan semalam dalam handbag. Aku bangun. Tetiba rasa ada benda keluar blupp!serentak dengan darah banyak gila keluar macam drama tv tu. Even pakai pad tapi darah meleleh celah kaki dan menitik2 ke lantai. Cepat2 aku tampung ke toilet, tengok ketulan darah besar sebijik telur. Makin la aku confirm gugur nih. Aku ambik ketul darah tu sekali ngan pad masuk dalam plastik ziplock. Nak bawak ke hospital untuk sahkan. Dan bukan sekali tu je, setiap kali aku bangun dari baring, tiap kali tu ada ketulan yang keluar. Aku pack 3 plastik untuk bawak ke hospital.

So encik suami da balik dari dobi terus ke bahagian emergency putrajaya. Tapi diorang suruh terus ke dewan bersalin. Aku masuk dalam dewan bersalin tu sorang2 je sebab encik suami kena jaga budak 2 orang tu dalam kereta. Aku tak kisah pun sebab kesian gak ngan bebudak tu takde org jaga. So aku jumpa nurse kat situ, trus dia bawak aku ke bilik scan. Doktor trus scan tapi tak cakap pulak gugur ke. Tapi boleh faham la bila dia kata ada sisa darah lagi. Tengok kat skrin pun da tak nampak apa dah. Tambah plak bila nurse terus cucuk kat peha untuk kecutkan rahim, lagilah confirm kan.

Aku disuruh rehat selama sejam. Masa tengah nak baring tu, aku tanya nurse India tu "Nurse, confirm ke saya gugur? Baby dah takde?" Nurse tu jawab "Ehm..ya. takde dah." Spontan nurse tu alih pandangan ke tingkap, nampak mata dia bergenang. Aku pun lagilah mula touching. Mulalah sesi pm kawan2 opis bagitau tak boleh datang keja sebab miscarriage. Air mata meleleh2 tak berhenti sampai bengkak2 mata.

Lebih kurang pukul 1 petang, nurse panggil untuk doktor scan sekali lagi. Bila scan, doktor kata rahim dah mengecut. Dan dah bersih semua takde sisa yang tinggal lagi. Tak perlu buat dnc. Lega di situ. Cuma masa aku nak tukar kain hospital kat bilik air tu, aku pitam sekejap. Maybe sebab darah kat tangan bekas cucuk jarum tu tak ditekan kuat so darah kat tangan memancut keluar. Pitam jap. Mujur nurse ada papahkan. Then aku baring semula sementara tunggu encik suami sampai sebab sebelum tu aku suruh dia balik dulu kesian bebudak tu da tertido2 dalam kereta. Tak lama pastu encik suami pun sampai. So aku pun dibenarkan balik berbekalkan ubat dan mc seminggu. Lagi seminggu aku kena pi check up lagi sekali utk pastikan rahim dah betul2 bersih dan kecut.

Aku ingat aku kuat, rupanya tak. Fizikal dan emosi diuji, tak semua orang yang terpilih. Aku bayangkan jugak macam mana orang yang keguguran pada usia kandungan lebih besar. Mesti lagi sedih kan. Aku yang baru 6weeks++ ni pun da sedih macam hape.

Tapi aku redha je la semua ni pasti ada hikmahnya. Paling utama aku nampak yang sebenarnya adalah Safir yang super duper manja terlebih tu. Aku pregnant sekejap aje pun da rasa letih tak terlayan anak 2 orang ni lagi2 si Safir. Manjanya aiihhh.. dia tak nak adiklah tu. Nak manja lama2 lagi. Takpe, mama dan papa bagi chance la awak manja lama lagi. Tunggu awak da boleh berdikari sket nanti baru kita bagi awak adik ye.

Perangai mengalahkan baby ni nak ada adik? Ehmmm...

Oklah..nanti sambung cerita berpantang selepas keguguran. Lagi mencabar rupanya..

Bye..
posted from Bloggeroid

13 comments:

  1. Salam takziah nad T...semoga bertabah ye...hugs

    ReplyDelete
  2. Salam takziah..insyaallah pasni ada lg rzeki lain ye nadt

    ReplyDelete
  3. Aku pun tumpang emosi... takziah nadt.

    ReplyDelete
  4. Takziah nadt...ngeri plak baca part darah kluar mcm drama tu....takpe xde rezeki lg...maybe tahun depan dapat girl mana tau

    ReplyDelete
  5. takziah... kecik ke besar kndungan tu tetap sedih kn...

    ReplyDelete
  6. takziah nad. moga ada rezeki lain nanti

    ReplyDelete
  7. nadt.. moga cepat sihat ye nadt.. *tumpang simpati*

    ReplyDelete
  8. jaga diri baik baik nadt. pantang elok elok...semoga lepas ni rezeki ko mencurah curah ke ladang gandum......love u.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...